Places That I Visited During Kuantan Vacation │ Kula Cakes, Menara Kuantan 118 & Teluk Chempedak
Percutian di Kuantan selama dua hari satu malam, check in di Swiss-Belhotel. Boleh klik SINI untuk baca entri mengenai pengalaman check in di hotel di. Bercuti di Kuantan sebab ada nak attend wedding kawan Kimchi.
Since wedding pada keesokkan harinya, so pada hari pertama pergi ke tempat-tempat menarik di Kuantan. First kami pergi ke Café yang viral masa mula-mula dibuka dahulu dan ini adalah first time saya sampai ke Café ini iaitu Kula Cakes.
Even sampai sekarang pun still lagi famous. Sebab kenapa saya cakap still famous.First café ni still standing walaupun dah banyak café lain dibuka bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Second saya sampai café ni dalam pukul 5 petang. Tapi boleh order mango cheesecake je sebab cake lain sold out. Maybe cake lain tak dibuat banyak. Yang mango cheesecake banyak sebab signature cake café ni kan. Kula Cakes ni famous sebab Mango cheesecake nya lah.
So just order satu slice cake dan dua coffee. Order satu je sebab baru lepas lunch. Then tiga ketul tak makan kek yang pelik bagi diaorang ni. Bagi saya oklah rasanya. Pernah makan mango cheesecake lebih kurang rasa macamni kat Kay Lobster. Bagi tak adalah rasa wow sangat. Rasa cheesecake biasa. Nasib baik bukan mengejar benda viral trending. Sebab beratur lama tau kalau nak makan di Kula Cake ni masa mula-mula famous dulu. Kalau tak takut rasa tak berbaloi je beratur lama.
Tapi tempat makannya memang menariklah. Mengunakan konsep ala-ala di taman rahsia tengah kota gitu. Thendi dinding pula ada dihiasi pokok menjalar mengelilingi tanda nama Kula Cakes, dan basikal-basikal tergantung di atasnya. Port n lah yang menjadi latar belakang ikonik untuk content creater di medsos. Saya pun tak ketinggalan jugaklah bergambar di port ni.
Seberang jalan Kula Cake ada Kuantan waterfrony yang turut ada Menara Kuantan 118. Lepas makan, pi Menara Kuantan 118 yang hanya seberang jalan Kula Cake sahaja. Time tu Menara baru dibuka untuk pengunjung tau. Esoknya perasmiannya. Sangat lucky lah sebab dapatlah bagi budak-budak naik Menara.
Harga tiket dewasa RM15/pax manakala kanak-kanak RM10/pax. Mahal sedikit sebab weekend. Kalau weekdays lebih murah.Dalam 1-2minit naik lif untuk sampai ke dek tontonan menara. Budak-budak memang seronoklah dapat tengok permandangan bandarraya Kuantan dan Sungai Kuantan dari dek tontanan Menara Kuantan yang bertinggian 92 meter dari atas tanah.
Naik lif
Kalau nak tengok permandangan yang lagi tinggi, boleh naik ke dek pemerhatian terbuka. Kalau nak naik ke dek ni, harga tiket lagi mahal kalau tak silap. Lepas beberapa kali tawaf dek ni, turun dan bergambar di Kuantan waterfront.
Destinasi terakhir adalah Teluk Chempedak. Anak-anak ni suka main pasir. Tapi mamanya tak prepare pun pakaian mandi dan alat permainan pasir. Tapi still tak halanglah budak-budak main pasir even dengan pakaian berjalan pun. Kesian pulak kalau nak tahan tahan taknak bagi. Just enjoy the moment.
Dah maghrib, makan malam ikan patin then balik hotel. Actually banyak je lagi tempat menarik di Kuantan. Tapi sempat pi tiga tempat je. Takpe next time kalau ada sampai lagi Kuantan, pi tempat lain pulak.
Percutian di Kuantan selama dua hari satu malam, check in di Swiss-Belhotel. Boleh klik SINI untuk baca entri mengenai pengalaman check in d...