Birthday tahun ini umur saya dah masuk 36 tahun. Kalau permohonan kerja kerajaan di SPA, umur 36 tahun ni umur starting dah tak layak untuk mohon kerja kerajaan di SPA. Had umur sehingga 35 tahun je kan. Bila ingatkan balik perjuangan mohon keje gomen dari sejak grad, perghh sadis. Rejection je yang diterima. Sampai umur 30 tak silap saya dah berhenti mohon di SPA dan menerima hakikat dengan hati yang terbuka, yang memang keje gomen taknak sayalah. Kerja swasta jeala. Kau taknak sudahla. Huuu.
Since birthday tahun ini adalah officially yang saya dah tak layak apply di SPA, jadi haruslah buat kelainan sedikit untuk sambutan birthday saya yang ke 36 ni. Dengan kata lain special la sedikit. Birthday tahun ini disambut dengan bercuti dengan Gediks Family di Desaru. Padahal kebetulan je. Haha.
Awat pilih Desaru. Sebab tak pernah sampai situ lagi. Kuikuikui. Yeala jarang dengar orang kalau bercuti, nak pilih Desaru sebagai destinasi percutian. Yang selalu dengar macam CH, Penang, Ipoh dan etc. Eh walaupun Desaru ni bukan pilihan utama untuk destinasi percutian rakyat Malaysia, ada Hard Rock Hotel tau kat Desaru. Dan jugak few tempat yang boleh dipergi di Desaru. Just kami tak check in hotel hard rock ni.
Untuk overnight, Farid book rumah Semi D yang hanya 10 minit je perjalanan naik kereta ke pantai Desaru. Plan asal, sampai je Desaru nak picnic lunch ni pantai Desaru. Tapi lunch di homestay sebab sampai Desaru dalam pukul 3 petang. Kalau nak ke pantai kena teruskan perjalanan lagi.
Homestaynya adalah rumah SemiD yang ada empat bedroom dan lima bilik air. Luas homestay nye. Siap ada snooker table lagi. Budak 4 ketul excitedla main snooker tu. Tak pernah jumpa kan. Haha. Puas hatila dengan SemiD ni. Semua kelengkapan asas macam peralatan memasak, mesin basuh etc semua disediakan.
Bila dah kat homestay, memang meleret lah nak boleh keluar ke pantai Desaru. Nak dekat pukul 6 baru keluar ke pantai Desaru. Dah sampai pantai Desaru sekali entrance nak masuk ditutup. Ada notice board kat situ state yang pantai tu dibuka dari pukul 8 pagi hingga pukul 6 petang. Lah first time pergi pantai public yang ada operating hour. Boleh eh buat macamtu untuk pantai awam.
Empat ketul dah kecewa tak dapat main pasir pantai. Jadi tak mengubat kekecewaan mereka, bawak pergi jalan-jalan di Hard Rock Hotel. Kimchi dapatlah shopping sehelai tshirt hard rock di Hard Rock Shop.
Malamnya aktiviti sambutan birthday saya dan disambut sekali dengan birthday semua gedik siblings yang lain. Kami semua lahir pada bulan hujung tahun dan dekat-dekat. Macam saya November, Didi dan Farid October dan Mus pada Disember. Jadi sambut birthday sekali semua gediks siblings.
Esoknya pagi-pagi lepas breakfast pergi Pantai Desaru. Pukul 8 lebih sampai. Memang dapatlah main pasir lama. Siap dapat mandi pantai lagi. Pantai Desaru ni cantik jugak tapi sangat bahang sebab tak banyak pokok. Nasib baik ada jugak port yang teduh untuk empat ketul main pasir tanpa rasa panas terik. Then tak luas sangat dan banyak sampahlah.
Spend time di Pantai Desaru sehingga pukul 11. Lepastu balik homestay untuk bersiap untuk check out. Lepas check out lunch di Richiamo. Cafe ni dekat dari homestay dan ada menu nasi untuk abah. Thanks Farid belanja lunch di Richiamo. Macam biasa makanan dan minuman di café ni tak pernah mengecewakan. Sedap.
Dah siap lunch, nak pergi ke tempat menarik yang ada di Desaru. Tapiii macam tak berapa nak ada. Search di internet Kimi jumpa ad ataman Ostrich dan Taman Buaya. Kena pilih salah satu sebab kedua-dua tak sejalan dah di tempat yang berlainan. Jadi pilih untuk pergi Taman Buaya.
On the way ke Taman Buaya, abah ajak singgah Muzium Nelayan. Masa gediks family ada pernah pergi Desaru yang saya tak join dulu, nak pergi Muzium ni tapi tutup. Abah ajak lagi. Dah sampai tengok tutup lagi. Tanya orang yang jaga di situ, katanya tengah renovate. Tak tau bila dibuka balik. Lama tul renovate muzium pun. Jadi terus ke Taman Buaya di Teluk Sengat.
Nak masuk Taman Buaya Teluk Sengat kena bayar tiket berharga RM8 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak. Taman Buaya of course tengok buayalah. Tengok buaya tertua, yang OKU, semualah. Buaya je ada disitu. Dah nama pun Taman Buaya kan. Farid bayar RM25 untuk makanan buaya. Dah sampai ke port crocodile feeding, bagi tiket pembayaran kepada pekerja yang ada di situ. Pekerja inilah yang akan bagi makanan iaitu ayam kepada buaya. Dapatlah tengok show crocodile feeding.
Tengok buaya ada kat situ, rasa gerun. Terus teringat dengan kes serangan buaya yang kat Sarawak tu. Yang makan budak tu. Huhu. Buayalah haiwan yang saya tak excited nak tengok sangat. Huhu. Tapi kids sangat enjoying tengok semua buaya ada kat situ.
Dah habis pusing-pusing di Taman Buaya, pergi singgah ambil gambar di Jeti Teluk Sengat. Boleh lihat dan ambil gambar Jambatan Sungai Johor di jeti ni sambal merasa tiupan angin di situ.
di atas Jambatan Sungai Johor
Ni view Jambatan Sungai Johor dari atas Jeti Teluk Sengat
Last destination adalah Muzium Kota Johor Lama. Tahu kewujudan tempat ini sebab ternampak signboard. Dah sampai Muzium tak boleh masuk pulak sebab tutup. Macam muzium nelayan jugak ke. Ditutup until further notice. Jadi bergambar di hadapan Muzium Kota Johor Lama.
Muzium Kota Johor Lama adalah tempat kalau nak tahu mengetahui dengan lebih mendalam peranan Kota Johor Lama yang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Melayu yang penting selepas era kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511.(sebahagian ayat ni C&P dari google ye)
Habis dah aktiviti percutian sambutan hari jadi saya yang ke 36 di Desaru dengan Gediks family tersayang. Best bercuti di Desaru tapi pergi sekali pun dah cukup. Apapun percutian hari jadi saya yang ke 36 ni sangat menyeronokkan. and Happy birthday, dear self..
Birthday tahun ini umur saya dah masuk 36 tahun. Kalau permohonan kerja kerajaan di SPA, umur 36 tahun ni umur starting dah tak layak untuk ...