Home
All post
Eid 1438H│Wajib Pergi Zoo Taiping Tiap Kali Balik Raya Perak
Singa betina tengah bersantai
kenyang sangat sampai kitaorang kat depan pun tak layan
Bawak Dak Zafran yang dah besar pergi Zoo, lain dah gelagatnya. Bila dah umur 3 tahun, banyak haiwan dia kenal sendiri. Dia juga dengan sendirinya excited setiap kali tengok haiwan. Yang haiwan yang Zafran tak tau nak panggil apa, kitaorang tolong sebutkan untuk dia. Lepas tu Zafran pun ikut sekali yang kitaorang sebut tu. Yea, nak cakap Dak Zafran sekarang dah pandai ikut balik apa yang kita sebut. Dua tahun lepas, buat dunno jea. yeala Zafran pun masa tue baby lagi. Nak expect apa. Lebih-lebih pulak mama nye. hehe.
Yang join sekali pergi Zoo dengan kitaorang ialah Ale sekeluarga, sepupu-sepupu depa iaitu Suhail, Syamim, Kirin & wife, Ika. Masuk-masuk jea Zoo Taiping, naik tram dahulu. Yang ni pun Zafran dah excited naik. Transportation kan. Even dapat naik lori sampah pun dia akan excited. Eh Zafran ada tau lori sampah mainan.
No camera pose from Zafran
Dah naik tram sampai pusing satu zoo, tengok haiwan dengan berjalan kaki pulak. Naik tram tadi pun ada bawak tengok semua haiwan, tapi bapak laju tram yang kitaorang naik. Budak-budak pun tak sempat nak hadam apa yang diaorang tengok dari tram.
Chimpanze
Dak Zafran bagi kura-kura makan keropok pun excited jugak. Adalah jugak babak nangis-nangis masa nak bagi kura-kura makan keropok. Yea excited excited pun ada nangis jugak. Tapi tak ingat dah apa reason nya menangis. Mood Zafran pun tak berapa nak cantik sebab tak makan solid food sangat especially karbohidrat. Zafran kan nak kena ada mood dulu baru nak makan. Kalau tak ada mood, memang langsung taknak makan. Tapi kalau tak makan pun mood jadi tak berapa nak ok jugak. Pening jugaklah dengan peel Zafran ni. Tak boleh nak buat apalah. Di fasa tantrum la katakan. Mak pak layankan jelah dulu.hehe.
Zayyan takut nak dekat dengan burung species apa entah..
Lepas tu, bawak lagi dia tengok haiwan-haiwan lain yang di situ seperti seladang, chimpanzi, harimau, singa, ular, burung, dan banyak lagi. Yang paling best dapat tengok gajah-gajah tengah mandi. Seronok tengok gajah-gajah bersantai sambil berendam secara dekat.
Rhino
Haiwan yang paling tak sabar-sabar Zara & Zayyan nak jumpa ialah parrot. Sebab parrot ni jenis senang nak bagi makan. Parrot ni kalau nampak jea ada orang nak bagi makanan, parrot ni terus terbang & hinggap ke sangkar supaya dekat dengan orang yang nak bagi makanan. Tiap-tiap kali pergi Zoo, Zara & Zayyan mesti bawak makanan untuk bagi parrot yang sama makan dari luar sangkar. Sebelum-sebelum ni bagi kacang tanah. Tahun ni pulak bagi bawa roti. Tapi yang roti, parrot ni tak makan banyak. Lepas beberapa cubit bagi makan, parrot tue terus terbang ke tengah sangkar & buat tak tahu dengan kitaorang. Tak suka kot makan roti. Parrot ni dah tua. Bulu-bulu di belakang leher dah banyak gugur. Sebelum ni, ok jea lagi.
Haiwan paling sweet..gajah
Ready nak berendam
Zafran bangun la dari baring..nak tengok gajah-gajah mandi-manda
Lepas dah balik dari Zoo, singgah makan di Cendol Ansari. Nak bawak Ika makan cendol yang paling sedap di Taiping. Dia tak pernah lagi makan di situ. Cu, Maklang & Mimi pun join sekali.
Cendol Ansari best cendol eva
Adakah saya pergi lagi Zoo Taiping lagi walaupun dah empat kali dah pergi situ? Jawapannya sudah semestinya..Hehe. Kalau nak baca entri-entri Zoo Taiping saya yang lepas, boleh klik link-link di bawah:
Raya 2013: Last Day Beraya di Perak
Memang pun. Sejak balik raya di Taiping, tak miss lagi pergi Zoo Taiping. 4 tahun lepas masa baru kahwin, Kimchi bawak saya pergi Zoo Ta...
MENANG GIVEAWAY MENGEJAR LAILATUL QADAR
Yeay..Menang giveaway lagi. Giveaway yang saya menangi adalah GIVEAWAY MENGEJAR LAILATUL QADAR. Kemenangan ini membolehkan blog saya tersenarai dalam bloglist di blog Shawal. Dengan cara ini, blog saya dapat diperkenalkan kepada followers blog beliau.
Thanks blogger Shawal kerana sudi menyenaraikan blog saya ke dalam bloglist. Semoga Shawal sentiasa dimurahkan rezeki.
penselduabee menang bloglist untuk tempoh sebulan
Blog saya tersenarai dalam bloglist blog Mohd Noor Shawal
Thanks blogger Shawal kerana sudi menyenaraikan blog saya ke dalam bloglist. Semoga Shawal sentiasa dimurahkan rezeki.
Yeay..Menang giveaway lagi. Giveaway yang saya menangi adalah GIVEAWAY MENGEJAR LAILATUL QADAR . Kemenangan ini membolehkan blog saya ters...
Eid 1438H│Baraan Raya Dengan Semangat Membara ke Tujuh Buah Rumah
Kimchi ni walaupun dah hampir tiga tahun berhenti dari Hartalega tapi sentiasa keep intouch dengan ex collegues nya. Keep in touch nya bukan yang hanya di media social or whatsapp. Tapi akan jumpa at least seorang sama ada di kenduri takpun datang beraya. Bila dah berjumpa, satu jam bersembang tak cukup.
Tahun ini Kimchi bagitau yang geng exhartalegian plan nak buat baraan raya. Dalam masa satu hari dapat buat reunion dan pada masa yang sama pergi beraya rumah-rumah yang satu jalan. Semuanya ada tujuh buah rumah. Baraan bermula dari Sungai Pelong & berakhir di Tanjung Karang. Tak tahu apa yang depa discuss dalam Whatsapp group , tahu-tahu yang diaorang dah set date, rumah yang nak beraya, schedule & semuanyalah. Cuma menu jea tak discuss sebab bukannya potluck yang takut tersediakan juadah ya ng sama. Yang penting kalau rumah termasuk dalam senarai rumah untuk Baraan, semua akan singgah. Ikut tuan rumahlah nak jamu kitaorang apa.
Masa ni ada yang belum sampai lagi.Tak lengkap lagi geng2 bini
Kalau ikut schedule kena sampai rumah yang pertama pada pukul 9am & akan berakhir pada pukul 5:30pm. Sebuah rumah kena spend tak lebih daripada 40 minit. Mula-mula jea plan macamtu. Yang actual punya, memang terlarilah sedikit. Biasalah bila dah melibatkan keluarga, mesti akan plus plus punya( tak sebut plus minus sebab memang tak akan berlakunya minus.ahaks).
Fairuz excited dengan apa tue..
Next pit stop juga di Sungai Pelong iaitu rumah Yanie. Dekat sahaja dari rumah yang first. Rumah Yanie bersebelahan dengan kediaman M. Nasir. Sebut kediaman macam gah sangat kan. Memang gah pun kediaman M. Nasir. Luas betul kawasan rumah M. Nasir.
Diva bangat Dak Zafran..taknak pandang kamera tue..
Menu rumah Yanie; Laksa & Mee kari
Yanie masak Mee Kari & Laksa. Dah siap makan laksa, terus gerak dahulu. Tak dapat nak spend lama di rumah Yanie sebab seterusnya rumah kitaorang pulak. Nak buat persediaan apa-apa yang patut sebelum diaorang sampai rumah.
Kitaorang tak adalam gambar ni sebab dah gerak dulu
Di rumah kitaorang pula, saya prepare spaghetti bolognese & brownies untuk diaorang. Semua suka brownies yang saya buat. Siap snap gambar resipe lagi. Recipe ni saya pernah share di entri sebelum ni iaitu Tahu Dah Cara Nak Buat Brownies Paling Senang (sempat lagi promote entri lepas..ahaks). Tapi memang senang nak dapat brownies yang menjadi pun guna recipe ni. Cara nak buat pun tak complicated. Sebab tu saya confident nak share di blog dan juga pada depa.
Di rumah weolls pulak
Ready to go to SU3
Next rumah adalah tak lain tak bukan rumah Ifzuan & Watie di Saujana Utama 3 yang satu Saujana dengan kitaorang. Dialah satu-satunya exHartalgian yang ada rumah berdekatan dengan Kimchi. Watie serve baked cheesy spiral, chiskut, brownies, cocktail. Dia prepare light meal sebab dia tahu 3 buah rumah sebelumnya dah sediakan heavy meal. Dak Zafran pun suka jugak makan baked cheesy spiral. Ni dah dua kali makan, mood boleh cantik dah ni.. Harap begitulah.hehe.
Menu rumah Ifzuan & Watie; baked Cheesy spiral, brownies, cheskut & cocktail
Masa ni mood Zafran baik jugaknya sebabnya nampak toys di sudut tue...
Kimchi rambang mata
Next rumah adalah di Jeram iaitu rumah Saharil. Dalam 30 minit perjalanan ke rumahnya. Dia serve roti jala & kuah kari. Rumahnya ada banyak kucing. Budak-budak semuanya excited main kucing Saharil termasuklah Dak Zafran. Nasib baik ada benda yang boleh buat Dak Zafran distract daripada meragam. Alhamdulillah rumah keempat, tak ada mengamuk lagi.ahaks.
Ex & bukan exhartalagian tengah bergosip
Ready nak pergi rumah Khairil
panas terik pun tak ada hal..nak bergambar punya pasal
Sampai ke rumah exboss depa iaitu Khairil, Dak Zafran hampir nak mengamuk. Bukan kepenatan ke apa. Tapi rumahnya ada pameran pelbagai model diperbuat daripada lego. Macam-macam ada dari bangunan hinggalah transportation. Tang transporation tue yang buatkan Zafran panas punggung. Dah hampir meragamlah Dak Zafran. Nasib baiklah ada lego mainan biasa yang boleh bagi Dak Zafran main. Bolehlah distract sekejap daripada melalak. Lagipun perut Zafran kenyang sebab ada dua kali makan. Tak adalah temper sangat kalau dia tak dapat apa yang nak. Budak-budak lain pun sama jugak. Tak boleh tahan daripada godaan pameran lego. Mak pak masing-masing memang sibuklah monitor anak-anak. Tue yang tak bergambar langsung di rumah Khairil. Even satu gambar candid pun tak ada. Maafin yea Khairil. Ahaks.
Di Rumah Roma makan keuh Tiaw Sup.
Rumah yang terakhir adalah rumah Roma & Azizah. Adik-beradik Roma juga tinggal berdekatan dengan rumahnya. Roma & adik-beradiknya sama-sama buat business bot. Tu yang nampak banyak ada bot di sekitar rumah Roma. Budak-budak memang excitedlah nak main berhampiran bot ni. Dak Zafran pun suka jugak tapi time kat rumah Roma dia tidur pulak. Time nak balik dan bergambar baru terjaga. Dapatlah jugak bagi dia tengok bot last minutes.
Bergambar di hadapan boat.budak-budak dah panjat masuk dalam. Dak Zafran baru bangun tidur. Enjin belum panas, tak berapa nak layan sangat boat kat belakangnya
Tapi selesai sahaja Baraan ni, macam tak ada kesulitan pun yang kena face. Anak-anak pun seronok termasuklah Dak Zafran. Perut pun buntat. Yang peliknya, setiap rumah yang kitaorang beraya, menunya berbeza-beza. Even satu juadah pun tak ada yang tersama walaupun tak pakat. Pelik bin ajaib kan.
Paling penting ikatan persahabatan antara depa pun menjadi semakin kuat walaupun dah tak sama kerja Hartalega. Yang tak kenal menjadi kenal macam geng-geng pasangan. Sekarang semua spouse dah join whatapps group depa dah. Lagipun, dengan cara Baraan Rayalah, baru kita sampai dan kenal rumah-rumah kawan kita. Kalau tak memang tak akan sampai. Setiap tahun bolehlah buat Baraan Raya sebabnya ini adalah cara yang terbaik untuk reunion & juga untuk keeping in touch.
Kimchi ni walaupun dah hampir tiga tahun berhenti dari Hartalega tapi sentiasa keep intouch dengan ex collegues nya. Keep in touch nya buka...
STEEVYA PEMANIS GANTI GULA YANG BAIK UNTUK KESIHATAN
Stevia atau nama saintifiknya Stevia Rebaudiana merupakan tumbuhan herba yang berasal dari Paraguay. Stevia telah lama digunakan oleh masyarakat di sana sebagai pemanis semula jadi dalam makanan, minuman dan perubatan oleh masyarakat di sana. Pokok stevia juga semakin mendapat perhatian masyarakat amnya di Malaysia kerana khasiat dan kelebihannya sebagai pengganti gula semula jadi.
Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan gula putih yang dibuat daripada pokok tebu telah lama dipraktikkan dalam masyarakat sebagai penambah perasa manis dalam makanan dan minuman. Akan tetapi, pengambilan gula secara berlebihan boleh mengakibatkan banyak masalah kesihatan seperti obesiti (berat badan berlebihan), diabetes serta tekanan darah tinggi.
Oleh itu, masyarakat perlu mengambil inisiatif lain untuk menggantikan gula sebagai penambah rasa manis agar kehidupan kita menjadi lebih sihat. Oleh kerana itulah, sejak kebelakangan ini, daun stevia menjadi semakin popular. Stevia merupakan tumbuhan herba bebas toksin dan selamat digunakan untuk menurunkan kadar sakit diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah berat badan. Menurut kajian, kandungan utama stevia yang menghasilkan rasa manis iaitu Steviosid membantu menurunkan kadar tekanan darah tinggi [1].
Keistimewaan stevia ini terdapat pada daunnya yang mempunyai rasa manis. Malah, ekstrak stevia ini dikatakan mempunyai 350 kali ganda rasa manis berbanding gula putih yang dibuat daripada pokok tebu. Antara produk pemanis stevia yang terdapat dipasaran adalah jenama STEEVYA. Produk ini telah diformulasikan daripada ekstrak daun stevia asli yang memberikan rasa manis lebih kuat dengan hanya tiga - empat titisan ke dalam makanan atau minuman.
KEBAIKAN STEEVYA
Produk STEEVYA ini tidak mengandungi sebarang karbohidrat, lemak, kalori dan tiada mengandungi sebarang pemanis lain. Produk ini telah disahkan dengan ujikaji makmal oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta turut diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan nombor notifikasi: KKM.600-7/2/1 Jld.57 (57).Produk STEEVYA sesuai digunakan oleh pesakit kencing manis, mereka yang mengalami berat berlebihan, dan juga penghidap tekanan darah tinggi. STEEVYA ini juga selamat digunakan oleh semua lapisan umur termasuk kanak-kanak seawal 4 tahun dan orang dewasa.
Selain itu, produk STEEVYA ini mengandungi Vitamin C yang boleh membantu meningkatkan imunisasi badan serta menambah kolagen dalam tubuh pesakit kencing manis. Vitamin C tersebut membantu memberikan ketahanan kepada sel tubuh badan serta dapat menangkis masalah luka sukar sembuh yang seringkali menyerang pesakit kencing manis. STEEVYA merupakan produk pemanis stevia yang PERTAMA di Malaysia yang mencampurkan Vitamin C di dalam produk keluaran mereka.
Bukan sahaja bermanfaat sebagai penurun kadar gula dalam darah, STEEVYA juga turut bermanfaat sebagai makanan tambahan bagi pesakit obes yang sedang dalam diet. Kandungan STEEVYA yang bebas kalori tidak akan mengakibatkan seseorang itu menjadi gemuk. Malah ia membantu pembakaran lemak dengan lebih pantas ketika aktiviti sukan dilakukan. Dengan indeks bebas glycomic, produk STEEVYA adalah selamat digunakan oleh sesiapa sahaja walaupun penghidap kencing manis. Namun begitu, penghidap kencing manis stage 3 ke atas perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan produk ini.
MENGAPA PERLU MENGGUNAKAN STEEVYA?
Selain menjadi stevia pertama dalam Malaysia yang mengandungi Vitamin C, produk jenama STEEVYA juga merupakan produk pemanis stevia PERTAMA yang dijual di dalam botol 50ml. Sejak stevia diperkenalkan di Malaysia, belum ada mana-mana produk pemanis stevia yang dijual dalam kemasan melebihi 15ml. Kebiasaannya hanya dijual dalam kemasan 10 atau 15ml sahaja.Maka, STEEVYA merupakan produk stevia pertama dijual dengan kemasan 50ml dan dijual pada harga yang amat berpatutan. Seperti yang kita sedia maklum, produk yang menggunakan ekstrak stevia asli amat mahal dijual di pasaran.
Namun, kehadiran jenama STEEVYA ini bakal mengubah segalanya kerana produk ini dijual pada harga yang sangat berpatutan. Bayangkan, dengan pelbagai kebaikan yang anda boleh perolehi daripada produk STEEVYA ini, anda hanya perlu mengeluarkan RM 49.00 sahaja untuk sebotol 50ml. Harganya yang sangat berpatutan ini amat baik untuk semua lapisan masyarakat.
Maka, pilihan untuk menjadikan hidup anda lebih sihat berbanding sebelum ini bukan lagi satu pilihan yang mahal. Namun, ia mampu dikecapi oleh semua individu baik yang berpendapatan rendah atau tinggi.
Selain itu, STEEVYA juga telah melalui proses pengesahan selamat dijual dan selamat digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta pengesahan label produk telah dikeluarkan. Produk STEEVYA juga disahkan tidak mengandungi bahan merbahaya setelah melalui beberapa fasa ujikaji makmal di Malaysia. Produk STEEVYA sedang dalam proses mendapatkan sijil Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Walaubagaimanapun, bahan asas produk STEEVYA telahpun disahkan HALAL badan halal antarabangsa.
TESTIMONI STEEVYA
Maka, tidak syak lagi, produk STEEVYA merupakan pilihan paling tepat untuk anda dan keluarga. Bertukarlah kepada kehidupan yang lebih sihat. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman, gantikan ia dengan STEEVYA! Ingin mengetahui lebih lanjut tentang STEEVYA? Layari laman web: www.steevya.net Untuk pembelian online, sila layari: www.steevya.com
Cepat-cepat dapatkan STEEVYA demi kesihatan diri,
Stevia atau nama saintifiknya Stevia Rebaudiana merupakan tumbuhan herba yang berasal dari Paraguay. Stevia telah lama digunakan oleh masy...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)