Berbuka Puasa di Première Hotel, Klang Beberapa Hari Sebelum PKP 3.0 Dilaksana
Beberapa hari sebelum ni kerajaan umumkan PKP 3.0, sempatlah berbuka puasa di luar beberapa kali. Tak adalah buka puasa tahun ini hanya di rumah sahaja seperti tahun lepas.
Salah satu tempat saya berbuka puasa di di Premiere Hotel. Hotel ini menghidangkan buffet untuk buka puasa. Ada kena patuh SOP sebab masih dalam PKP tapi hanya dilonggarkan sedikit.
SOP yang kena dipatuhi oleh pengunjung macam biasa kena scan My Sejahtera, cek suhu dan kena pakai sarung tangan.
Walaupun ada SOP, tapi kenalah jaga-jaga. Walaupuun jarak antara meja agak jauh-jauh, tapi ruang di tempat buffet agak sempit. Jarak social boleh jadi kurang 1m kalau semuanya one short ambil makanan. Sebab tu kalau saya, saya suka ambil makanan semasa dah masuk waktu berbuka. Time ni dah tak crowded di tempat buffet.
Makanan yang ada untuk buffet Ramadhan agak banyak jenis. Ada bakar-bakar, ada western food seperti pizza dan spaghetti. Dessert pun pelbagai jenis. Ada ABC, lauk-pauk. Lauk raya pun ada macam lemang dan banyak lagi. Yang bestnya kalau nak spaghethi akan diberikan panas-panas. Satu lagi siap ada durian tu yang dikopek depan kita.Memang sedap semua makanan buffet di Premiere.
pasta station
Facility pun ok. Ada tempat solat yang luas. Yang slacknya tempat parking. Nak masuk tempat parking kena guna kad Touch & Go. Ada je kat tempat masuk gantung banner yang beritahu kena guna Touch & Go. Tapi tahulakan budaya membaca rakyat Malaysia agak ranking yang ke belakang sedikit. Ramai tak baca atau tak perasan atau etc. Jadi problematic la untuk yang tak baca, tak ada kad pulak. Bila dah sampai ke ticket machine, tak boleh nak masuk. Kena reverse. Sebab kejadian ni jem kat tempat nak masuk parking. Habis masa puluhan minit kat sini je.
Itu jealah yang tak ok. Yang lain terutamannya makanan dan tempat solat, sangat ok. Boleh repeat lagi tahun depan kalau tak lockdown. Kalau lockdown, berbuka di rumah ajolah.
Beberapa hari sebelum ni kerajaan umumkan PKP 3.0, sempatlah berbuka puasa di luar beberapa kali. Tak adalah buka puasa tahun ini hanya di r...