My Perfect Island Getaway at Laguna Redang Island Resort Story │ Part 2
Esokknya full day dengan activity snorkelling dan island hopping. Snorkelling ni bukan join under Laguna punya. Sebab kalau yang Laguna punya confirm ramai dan akan jadi tak seronok sebab crowded. Ambil pakej private trip iaitu dengan Seaquest Boat Service. Harganya RM25/pax (Total: RM700) yang cover empat point untuk aktiviti snorkelling iaitu sandbank(little maldives), Pulau Lima, turtle point, pantai teluk dalam dan Pulau Paku.
First point adalah Sandbank yang juga dikenali sebagai little Maldives. Kenapa dipanggil Little Maldives? Sebab sandbank ni rupa bentuknya sama seperti Maldives iaitu sekeping pantai dengan pasir putih halus macam powder dan dikelilingi lautan yang luas. Memang port cantik untuk bergambar lah. Dengan air laut warna hijau lagi. Geng mak-mak buat macam-macam gayalah untuk video. Yang rakam opkoslah geng para somilah. Haha.
Second point adalah Pulau Lima. Bot kami kena kena berhenti jauh dari Pulau Lima ni. Sebab coral nya tinggi-tinggi yang berdekatan dengan pulau. Jadi dari bot kena lah berenang untuk ke Pulau Lima. Kami yang dahlah tak pandai berenang pengecut lagi terpaksa mengunakan bantuan pelampung dan dibawa oleh tour guide kami.
Dah sampai Pulau Lima, spend dalam 30 minit di pulau ni. Tempat
snorkellingnya di tepi tak dalam tapi bila makin ke tengah makin dalam.
Kat laut dalam inilah port snorkelling yang boleh lihat coral dan
hidupan air.Saya time ni masih lagi tak berani. Kimchi kena teman
snorkelling baru berani nak snorkelling lihat coral di dalam laut dalam. Then
macam biasa bergambar. Zafirah dan Zayden sibuk main pasir sebab adalah
pasir pantai sedikit di pulau tu.
Bila balik semula ke boat, tour guide suggest snorkelling di dalam laut area boat kami parking tu. Katanya rugi tak snorkelling kat situ. Sebab ada coral dan hidupan laut cantik-cantik. Tiba-tiba saya macam dapat keberanian nak snorkelling. Terus turun boat dan terjun dalam laut tanpa bantuan siapa-siapa . Mula-mula cuak bila kaki tak dapat jejak dasar laut. Then terus dalam kepala fikir sampai bila nak biar ketakutan membelungi diri sehingga menyekat diri dari menikmati keindahan dalam laut. Rasa takut terus hilang. Terus saya put trust pada life jacket yang saya pakai ni dan berenang untuk snorkelling. Barulah saya enjoying snorkelling moment. Barulah dapat lihat dengan jelas bertapa cantiknya coral dan hidupan air dalam laut.
Tapi Dak Zayden melalak-lalak dalam bot bila nampaknya mamanya snorkelling tanpa bawak dia sekali. Bawaklah dia terjun laut jugak. Dengan bantuan pelampung.Dak Zafirah pun join jugak. Dak Zafran tak payah citerlah. Lama jugaklah snorkelling di aread boat kami parking ni.
Next point adalah yang paling dinantikan-nantikan iaitu turtle point.Tour guide kami ada bawak makanan penyu iaitu seafood untuk diberikan kepada penyu. Supaya penyu pergi ke kami. Memang seronoklah berdekatan dengan penyu. Tapi penyu ni datang kalau ada makanan. Kalau tak ada, pergi jauh. Still rasa seronok dapat berenang bersama-sama dengan penyu di dalam laut. Dengan dah tak rasa takut lagi. Lagipun tour guide pun main peranan sangat baik. Bagi support sangat baik sampai hilang rasa takut.
Dah puas main dan berenang dengan penyu, lunch dan berehat di Pantai Laut Dalam. Kat pantai ada kedai makan yang membolehkan pengunjung nak makan. Ada jual makanan berat dan juga ringan. Since pakej kami ambil ni termasuk lunch meal, tour guide dah siap beli nasi kukus untuk kami semua nak makan di kedai makan. Ada beli juga minuman dan makanan tambahan seperti keropok lekor, nugget, French fires untuk budak-budak makan.Dah siap makan, lepak-lepas sekejap dan bergambar.
Last point adalah Pulau Paku. Snorkelling di sinilah ada jumpa baby shark. Memang seronok sangat dapat tengok baby shark berenang-renang masa snorkelling. Tapi snorkelling lepas makan nasi ni jadi cepat semput. Berenang pun rasa tak bergerak. Haha.
Then tamat aktiviti snorkelling kami dan balik Laguna Resort. Sampai resort, budak-budak sambung lagi mandi swimming pool. Macam tak habis tenagalah budak-budak ni. Memang best pun swimming pool resort ni. Ada slide, pool untuk kids dan juga jacuzzi. Swimming pool pun sangat besar. Burn habislah muka semua. Paling obvious Dak Zaydenlah. Dia kan putih. Bila surnburn, nampak burn teruk sangat.
Permandangan di swimming pool
Pada waktu petang, Laguna ada buat aktiviti releasing baby turtle. Banyak jugak baby turtle yang baru menetas. Kalau ada daftar dapat join aktiviti release baby turtle. Tapi since kami semua tak sempat daftar just tengok jeala.
Malam, dinner buffet. Lepas makan kat lobby ada booth pasal kempen memelihara penyu. Ada jual souveniar. Kalau nak menderma untuk kempen ni, boleh join aktiviti mewarna kraf kertas penyu. Bayar RM10 untuk kraf kertas penyu dan disediakan alatan mewarna untuk mewarna penyu tu. Semua anak-anak dapat sorang satu kraf kertas penyu untuk mewarna. Sambil buat ambil jariah, dapat mengembirakan budak-budak jugak.
Esoknya, sebelum check out breakfast buffet. Siap makan, mandi pantai dan swimming pool lagi. Lask kopek aktiviti. Tapi dalam drag lama sangat, sebab kena naik feri pukul 12pm. Means kena check out pukul 11am. Memang tak boleh meleret kalau dah di Laguna. Kalau termiss feri ni, feri yang boleh adalah keesokkan harinya. Haaa masak kalau kena tanbah sehari lagi bermalam.
Tapi alhamdulillah, semuanya ontime. Lepas check out dapat bergambar lagi. Dapat jugak naik shuttle dari resort ke jeti. Masak first day tak naik shuttle sebab kena beratur Panjang. Naik shuttle pun budak-budak seronok.
Macam tak cukup tiga hari bercuti di Redang ni. Macam pack sangat. Kalau Pulau Tioman, tak pack sangat sebab bercuti empat hari. Tapi itulah kalau tiga hari pun dah habis almost RM2.5k. Percutian di Pulau Redang sangat menyeronokkan. Tambah pula dah berani snorkelling. Even Kimchi pun terkezut tengok bininya mampu snorkelling sorang-sorang. Dah tempatnya sangatlah cantik. Bak kata omputih tempat maca mini adalah a little piece of paradise. Haa gitu. Sebab cantik yang tak dapat nak diungkap dengan kata-kata.
Room yang kami dapat pun cantik, bersih. Tapi tang ada empat katil single tu macam tak boleh brain. Tapi nasib baik boleh rapatkan. Tapi overall, percutian di Laguna Redang Island Resort sangat menyeronokkan lagi-lagi untuk tiga ketul. Memang tak kisahlah repeat lagi bercuti di Laguna Redang Island resort.
Back reading part 1 by clicking My Perfect Island Getaway at Laguna Redang Island Resort Story │ Part 1
Esokknya full day dengan activity snorkelling dan island hopping. Snorkelling ni bukan join under Laguna punya. Sebab kalau yang Laguna puny...