Pulau Redang adalah pulau yang sebulat suara dipilih untuk percutian
pulau bersama-sama dengan keluarga kawan-kawan kastam Kimchi tahun ini. Kalau tahun
lepas, di Pulau Tioman. Sama macam Pulau Tioman sebelum ni, percutian
dengan diorang yang buat saya sampai ke pulau-pulau percutian ni. Seumur
hidup saya tak pernah Pulau Redang.
Actually
tak pernah bercuti di pulau masa zaman dengan keluarga saya dahulu
sebab tak mudah nak bercuti di Pulau ni. Banyak benda yang nak kena
rancang awal macam book tiket feri dan etc. Then kena rancang perjalanan
dari rumah ke jeti. Banyak benda lah kena fikir. Dulu mana ada online
booking ni. Kena call je. Sebab tu percutian keluarga saya dahulu banyak
di town. Just setakat call hotel jea untuk booking bilik. Nak berjalan
tempat lain hanya berjalan yang berdekatan dengan hotel yang boleh walk
in je.
Tapi
sekarang semuanya boleh through online. Satu lagi keluarga kawan Kimchi
memang biasa bercuti di Pulau. Depa la yang plan everything. Kami just
bayar dan follow arrangement diaorang. Tu yang dapat sampai pulau
percutian tu.
Actually
cuak gak nak bercuti di Redang ni. Sebab akan ada aktiviti snorkelling.
Ikut previous snorkelling experience di Tioman, memang lawakla. Tak
boleh cerita dia punya cuaknya. Tapi snorkelling kali ni ntah mana dapat
keberaniannya, macam saya sangat enjoying snorkelling moment. Nanti
cerita part snorkelling.
Percutian
di Pulau Redang adalah selama tiga dua malam ni Laguna Redang Island
Resort under pakej resort ni. Bila ambil pakej memang dan include
semualah iaitu tiket feri, buffet dan bilik. Feri yang kami naik under
Laguna jugak. Harga pakej ni dalam RM728/pax untuk dewasa dan RM428/pax
untuk kanak-kanak (4-12 years old).
Dengar
macam pricey tapi resort ni 4 star dan dan include semua major part kot
macam makan dan feri. Even pakej snorkelling pun dah included. Bawak
anak-anak, memang better ambil yang pakej. Kita tak payah pikir dah part
major ni macam part makan.
Ok nak cerita dari mula percutian
di Redang ni. Naik feri pada hari Khamis pukul 10am. Gerak dari KL dalam
pukul dua pagi. Perjalanan dari KL ke Jeti Taman Tamudun Islam ambil
masa enam jam.
Berhenti di R&R Ajil untuk solat dan mandi dan
tukar busana (busana kau) warna putih. Semua pakai baju warna putih.
Dah siap terus gerak ke jeti Taman Tamadun Islam. Dalam pukul 9 pagi
sampai jeti.
Kat Jeti dah ada pekerja Laguna yang akan uruskan semua
yang nak pergi Laguna. So, agak smooth lah urusan kami di jeti. Yelah
harga pakej mahal kot. Bagi lousy servis memang akan kena kecamlah. Dah
setel tiket, tagging beg semua, tunggu sekejap feri sampai then naik
feri.
Dari jeti ke feri pun tak kena nak berjalan jauh. Kalau
compare dengan Pangkor perghh jauh. Dahlah time banyak barang bag kena
hand carry. Dengan Dak Zayden nak dukunglah. Aduii menacabar betul time
tu.
Sebab experience di Pangkor tuelah, saya tak bawa beg yang
kena hand carry. Bawak satu lunggage besar, then tiga bagpack yang di
carry oleh saya, Kimchi dan Dak Zafran. Begpack Dak Zafran just ada toy
sandcastle, alatan mandi je. So tak berat. Jangan accuse saya abuse
child ye. Haha.
Perjalanan feri ke Laguna dalam dua jam.
Kimchi tidur.Saya tak tidur. Menikmati permandangan laut sebab dapat seat tepi tingkap. Dak Zayden pun join jugak.
Dah
sampai jeti Laguna, banyak jugak feri lain yang sama sampai. So
ramailah di jeti Laguna. Dari Jeti ke resort nak kena 10 minit. jalan
kaki. Laguna ada je sediakan shuttle ke resort. Tapi ramai sangat
beratur nak naik shuttle. So semua jalan kaki jea. Malas nak beratur.
Lagipun beg semua pekerja Laguna yang bawakkan sampai ke resort. So tak struggle
dan penatlah lah nak berjalan kaki ke resort.
Walaupun
tak carry beg masa berjalan kaki dari jeti ke resort, tapi terasa
penatnya. Tak tahulah macam mana kalau kena carry beg jugak.
Sampai-sampai
resort, terus terpukau dengan kecantikkan exterior design Laguna Resort
dan permandangan pantai di hadapan resort. Ya Allah cantik betul
pantainya. Pasir putih halus macam powder tu. Air laut pun warna hijau. Patutlah orang kata
Redang ni Maldives Malaysia.
Kawan
Kimchi bagitau dah check in tapi tak boleh masuk bilik. Sebab bilik tak
siap kemas lagi walaupun dah check in. Pi lunch di café. Nak masuk café
pun kena beratur jugak. Sebab ada sistem yang bila dah sampai di
kaunter, pekerjanya akan tentukan kita duduk meja nombor berapa. Kalau
taka da meja kosong time tu, kenalah tunggulah. Sebab tu beratur
Panjang. Time lunch ni jeala beratur lama sedikit. Time makan lain tak
kena tunggu lama pun.
Dessert corner for lunch buffet
Baguslah
cara macamni. Tak adalah incident orang yang duk pegang makanan, then
kena muka kesian kat yang duduk meja makan sebab tak ada meja kosong.
Kita yang tengok muka kesian pun jadi tak tenang nak makan. Padahal kita
pun baru dapat meja. Kaunter tu pun kat tingkap bawah. Café tingkat
atas.
Semua makan adalah buffet. Walaupun ramai yang datang
makan satu masa, tapi cepat tau pekerjanya topup makanan bila dah nak
habis. Tak sempatlah kosonglah semua chafing dish. Makanannya rasa agak
sedap. Tak ada rasa yang tak kena dengan tekak. Semua jenis tema ada
iaitu western, local dan etc. Paling penting ada free flow coffee.Dua
tiga cup saya minum.
Dah siap makan lunch buffet, masih lagi
tak dapat masuk bilik. Yeala standard check in pukl 3pm. Time tu baru
pukul 2pm. Nak complaint pun tak boleh. So, jalan-jalan di sekitar
resort dan pantai.
Permandangan
pantai Pulau Redang. Ya Allah.indah sungguh ciptaan tuhan ni. Memang
kerja kami duk OOTD jeala kat pantai ni especially geng wifey. Tapi tak
dapat nak lepak lama kat pantau sebab cuaca panas terik. Bahang ya amat. Duk
bergambar dah rakam video guna dron pun ada, then budak-budak mintak ice
cream. Diaorang nampak kedai souvenir dekat area pantai tu. Wajib mak pak
kena pau lah bila ada kedai ni. Malah setiap hari kat situ anak-anak mintak ice cream. Saya pun ada jugak hasil shopping kedai tu. Beli topi pantai kaler pink.
Duk
lepak jap kat kat depan kedai sebab area tu kurang panas sedikit, then
dah dapat masuk bilik. Alhamdulillah dapat rehatkan diri.
Bilik
kami semua adalah di tingkat paling bawah dan berhadapan dengan
swimming pool. Tapi walaupun berhadapan dengan swimming pool, tapi
biliknnya bukan pool access room. Means tak boleh pergi ikut balkoni.
Kena ikut pintu depan. Tak macam Bharat. Dari balkoni boleh terus keluar
untuk ke swimming pool.
Satu
lagi my comment on room, katilnya adalah single dan ada empat. Bilik ni
bukan untuk family ke caner. Kami kena gabung dua katil supaya jadi
luas untuk tiga ketul tidur bersama-sama.
Tapi interior design
bilik kami ni sangatlah cantik. Tema bali. Toilet siap ada separate
room untuk toilet dan shower. Dan ada jugak basin area. Tapi iron
takde ye. Kena request. Boleh guna 30minit je.After that akan diambil
semula. Tapi yang iron yang guna tak kena ambik pun. Iron nya macam
bahaya sedikit.tak boleh nak adjust sangat panasnya. Boleh rosak kain
kalau tak jaga-jaga.
Lepas
dah duk bilik, petangnya saya dan Zayden duk bilik je. Tak join lain pi
mandi kolam dan jalan-jalan pantai. Nak rehatkan diri untuk full day
activity esoknya. Especially Zaydenla nak bagi dia berehat sebab kecik
lagi.
Dinner pun buffet di cafe Laguna Resort . Banyak jugak pilihan makanan
dan rasanya sedap. Siap ada BBQ lagi kalau dinner. Sama juga breakfast
buffet.
Dinner buffet
Pulau Redang adalah pulau yang sebulat suara dipilih untuk percutian pulau bersama-sama dengan keluarga kawan-kawan kastam Kimchi tahun i...