2023 Perkasa Family Day At Sunway Lagoon | Part 1
Persatuan under kerja Kimchi yang Kimchi join, yang dipanggil Perkasa Selangor ada anjurkan family day di Sunway Lagoon. Pendaftaran family day ini dibuka untuk ahli Perkasa dan first come first serve. Kimchi tanya nak join ke tak, saya memang naklah join since dah lama tak pergi Sunway Lagoon. Last sekali pada tahun 2017 masa anak sorang lagi. Then bayar harga tiket pun dengan harga diskaun ahli perkasa.
Pada hari family day, pagi pagi dah kena berkumpul di depan entrance dan daftar di situ. Entrance yang kena berkumpul pun bukannya di main entrance. Untuk family day kena berkumpul di Surf Beach Entrance. Baru tahu ada entrance lain selain main entrance rupanya. Kami pukul 8 lebih dah sampai.
Nak masuk under tiket family day ni ada guideline kena follow. Lepas dah confirm attendance, pekerja Sunway Lagoon yang incharge untuk family day Perkasa akan pakaikan wristband pada pergelangan tangan dan ada extra tampal sticker pada wristband menandakan kita masuk under tiket family day.
Dah masuk, semua peserta family day pergi berkumpul di Harbour Deck. Harbour Deck ini adalah event space yang telah dibook sehingga petang untuk event family day Perkasa.
Event family day start dari pagi hingga tengahhari. Aktiviti-aktivitinya adalah mula dengan sarapan. Lepas tu warming up dan disusuli dengan sukaneka. Since sukanekanya dibuat di Surf Beach yang ada man made beach dan pool jugak, kids termasuklah tiga ketul tersangatlah tak tahan godaan nak main air dan pasir.
Ada yang masuk kolamlah sebelum aktiviti sukaneka tamat. Tapi Dak Zafran dan Dak Zafirah sempat join sukaneka walaupun almost nak kecundang dengan kolam. Dak Zafran siap ada menang salah satu sukaneka yang dia join lagi. Hehe.
Dah tamat sukaneka, pergi ke Harbour Deck balik untuk acara peryampaian hadiah dan lucky draw. Kimchi dapat hadiah lucky draw blender. Dak Zafran dapat hadiah yang dia menang sukaneka.
Habis sesi penyampaian hadiah dan lucky draw, family day diakhiri dengan sesi photoshoot dengan semua ahli perkasa dan lunch. Lunch sempat ambil tapi tak sempat makan. Sebabnya tiga ketul dah tak sabar nak main pool. Almost meragamlah. Huhu.
Start dengan main air di Little Zimbabwe. Water playground di sini sangat menarik dan colourful. Banyak slide dan water play equipment yang boleh dimain. Memang kids main air lamalah kat sini.
Lepas tu ajak pergi main air di Captain’s Splash Adventure. Water playground jugak. On the way ke water playground ni jalan-jalan tengok haiwan di Wild Life Park. Tapi tak sempat nak tengok semua haiwan yang ada sebab nak spend lebih masa main air dan nak kejar masa supaya sempat main man made wave di surf beach. Man made wave start pukul 430pm.
Water playground Captain’s Splash Adventure lagi menyeronokkan sebab lagi besar dan lagi banyak waterplay equipment dan slide. Dak Zafran ntah berapa puluh kali main slide yang paling tinggi di situ. Stop main dan terpaksa balik ke tempat berkumpul family day sebab Zafirah kecundang je. Matanya masuk pasir.
On the way ke Harbour Deck, kebetulan ada tram tengah tunggu penuh dengan passenger. Apalagi naiklah since akan ke area berdekatan dengan Harbour Deck. Rezeki Kimchilah sebab suppose dia kena balik ke Harbour Deck dengan jalan kaki sambil dukung Dak Zafirah. Naik tram ni tak perlu nak berjalan sambil dukung Dak Zafirah. Dak Zafirah dah tak mampu nak berjalan sebab mata masuk pasir. Huhu. Naik tram pun menyeronokkan budak-budak jugak especially Dak Zayden.
Dah sampai pit stop kena berjalan sedikit ke Harbour Deck. Time on the way, lalu depan food stall yang ada jual Pizza. Dak Zayden terus mintak Pizza. Terpaksalah layan permintaan Dak Zayden sebab takut meragam. Lagipun yang dia mintak solid food yang mampu mengenyangkan perut dia. Kebarangkalian untuk meragam menjadi lebih rendah bila kekenyangan perut makin meningkat. Huhu.
Dah kat kaunter untuk order, harga pizzanya large RM68++.Mak aiiii. Actually tahu je harga makanan yang dijual dalam Sunway Lagoon tak akan ada yang marhaen. Aware tu. Tapii tak expect harganya semahal macamtu. Dah size yang boleh dipilih sama ada personal dan large je. Personal tu harga RM20++. Tengok size personal tu. Hmmm celah gigi Zayden je. Bukan gigi saya tau. Haha. Bila bercuti ni, memang sentiasa kena prepare yang banyak duit kena keluar. Tak apa yang penting kids happy.
Dah dapat pizza, pergi ke Harbour Deck untuk rehat. Lunch makanan yang ambil sebelum main air tadi. Yea baru dapat lunch. Layan kids nak main air kan. Rehat dan solat sementara tunggu man made wave start.
Continue reading Part 2 by clicking 2023 Perkasa Family Day At Sunway Lagoon | Part 2
Persatuan under kerja Kimchi yang Kimchi join, yang dipanggil Perkasa Selangor ada anjurkan family day di Sunway Lagoon. Pendaftaran family ...