Sambutan ulang tahun perkahwinan mak abah tahun ini kami sekeluarga sepakat untuk staycation lama sedikit dari kebiasaan. Sambutan sebelum ini staycation selama dua hari satu malam. Sambutan tahun ini lama sedikit iaitu tiga hari dua malam. Lokasi kami pilih staycation unuk sambutan anniversary mak abah adalah di Janda Baik. Tempat kami bermalam selama tiga hari dua malam adalah di Sang Sungai Homestay, Janda Baik.
Sang Sungai Homestay ni Mus yang cari. Tempat ini dipilih sebab semua facility yang kami nak ada iaitu tempat BBQ, dapur yang lengkap dengan semua alat memasak dan paling penting betul-betul hadapan dengan sungai.
Masa percutian Janda Baik sebelum ni yang kami ada naik ATV tu tak sempat nak mandi sungai. Yeala duk situ dua hari je. Hari check in terspend masa lebih dengan aktiviti ATV. Hari check in tak sempat mandi sungai. Nak mandi sungai keesokkanya iaitu hari check out, sungai dah deras dan dalam. Malam tu hujan. Tak dapat mandi sungai hinggalah check out. Tu percutian di Janda Baik kali ini staycation selama tiga hari. Biar dapat mandi sungai sampai lebam. Hehe.
Sang Sungai Homestay ini sememangnya ada kemudahan yang kami nak. Ada mini garden lagi. Cuma ownernya macam tak invest untuk deco baik interior mahupun exterior. Condition homestay dan juga facitility macam lama dan tak berapa dalam keadaan yang baik. Ada few spot berhabuk dah bersawang lagi. Rumah semut pun ada. Bawah adalah gambar-gambar dalam homestay ini.
Lepastu sampai-sampai sahaja homestay ni disambut dengan longgokan barangan terbuang di hadapan homestay ini. Macam tak berada di tempat percutian pun ada. Tapi yang superbnya adalah betul-betul hadapan sungai dan sungainya sangat bersih.
My kids and fruit kid memang syok dapat main air tanpa perlu fikir tentang kejar masa. Sebab duk situ dua malam kan. Farid dan Mus siap sewa pelampong besar dua biji lagi. Syok naik pelampong dalam sungai. Dihanyut oleh aliran air sungai.
Sambut anniversary mak abah pada malam kedua. Menu untuk sambutan adalam ayam BBQ, burger dan variety of desserts. Sambut sekali hari jadi Dak Filzah jugak. Gap beberapa hari sahaja dengan birthday Dak Filzah dengan anniversary mak abah. Makan-makan sambal menikmati kesejukkan angin malam di Janda Baik sangatlah menenangkan jiwa dan raga. Some of Enon clans yang stay Selangor/KL pun ada datang memeriahkan lagi event sambutan keluarga gediks ni.
Since staycation just santai dan kurang pergerakkan luar, jadi untuk makan mostly masak sendiri je di homestay. Just sarapan pagi ada beli kedai.
Ada jugak singgah beli coffee di Kopi Ladang. Saya order cappuccino. Kimchi pulak order kopi ladang special. Asalnya nak order latte. Tapi Latte kan susu lebih dan takut guna susu yang rasa susu kuat sangat, saya tak boleh nak telan nanti. Tu order cappuccino. Tengok-tengok cappuccino pun rasa susu kuat jugak. Terus bagi Farid. Kimchi punya rasa susu kuat. Memang saya tak akan repeat minum coffe café ni.
Sangat-sangat menyeronokkan staycation di Janda Baik selama tiga hari ni. Dapat mandi sungai lama dan hingga puas hati. Even dapat homestay yang tak berapa nak ada vibe tempat percutian tapi kami masi lagi ok. Sebabnya betul-betul dekat sungai dan facility yang kami nak almost semua ada.
To mak abah Happy wedding anniversary to both of you. To Dak Filzah, Happy birthday to you.
Sambutan ulang tahun perkahwinan mak abah tahun ini kami sekeluarga sepakat untuk staycation lama sedikit dari kebiasaan. Sambutan sebelum i...