Alami Dunia Ternakan Lembu Sambil OOTD di Ladang Farm Fresh
The Acre By Farm Fresh adalah salah satu tempat yang boleh kenali lebih mendalam aktiviti ternakan dan perladangan. Dan boleh jugak untuk OOTD sebabnya tempatnya ada banyak spot yang cantic untuk bergambar. Salah satu spot signature yang cantic untuk OOTD adalah permandangan rumput hijau yang luas dan cantik. Bila bergambar berlatarbelakangkan padan rumput ini, terasalah berada di NZ. Ceh caka terasalah berada macam pernah sampai je. Padahal tak pernah sampai NZ pun. Ahaks.
Kami sampai-sampai The Acre by Farm Fresh, pergi beratur untuk nak tractor. Dengan naik tractor ini, akan dibawa pusing Kawasan sekitar ladang. Tapi lembu-lembu tak dilepaskan ke ladang. Semua lembu duk dalam bangsal. Jadi tak dapatlah lihat lembu-lembu tengah makan rumput di ladang dari dalam tractor. Pusing-pusing naik tractor macam just dapat tengok fasiliti yang ada di situ, kolam, ladang sayur. Itu je. Tapi budak-budak dapat naik tractor pun dah seronok.
Then sebelum hantar kami semula, tractor bawak kami naik atas puncak bukit. Di atas bukit ada papan tanda perkataan Farm Fresh yanh cantic untuk bergambar. Boleh tengok gambar first. Kami spend dalam lima minit di situ, balik semula ke entrance ladang Farm Fresh.
Lepas tu jalan-jalan lihat aktiviti ternakan lembu di situ macam lembu tengah mandi, makan, bersanta dan tengah massage pun ada weii.. Jangan main-main dengan lembu sekarang. Kena jaga emosi lembu, Baru dapat lembu yag berkualiti. Boleh lihat lembu dewasa dan anak lembu.
Selain lembu, haiwan ternakan lain pun ada di situ seperti ayam, ungags, arnab dan macam-macam lagi. Dah jalan-jalan lembu dan semua haiwan yang ada di situ, pergi masuk rumah aquariu. Kat rumah rumah aquarium menempatkan banyak ikan lagi. Rumah aquarium ada aircon. Jadi dapatlah sejat peluh kami sampai kering selepas jalan-jalan outdoor tadi.
Betul-betul hadapan rumah aquarium, ada tempat beratur untuk naik Kids Barrel Ride. Budak-budak apalagi memang naiklah Kids Barrel Ride sebab designnya menarik sangat. Di bawa pusing-pusing sekitar Kawasan di situ.
Di situ jugak ada padang rumput hijau yang luas yang ada banyak patung lembu. Tempat untuk bergambar. Cantik aii tempatnya sebab scenery nya cantic dan menenangkan. Di situ pun ada kolam ikan yang agak besar yang ada banyak ika koi. Dak Zafran seronok betul tengok ikan-ikan di kolam tu.
Kami tak habis pusing semua tempat tapi time kat padang yang ada patung lembu tu dah tengah hari. Dah panas. Tak larat nak sambung pusing tempat yang tak pergi lagi. Actually tempat yang tak pergi tu just macam taman dan ladang sayur. Tempat yang tak pergi pun tak apa. Tak rasa ralat pun. Sebelum balik, singgah beli susu farm fresh di kedai susu farm fresh.
Harga tiketnya RM15 dewasa dan RM10 kanak-kanak. Bagi saya oklah harga ni. Masih mampu milik dan kena dengan boleh banyak pengalaman yang best dan buat aktiviti menarik. Just time pergi tu lembu-lembu tak dilepaskan di ladang. Overall, best jalan-jalan di Ladang Farm Fresh.
The Acre By Farm Fresh adalah salah satu tempat yang boleh kenali lebih mendalam aktiviti ternakan dan perladangan. Dan boleh jugak untuk OO...