4D3N Tropical Getaway At Paya Beach Resort, Pulau Tioman| Part 3
Pusat Taman Laut ni adalah pusat ekologi. Ada macam-macam kemudahan seperti tandas awan, kedai makan, wakaf untuk rehat, etc. Even pantai di situ nak snorkelling pun boleh.
Dapat tengok pelbagai jenis ikan snorkelling di situ. Budak-budak seronok sangat dapat selam tengok ikan. Takut pun ada jugak. Ikan-ikan situ macam nak terkam pun ada. Sebab ingat akan diberi makanan kot.
Selepas Pusat Taman Laut, dibawa ke satu lagi tempat snorkelling iaitu Renggis Island. Cuaca dah ok. Dapat snorkelling dengan lama sedikit tanpa hadap hujan lebat dan laut bergelora. Coral dan ikan-ikan pun dapat dilihat dengan jelasnya. Berakhir sudah aktiviti snorkelling kami di Tioman.
Dinner kami hanya di cafe resort since kedai makan muslim owner yang order untuk lunch tak buka untuk malam. No choice.
Hari ketiga di Tioman just aktiviti free and easy. Mandi swimming pool resort dan pantai. Jalan-jalan di sekitar kedai-kedai di situ. Whole day. Pulun mandi manda sampai lebam. Huhu. Sebab esoknya dah kena early check out. Feri kena naik pukul 10 pagi. Malamnya mak mak pergi spa. Pak pak macam biasa jaga anak.
On last day di Tioman just santai-santai menikmati breakfast buffet sambal melihat permandangan pantai. Café resort betul-betul menghadap pantai. Breakfast buffet pula tiga-tiga hari kami di sana dapat menu yang tak sama. Semua menu rasa sedap. Yang paling penting dapat minum free flow freshly brewed coffee. Naik feri pada pukul 10 pagi untuk ke Mersing, Johor. Feri balik tak ada open deck.
My honest review is semuanya best. Dari condition dan deco bilik , servis resort, pakej aktiviti air kami semuanya lah boleh bagi rating 10/10. Boleh repeat bercuti di Kampung Paya Resort lagi.
Pusat Taman Laut ni adalah pusat ekologi. Ada macam-macam kemudahan seperti tandas awan, kedai makan, wakaf untuk rehat, etc. Even pantai di...