Wowww..tajuk..Bahasa pasar habis. Ni kalau ambil paper SPM untuk subjek Bahasa melayu dan English mau dapat gred C6 ni. Eh pakai lagi ke penggredan ABC 123 bagai ni. Abaikan jela.
Tak apalah ada campuran rojak pun. Nama pun tulis untuk suka suki. Bukannya untuk SPM dan seumpamanya.
Lepas bersalinkan Zafirah, ini adalah dating pertama Saya dan Kimchi tanpa anak-anak. Siap apply half day leave tu. Semangat tak. Yeala keluar time hari kerja lah baru tak ramai orang. Kurang sesak. Lepastu tiket wayang dapat murah sebab datingnya hari Rabu. Bijak tak kami berdua. Maklumlah bila dah banyak perbelanjaan, cuba jimatkan apa yang boleh dijimatkan. Heee.
Dating nya di Paradigm Mall. Sebelum tengok wayang movie Johny English, lunch dulu di Fish & Co. Fish & Co di bagi saya konsepnya lebih kurang sama sahaja macam Manhattan Fish Market. Ada Seafood platter etc.
Seafood platter
Kimchi order seafood platter untuk 1 pax. Rasanya bagi saya Manhattan punya platter lebih sedap. Saya pula order Double Cream Chicken Baked Rice. Masa mula-mula makan dengan laparnya, rasa sedap. Bila dah makan separuh, macam muak. Jenuh pulak dah perabihkan.
Double Cream Chicken Baked Rice
Kimchi pun tak habis. Rasanya kalau makan macamni, especially portion yang besar walaupun untuk 1pax, order satu pun cukup kot untuk kami berdua makan. Ni dah sindrom umur bertambah. Makan pun dah tak boleh banyak sangat. Ahaks.
Lepas makan teru tengok wayang movie Johnny English Strikes Again. Sebelum booking, Kimchi beri pilihan beberapa movie untuk ditonton. Antaranya Joni ni, Venom dan satu lagi apa entah. Movie ala-ala Venom gitulah.
Masa zaman muda-mudi dulu sukalah tonton movie macam Venom ni. La ni dah tak minat tengok movie yang menyesakkan kepala walaupun tak ada kaitan pun dengan hidup dan mati. Tengok movie yang lawak-lawak walaupun tahu mostly lawak-lawak bodoh jea macam movie Johnny English ni.
Not thrill enough kan life saya ni. Ahaks. Kahwin ni lain dah compare zaman muda mudi dulu. Suka berada di zon selamat dan selesa sahaja. Huhu.
Dah habis tengok wayang, beli matcha ice cream di Family Mart. Makan untuk pertama kalinya. Ketinggalan lagi. Haha.
Ini ajelah aktiviti dating halal kami berdua. Macam tak banyak sebab half day. Walaupun tak banyak masih bermakna buat me and Kimchi. Masih lagi diberi peluang oleh Allah SWT untuk bernafas di muka bumi bersama-sama insan-insan yang saya sayangi.
Wowww..tajuk..Bahasa pasar habis. Ni kalau ambil paper SPM untuk subjek Bahasa melayu dan English mau dapat gred C6 ni. Eh pakai lagi ke pen...