Zafran & Sepupu Seronok Dapat Banyak Main Extreme Slides di Bertam Souk & Waterpark
Di area utara, kalau nak pergi ke taman tema air yang besar, mesti nak pergi ke belah Penang.Kat Penang yang ada water themepark yang besar. Sekarang tak dah. Sebab di area Bertam dah ada satu waterpark yang boleh tahan besar dan namanya ialah Bertam Souk & Waterpark.
Kami pun tak melepaskan pergi bercuti di Bertam Souk & Waterpark betul-betul selepas beberapa bulan waterpark ini dibuka officially untuk orang ramai. Pergi masa ada balik Taiping. Dari Taiping hanya sejam lebih sahaja ke waterpark ini.
Kalau tengok dari luar pagar waterpark ini, nampak macam tak besar mana dan nampak macam rides dan tarikan yang ada di situ tak banyak. Tapi tuela bak kata omputih don’t judge by its look. Eh cover kan. Apa apalah. Pendek kata , jangan buat tanggapan yang cepat berdasarkan pandangan luaran je. Bila dah masuk dan buat aktiviti dalam theme park, baru tahu bertapa bestnya.
Rides dan gelongsor yang ada di situ walaupun category extreme tapi ada yang kids boleh naik. Kalau theme park lain hanya dewasa je boleh main extreme. Of course kena naik dengan dewasalah dah yang dah sekolah. Macam Dak Zafran boleh naik. Dak Zafirah actually life guard yang jaga di slide tu bagi je naik. Tapi mak pak yang takut nak bagi Zafirah main extreme slide ni. Extreme slides & rides yang ada di themepark ini adalah Dawwama Tordano, Rush Racer, Voyager, Salalah Raft, Sceirah Dropd dan Jabal Fort.
Dak Zafran dan sepupu-sepupunya sangat seronoklah dapat naik main extreme slide dan rides. Selalunya mandi pool je. Kali ni dapat buat dua-dua.
Di situ juga ada pool yang besar yang ada man made wave ada pada masa-masa yang ditetapkan. Ombak I pun boleh tahan extreme juga. Lagi-lagi dipukul ombak kalua naik pelampung yang disediakan untuk main pool ini. Beberapa kalilah tengok orang di situ terbalik masuk dalam air lepas kena pukul dengan ombak. Namanya Iqbal’s Lagoon.
Nama pool ni Iqbal tu. Unik kan Namanya. Nama timur tengah gitu. Theme park ni berkonsepkan Morocco. Tu pasal design dan deco dan nama pool dan attraction di situ berkonsepkan Morocco. Sangat cantiklah exterior design themepark ni.
Harga tiket RM70 untuk dewasa dan RM46 untuk kanak-kanak. Bagi saya berbaloi bayar harga ini dengan pengalaman yang menyeronokkan dapat dari bercuti di Bertam Souk & Waterpark. Kalau nak repeat lagi bercuti ke thempark ini pun on je sebab confirm tahu memang best bercuti di Bertam Souk & Waterpark.
Di area utara, kalau nak pergi ke taman tema air yang besar, mesti nak pergi ke belah Penang.Kat Penang yang ada water themepark yang besar....