Selepas 3 bulan saya mengetahui yang saya memenangi percutian 3D2N di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut, akhirnya sudah tiba masanya untuk bercuti di situ. Apply cuti 2 hari untk percutian ni. Campur dengan 2 hari weekend, totalnya 4 hari. Lepas dah bercuti di Lumut, terus balik Taiping sekali.
Bertolak dari Saujana pada hari Khamis petang. Dah sampai di Manjung, dinner dengan member Kimci, Kewek dulu di Swisssomelt. Dah makan, gerak dari Bandar Manjung yang memerlukan masa approximately 30 minutes untuk sampai ke Swiss Garden. Jalan nak ke Swiss Garden tersangatlah ke dalam & sunyi. Macam exclusive jea Resort ni sebab tempatnya macam private sangat.
Time check in, saya request nak bilik yang sea view & ada katil king. Receptionist cakap kalau nak katil king, ada garden view jea. Nak Sea view, kena ambik bilik yang ada 2 katil single. Memikirkan ada anak kecil, kenalah pilih bilik yang ada katil king. Saya cakap kat receipt, garden view pun still cantik jugak kan. Receipt just sengih jea. Dia sengih tu maksudnya dia malas nak layan ke, ke view nye "terlampau cantik sangat". Dah dapat kunci, terus pergi ke bilik. Dapat bilik 3rd floor, sama level dengan lobby & bilik pun sangat dekat daripada lobby. Dah sampai bilik, saya terus ke balcony nak tengok dapat view apa. Rupa-rupanya view carpark. Carpark depan resort. Memang cantik sangatlah. haha. Tapi at least dari lobby, tak adalah jauh nak pergi ke bilik. Ada saya baca review dari blog lain, ada yang dapat bilik yang tak sama building dengan lobby. Nak kena berjalan jauh selepas check in. Dan yang paling penting dapat satu katil besar. Tak adalah dapat 2 katil single, yang at the end nak kena rapatkan.
Katil King yang saiznya sangat puas hati
Bilik yang dapat agak luas jugak. Bilik air pun not bad & ada bathtub. Tapi Kimchi tak puas hati giler toilet tak ada berus gigi. Dia ada jea bawak berus gigi. Just suka collect berus gigi hotel. Tapi ada jea toilet amenities yang lain seperti shampoo, conditioner, bath gel, shower cap, sewing kit & sanitary bag. Even laundry bag pun ada. Bukanlah tak ada langsung. Dia cakap untuk hotel rate 4star ke atas, suppose kena ada berus gigi. Mana boleh tak ada. Apa-apala Kimchi yang oiii..haha.
Toilet basin. Sebelahnya ada bath tub.
Luas jugak biliknya untuk yang rate standard
Tv channel pulak kalau tengok pada list yang hotel provide, sepatutnya ada more than 10 channels include cartoon & sports. Tapi yang dapat tengok just sports, satu channel movie, then, TV1 sampai 3 tuela. Tanya receipt, dia reply hotel ada problem with apa ntah. Ok, fine.
Servis housekeeping hotel sangat bagus. Request iron & iron board malam tu jugak, terus dapat. Tak perlu tunggu lama pun.
Dak Zafran dah get ready nak melompat-lompat atas katil.
Sedap jea tidur.
Esoknya, breakfast di The Garden Terrace. Guna breakfast voucher organizer, Nurin punya. Nurin charge RM63 kalau dia tolong book guna dia punya membership di situ. Rm63 for 3 adults or 2 adults 2 childrens. Kalau normal price(non-member)harganya apprx RM50/pax. Saya & Kimchi pergi breakfast lambat. Pukul 9:50am baru nak breakfast. Padahal, boleh breakfast sampai pukul 10:30am jea. Saya & Kimchi memang sengaja breakfast lambat. Biar boleh kenyang lama sedikit.
Di The Garden Terrace.
Waiter beri childseat tapi tahula Dak Zafran. Dia bukan suka duduk kat child seat ni
Breakfast buffet
Dak Zafran tengah tengok permandangan laut.
Dalam pukul 10;30am, waiter datang & beritahu yang tempat tu nak kena ready untuk lunch pulak. Tapi dia cakaplah kalau still belum habis lagi breakfast, dia suggest untuk ambik semua makanan yang nak makan siap-siap & letak atas meja. Dia benarkan stay di The Garden Terrace sampai habis makan. Saya pun apa lagi, ambik semua jenis makanan yang ada & letak atas meja. Siap tapau untuk Dak Zafran pun ada. Then, dah siap ambik makanan, semua waiters pun bawak masuk semua makanan masuk dalam kitchen & setup untuk lunch. Bagus jugaklah waiter ni, still considerate untuk customer yang nak late breakfast. Satu lagi yang bestnya breakfast di Garden Terrace, boleh menikmati permandangan laut sambil sarapan. The Garden Terrace ni betul-betul mengadap laut. Makanan yang ada pun ada pelbagai jenis seperti porridge, egg station, nasi lemak, rendang ayam, kuew tiau, sandwish station, western foods, cereal station, fruits & salads. Memang makan sampai buntatlah. Kenyang sampai ke petang.
Meja kitaorang ni betul-betul mengadap laut. Tapi tak dapat nak ambik gambar direct permandangan laut sebab silau.
Western food station
Malaysian food station. Sebelahnya ada egg station.
Sandwich, fruits & salad station. belakang tu drinks & cereal station.
Dak Zafran jumpa kawan baru
Budak kecil memang senang nak jumpa kawan baru
Dah habis breakfast, jalan-jalan di sepanjang walkaway resort. Jalan-jalan di walkaway pun boleh menikmati permandangan laut jugak. Ada peacock yang dilepaskan bebas di perkarangan resort. Tapi tak sempat nak ambik gambar sebab dah lari ke tempat lain. Dah sampai penghujung walkaway ada tangga untuk turun ke private beach. Tak turun pergi ke pantai sebab cuaca dah panas. Masing-masing dah berpeluh-peluh. Tunggu balik dari jalan-jalan Lumut, baru pergi jalan-jalan di Swiss Garden Private Beach. So, patah balik & balik bilik.
Masa untuk burn calory
Berjalan di sepanjang walkaway
Dak Zafran buat aksi model
tepi laut
Dah di penghujung walkaway. Ada tangga untuk ke private beach. tapi patah balik sebab dah panas. Plan time petang baru ke private beach.
Budak ni
Gedik sangat ni
mama take over jadi photographer pulak
Dak Zafran dah kepenatan. Tarik tangan, ajak balik. Nasib baik tak pergi ke private beach.
di swimming pool. Tarik tangan lagi.
Kena dukung dah. Ni di lobi.
Ready nak jalan-jalan di town.
Selepas 3 bulan saya mengetahui yang saya memenangi percutian 3D2N di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut, akhirnya sudah tiba masanya unt...