Naik Swan Boat di Taiping Lake Garden
Setiap kali balik kampung Kimchi di Taiping, Taiping Lake Garden adalah salah satu tempat yang wajib pergi. Taiping Lake Garden ni sangat besar yang yang ada tasik, playground dan tempat yang boleh buat pelbagai aktiviti riadah. Paling suka dengan Taiping Lake Garden adalah persekitaran yang dikelilingi pokok-pokok yang besar sebab mostly usia dah melebihi 100 tahun dan juga Bukit Larut.
Di Taiping Lake Garden, boleh buat aktiviti naik Swan Boat. Tapi saya pernah sekali je naik swan boat kat Taiping Lake Garden ni. Itupun sebelum kahwin. Time tu ada jalan-jalan Taiping. So, dah anak dah tiga ni Kimchi ajaklah naik swan boat. Bagilah tiga ketul merasa naik swan boat di Taiping Lake Garden.
Rate Swan Boat Ride adalah RM20/ride dan boleh naik selama tiga 30 minit. Boleh dua dewasa dan dua kanak-kanak naik. Tapi kanak-kanak ada empat. Qisya pun ada join jugak. Dia bagi je naik sebab semua kanak-kanak badan kecik-kecik je.
Nak keliling Taiping Lake Garden naik swan boat kena kayuh dengan kaki. Yang boleh mengayuh hanya dua orang dan satu side sahaja iaitu Kimchi dan Qisya. Saya yang kena duduk seat yang bertentangan tak boleh mengayuh. Saya tak boleh duduk sebelah Kimchi nanti boat tak balance. So Kimchila yang mengayuh. Pancit jugaklah dia kena mengayuh selama 30 minit.
Sangat calming dan relaxing tengok permandangan tasik dari dalam boat yang dikelilingi pohon-pohon hijau. Taiping Lake Garden juga menghadap Bukit Larut. Menambahkan lagi keindahan semula jadi Taiping Lake Garden.
Naik Swan Boat ni kena tunggu petang-petang. Time cuaca tak panas. Kalau naik tengah hari tak berapa relaxing sangat sebab panas. Mau berpeluh sebab kena kayuh manual boat ni.
Budak-budak memang seronok naik swan boat ni. Kimchi pulak boleh bersenam naik swan boat sebab dia je yang mengayuh. Ahaks. Once I a while kena lah naik swan boat di Taiping Lake sebab agak meyeronokkan jugak naik boat di Taiping Lake yang mempunyai permandangan semula jadi yang cantik.
Setiap kali balik kampung Kimchi di Taiping, Taiping Lake Garden adalah salah satu tempat yang wajib pergi. Taiping Lake Garden ni sangat be...