Late Lunch At Miker Pizza Ipoh With Family
Ipoh adalah salah satu tempat yang ada banyak tempat makan yang best. Since baru ni ada balik Taiping atas sebab tertentu, on the way balik KL, singgahlah Ipoh untuk lunch di salah satu tempat makan viral iaitu Miker Pizza.
Asalnya nak makan di Canning Dimsum. Dah sampai pun restaurant ni. Tapi tutup sebab dah habis. Baru pukul 3 petang time tu. Tak sempat malam pun. Maybe sebab hari yang kami pergi tu dahlah cuti sekolah, hari Ahad pulak tu. Canning DimSum restaurant yang dah dapat persijilan Halal dari Jabatan Islam. Kat KL taka da sangat restaurant Dim Sum yang ada Halal. Kempunan lagi nak makan DimSum. Rindu betul nak makan dimsum macam makan di Hat Yai.
Since dah tutup, Mimi yang ada tumpang balik sama dengan kami, carikan tempat makan viral yang lain untuk lunch. Cari punya cari, jumpa restaurant Pizza iaitu Miker Pizza.
Lokasinya adalah di betul-betul menghadap Padang Ipoh di bangunan yang ada lukisan orang pegang cawan kopi. Dalam restaurant ni, tak besar sangat tapi masih dapa duduk dengan selesa even ada ramai customer makan di situ. Sebab ada seat dan meja disediakan di luar restaurant untuk yang taknak duduk di indoor.
Kami sampai dalam pukul 3:10pm. Kalau sampai sebelum pukul 3 dapat diskaun 20%. Diskaun ni dapat kalau dine in dari pukul 12pm hingga 3pm. Tak apalah taka da rezeki.
Untuk lunch kami, kami order set Combo 5 yang ada satu regular pizza dan dua large pizza. Menu pizza yang kami pilih adalah Crazee Cheese, Chicken Pepperoni dan Meatball Lover. Order jugaj side dish Mushroom Soup dan Garlic Bread.
Side Dish just ada soup je. Hopefully in future adalah tambah menu French Fries supaya boleh order untuk Dak yang tak makan pizza macam Dak Zafirah bertuah ni.
Tapi semua pizza kami order ni sedapnyaaaaa. Lembut betul rotinya. Pizza Miker jenis nipis. Topping semua pizza sedap dan cheese pun banyak dan tebal. Almosh habis makan pizza kami order ni. Tinggal dua slice je. Tapau yang tak habis ni.
Tempantnya pun cantik dan tersangatlah instagramable. Habis dalam RM125. Oklah not bad harganya. Ala-ala harga Pizza Hut, Dominos jugak. Boleh repeat makan di Miker Pizza lagi .
Ipoh adalah salah satu tempat yang ada banyak tempat makan yang best. Since baru ni ada balik Taiping atas sebab tertentu, on the way balik ...