Pangkor sekarang tak macam Pangkor Dahulu
Salah seorang member geng Legend iaitu Yanie ada agensi perlancongan sendiri. Dia selalu promote kat kami kalau ada voucher tempat pelancongan murah-murah. Ada satu kali tu dia ada promote satu voucher yang sangat perhatian kami semua iaitu voucher Avillion Admiral yang hanya berharga RM150/night. Semua bersetuju nak beli voucher ni dan guna voucher ini untuk next vacation geng legend. Voucher ini boleh digunakan di mana-mana hotel Avillion Admiral iaitu ada di Pangkor. Cameron Highland dan Port Dickson.
Geng Legend sepakat nak bercuti di Aviilion Admirai Pulau Pangkor guna voucher ni. Yanie tolong book kan untuk semua voucher. Tapi sebelum tu voucher kami semua kena transfer dari apps kami ke app Yanie. Baru Yanie dapat book one short untuk semua geng Legend. Tapi itulah bila kita hanya mampu merancang tapi Allah SWT yang menenutukan segalanya, beberapa hari sebelum hari nak ke PD, family Yanie kena Covid. Since book tru apps Yanie, kami tak dapat nak check in hotel yang di telah di book under apps Yanie. Nasib baik boleh voucher ni dapat di extend tarikh luput nya dan tukar tarikh check in.
Since semua taknak cancel pergi PD, check in hotel lain. Bila dah book last minute, memang hotel tinggal tak banyak pilihan . Hotel yang kami book adalah Hornbill Resort. Resort ni ok ke tak. Tak dapat nak diungkap dengan kata-kata.
Takpe kita citer sisi baik hotel ini jealah yea. Menang lokasinya within walking distance dengan pantai, kedai-kedai especially kedai makan dan snorkelling center. Even kedai duty free pun dekat dengan resort kami duduk. Pastu ada swimming pool..Haa okla kan. Sisi kurengnya. Malaslah nak citer. Banyak sangat. Ahaks.
Hari first day percutian Pangkor actually kami sekeluarga dari Taiping. Tapi camne ntah tergerak lambat. Sampai jeti ngam-ngam time feri dah nak gerak. Almost kena tinggal dah. Dah sampai pangkor terus naik van pink ke resort kami di Teluk Nipah.
Dalam 1-2km naik motor, jumpa pantai yang ada kawasan besar. Menang petang tu just mandi pantai dan budak-budak main pasir. Teluk Nipah sekarang tak macam dulu. Lagi happening dan lagi banyak kedai dah dibuka di sekitar kawasan pantai teluk Nipah ni. Dulu agak hambar. Sebab dah ada duty free di Pangkor kot yang menjadikan Pulau Pangkor lagi happening.
Pada waktu malam, semua makan di gerai char kuew tiau. Ada jugak jual nasi lemak di gerai ni. Tapi kuew tiau nya pedas. Ramai tak habis makan. Betul-betul depan gerak kitaorang makan, ada kedai chocolate duty free. Apalagi shopping chocolate lah kami di kedai ni. Settle shopping ada pertunjukkan aksi main api di pantai. Tapi start lewat sangat. Tak sanggup tunggu terus balik bilik untuk tidur. Penat kejar feri tak hilang lagi weyh..Haha.
Esoknya lepas breakfast, buat aktitiviti snorkelling dan island hopping. Tak susah nak cari servis snorkelling sebab ada banyak center yang menawarkan pakej snorkelling. Ratenya dalam RM20/pax.
So pakej nya cover snorkelling dan island hopping. Tapi snorkelling nya haha nama pun Pangkor. Tak put high expectation. Snorkelling point pun satu ja. Memang crowdedla area snorkelling ni. Kimchi dan Zafran je snorkelling. Saya dan lagi dua ketul main pasir pantai di Kawasan snorkkeling yang dibawa oleh crew. Lepas snorkelling, bawa pusing-pusing pulau naik bot.
Dah habis akitivti snorkelling balik resort. Suppose kena terus bersiap dan check out sebab kena naik feri pukul 12pm. Tapi budak-budak sambung mandi swimming pool di resort pulak. Memang terlepaslah feri pukul 12pm. Kenalah beli tiket lain.
Tiket yang ada just pukul 6pm je. Haa itulah sambung mandi kolam lagi. Kan tiket feri last yang ada. Huhu. So apalagi buat satu lagi aktiviti lah dah lambat laginak boleh naik feri. Aktiviti kitaorang buat sewa van pink dan drivernya sekali untuk bawak kami semua pusing satu pulau dan bawa kami ke tempat-tempat menarik yang ada di Pulau Pangkor.
First driver bawak kami ke tempat makan dulu. Tak lunch lagi woo. Dah siap lunch, driver van pink bawa pergi melawat Masjid Terapung Pulau Pangkor. Masjid ni baru lagi dibina iaitu pada tahun 2014. Dekorasi dalaman masjid sangat cantik dan menarik.
Next tempat ke Masjid Sungai Pinang Kecil. Memang driver van pink suruhkan kami kurangkan ingat kepada perkara lagho ni. Duk bawak ke masjid aje. Tapi masjid ni cantik sungguh weii sebab rekaannya ada sentuhan dengan pengaruh seni oriental Cina dan digabungkan dengan sentuhan Islamik Masjid ni juga dikenali sebagai masjid cina. Warna masjid ni pun unik iaitu merah dan putih.
Dah habis melawat masjid, pergi ke tempat yang wajib sampai kalau pi Pangkor iaitu Kota Belanda Pulau Pangkor. Kota Belanda adalah tempat peninggalan sejarah. Masih lagi ada bahagian yang masih kukuh dan telah diperindahkan supaya tempat ini dapat dikunjungi dan dihayati oleh semua generasi.
Berbanding yang saya pergi pada tahun 2014 dahulu, sekarang dah ada dibuka dereten kedai di area Kota Belanda ni. Kedai-kedai ini jual makanan, minuman dan juga souveniar. Kedai jual ubat kuat pun ada tau. Ahaks. Dah cuci mata kedai-kedai ni, then pergi bergambarlah di Kota Belanda. Memang port cantik untuk bergambarlah di Kota Belanda ni.
Last aktiviti, driver bawak pi shopping di kilang sate ikan, coklat duty free dan jajan. Tak sah kalau tak memboronglah geng legend kalau pi ke tempat macamni.
Balik semula ke Jeti dalam pukul 5 petang. Tiket feri pukul 6petang. Kena tunggu lagi sejam sebelum dapat naik feri. Tiba-tiba crew feri datang kat kami dan tanya nak naik feri sekarang tak. Kami memang naklah. Dia kata kalau nak , kena kejar naik feri sekarang. Sebab dah nak gerak. Apalagi kami semua berlarilah kejar feri.
Punyalah nak sangat naik feri. Badana penat shopping dan pusing pulau pun dah tak terasa dah. Janji sempat naik feri. Tapi almost pancit jugaklah sebab boleh tahun jauh nak pergi ke feri dari jeti. Dengan banyak barang nak kena hand carry. Tak sempat nak organize sebab sampai-sampai jeti terus di offer naik feri time tu kan. Dak Zayden nak dukung lagi. Perghh nasib tak tergolek je time berkejar ke feri.
Alhamdulillah semua sempat naik feri pukul 5 petang. Dapat naik awal sejam dari sepatutnya. Trip Pangkor ni banyak betul perkara unexpected jadi. Haha. Tapi bercuti dengan Geng Legend tak pernah tak seronok. Pulau Pangkor pun dah makin happening. Dapat pengalaman menyeronokkan bercuti di Pangkor dengan Geng Legend.
Salah seorang member geng Legend iaitu Yanie ada agensi perlancongan sendiri. Dia selalu promote kat kami kalau ada voucher tempat pelancong...