Awal last year dapat tahu yang panda-panda Zoo Negara kita bakal pulang ke negara asalnya iaitu China. Sebab dalam perjanjian panda-panda kena pulang pada Ogos. Beria-ria ajak Kimchi pergi Zoo Negara supaya sempat tengok sebelum panda-panda balik China. Tapi tuela, weekend kami yang free boleh kira dengan jari sebelah tangan je. Sangatlah susah nak cari date untuk bawak tiga ketul pergi Zoo Negara. Sampai satu tahap redha dah kalau tak sempat jugak tengok panda.
Betul-betul nak dekat bulan Ogos baru tahu yang nak pulang ke China adalah anak kepada pasangan Panda yang dipinjam kepada Malaysia oleh China. Ikut perjanjian yang anak je kena pulangkan bila dah genap umur dua tahun.
Fuh dapat jugak tengok panda. Kalau tidak nak kena pergi luar negara kalau nak tengok panda. Akhir tahun lepas baru berpeluang bawak tiga ketul pergi Zoo Negara untuk tengok panda dan juga haiwan-haiwan lain. Ipar-ipar dan family pun ada join jugak.
Masuk je Zoo Negara, terus naik tram berbayar. Tram ni bawak pusing-pusing dalam Zoo Negara dan boleh drop di pitstop. So boleh pilih nak turun di tempat yang ada paling banyak haiwan kami nak tengok. Tak dapat nak cover semua area dan tengok semua haiwan. Takut Mimi yang tengah sarat mengandung tak larat.
Kami pilih turun di area Savannah. Di area ni oleh tengok almost all haiwan liar Savannah seperti zirafah, singa, zebra, gajah dan banyak lagi. Di situ jugak dekat dengan Pusat Konservasi Giant Panda. Kami turun jea dari tram,terus jalan menghala ke tempat panda.
Dah kat depan panda, semua panda tengah tidur. Tidur pun tetap kami excited dapat tengok panda depan mata. Selalu tengok kat TV. Actually masa honeymoon di Guangzhou, dah pergi Zoo Guangzhou. Pergi zoo ni sebab nak tengok pandala. Tapi panda tak ada pulak. Tempatnya ada.
Tiga ketul tersangatlah excited tengok panda yang sangat gebu gebas macam stuffed toy diaorang. Dengan tempat tu sejuk beraircon lagi. Lama jugak spend tengok panda di situ. Time tu pun tak ramai sangat orang. Jadi tak crowded sangat dan dapat tengok depan-depan lama.
Dah puas tengok panda, terus keluar. Since lalu café dulu sebelum keluar, Zafirah nampak French fries dan terus mintak. Jadinya duduk dulu tunggu budak-budak isi perut dan membasahi tekak dengan minum air.
Selesai isi perut, sambung tengok semua haiwan liar yang ada berdekatan dengan pusat panda tadi iaitu gajah, zebra, singa, harimau, rhino(cam carca merba campur bm bi nama haiwan ni tapi biar jeala) dan banyak lagi.
Habis tengok semua haiwan di area Savannah dan mammal, tengok tengok dah tengahhari. Semua dah kepenatan. Since ada yang dah tak larat, terus pergi ke tempat naik tram.
tempat tunggu untuk naik tram
Dah dapat naik tram, driver tanya nak turun tak di last pit stop yang tempat ada penguin. Kami pun apalagi nak la turun untuk tengok penguin. Dia area penguin dapat jugak tengok ikan pelbagai species. Penguin nya ada banyak tapi tak besar tempantnya. Dah puas tengok penguin, jalan kaki untuk keluar Zoo Negara. Banyak lagi tempat yang boleh pergi lagi seperti sangkar burung yang boleh tengok i species burung, rimba reptiles dan etc. Just most of us dah tak larat. Paling penting pergi zoo negara ni, tengok panda dan most of wild animal yang ada di situ.
dalam cermin tu ada penguin
Last sekali saya pergi Zoo Negara adalah masa darjah lima which is 25 tahun yang lepas. Tak tahu ada ke tak beza dan perubahan pada zoo negara compare yang saya pergi 25 tahun yang lepas tu. Of coursela ada adakan.
Zoo ni semestinya seronok untuk dipergi sebab tempat yang boleh tengok haiwan. Budak-budak lagi suka. Just tang toilet tu. Toilet di main entrance tu. Tahulah free masuk. Tapi tak perlulah ada free gift jugak. Sangat spoil mood betul. Malas ulas Panjang. Suppose kena ada ada cleaner di toilet tu yang buat cleaning yang kerap. Toilet main entrance kot. Apapun sangat seronok tengok haiwan di Zoo Negara especially kiddos.
Awal last year dapat tahu yang panda-panda Zoo Negara kita bakal pulang ke negara asalnya iaitu China. Sebab dalam perjanjian panda-panda ke...