My awesome Island Vacation at Barat Tioman Beach Resort Story│Part 2
Pada hari ketiga di Tioman, barulah buat aktiviti air keluarga. Buat aktiviti snorkelling. Book pakej snorkelling resort punya jugak. Senang. Dari resort naik private bot. Then akan bawa ke empat checkpoint untuk snorkelling.
Dak Zafran enjoy sangat dengan aktiviti snorkelling. Dia tak takut langsung berada di laut dalam walaupun tak pandai berenang. First dan second checkpoint adalah dalam laut dalam. Dak Zafran sangat enjoy his moment. Maknya gelabah namatey bila kat laut dalam. Walaupun tau selamat sebab pakai safety jacket, tapi sangat susah nak buang rasa cuak tu. Tak tau bila kaki tu terasa terapung, auto jadi panic.
So sekejap jeala saya snorkelling di laut dalam. Tapi bila dibawa snorkelling di Pantai Pasir Panjang, perghh punya saya sangat seronok. Memang lama saya snorkelling. Menikmati keindahan permandangan dalam laut. Sangat cantik terumbu karang, ikan-ikan dan etc. Kimchilah ambil alih tugas jaga Zafirah dan Zayden. Bila snorkelling yang bukan kat laut dalam, tak ada perasaan takut. Rasa nak snorkelling, apungkan diri. Dah taknak boleh berdiri balik. Saya prefer snorkelling di Pantai Pasir Panjang sebab bukan di dalam laut dalam.
Lepas tu bot bawa ke Kampung Juara untuk lunch di situ dan buang apa yang patut(pi toilet ler). Member yang selalu pergi Tioman bagitau, sebelum ni ada banyak kedai makan kat Kampung Juara. Sekarang dah tak banyak pilihan sebab banyak tutup. Kesan dari pandemic Covid-19. Covid19 ni beri kesan pada mostly perniagaan SME. Dan mostly SME diusahakan oleh orang-orang kita. Rasa sedih sangat.
Turun dari bot untuk singgah Kampung Juara
Dah siap lunch dan jalan-jalan sekitar Kampung Juara, nak balik bot untuk ke checkpoint terakhir iaitu Shark Point. Sampai je Shark Point, hujan turun dengan lebatnya. Just Kimchi & Dak Zafran turun untuk snorkelling. Tapi tak dapat jumpa shark pun.
Selesai snorkelling, terus balik resort semula. Sepanjang dalam bot ke resort, sejuk giler. Hujan lebat tambah dengan angin. Saya cover Zafirah dan Zayden dengan tuala supaya tak kena hujan. Then kena peluk kuat-kuat sebab bot laju ya amat. Tapi boleh pulak tertidur time bot laju-laju dan keadan berombak-rombak. Best kot maknya peluk. Dengan sejuk lagi.
Dah sampai resort, budak-budak boleh sambung lagi mandi kolam di resort. Kalau dah nama budak, memang tak kan jemu main air. Even tangan dah kecut. Mak nye je dah pancit. Terus balik bilik.
Esoknya adalah hari check out. Terasa nak makan di kedai local. Jalan sedikit untuk makan di kedai di perkampungan penduduk di situ. Ada jumpa satu kedai jual breakfast. Tapi ramai dah di kedai tu. Yang tengah menunggu makanan sampai pun sampai. Yeala, manan tahan makan di café resort je. Kena jugak cari kedai tempatan. Tapi nasib baik tak perlu tunggu lama untuk makanan sampai dan nasib baik jugak sempat dapat sebelum habis. Time kami dapat je makanan yang kami order, terus habis dan tak boleh order dah.
Siap breakfast, balik jalan kaki. Best jugak jalan di kampung. Rasa tenang je. Ada jugak bergambar tepi pantai sekejap. Sampai resort, macam biasa budak-budak sambung terjun kolam. While me start packing.
Check out pukul 1230pm. Lunch di café resort. Dah nak check out. Resort ni bagi saya sangat ok. Facilities lengkap. Kolam renang best. Servis ok. Just tak faham, banyak kali black out.
Last lunch di BaratNaik 4WD untuk ke jeti Feri. Tapi Feri kami naik rupanya delay dalam dua jam jugaklah. Lama kena tunggu di jeti. Budak-budak almost nak meragam. Bila feri dah sampai dan naik feri, Dak Zafirah meragam kat tempat duduk. Papanya tak follow naik sekali sebab kena naik last kalau nak bawak barang masuk. Feri yang balik ni tak berapa nak selesa juga. Agak sempit dan tak berapa nak bersih. Hadap jeala.
Sangat seronok percutian pulau ni rupanya. Tapi lagi seronok untuk yang suka buat aktiviti menyelam ni. Saya suka je. Tapi tak mau kat laut dalamlah. Haha. Tapi pantainya. MasyaAllah. Cantik ya amat. Sangat bersih. Sangat menyenangkan jiwa. Akan repeat lagi tak pi Pulau Tioman. Try pi Pulau lain pulak kot. Sebab pulau lain especially yang terkenal macam Redang orang kata sangat cantik. Dah habis jelajah semua pulau di Malaysia, baru repeat Pulau Tioman pulak. Apapun sangat seronok bercuti di Pulau Tioman dan menginap di The Barat Resort.
To read Part 1, click My awesome Island Vacation at Barat Tioman Beach Resort Story│Part 1
Pada hari ketiga di Tioman, barulah buat aktiviti air keluarga. Buat aktiviti snorkelling. Book pakej snorkelling resort punya jugak. Senang...