Perkongsian Cara saya dapat Claim Covid-19 Dari Perkeso
Saya dijangkiti Covid 19 pada bulan Mac 2022, tapi bulan July baru hantar permohonan tuntunan Covid-19. Alhamdulillah selepas 14 hari dari tarikh hantar permohonan, duit claim masuk ke akaun saya.
Satu lagi reason saya rasa chances untuk dapat tuntutan faedah rendah sebab saya tak tahu dari siapa yang jangkiti covid pada saya. Kat part yang kena isi cara dijangkiti di borang Perakuan Tuntuan Covid-19 pun terpaksa provide general statement sahaja. Agak tak cukup strong kalau compare statement yang ada mention dapat dari staff dan nama staff jugak. Maka, terhold lah sekejap submit permohonan ke pejabat Perkeso.
Balik Taiping baru ni, biras Kak Ida cerita dia baru dapat claim covid perkeso. Dia kena covid lebih kurang time sama dengan saya.Tanyalah ada submit jugak result pcr/rtk klinik. Dia kata tak ada. Just gambar screenshot mysejahtera dan result positif test kit. Lah tak payah rupanya.
Then balik sahaja dari Taiping saya terus submit borang & dokumen sokongan yang tersimpan selama beberapa bulan tu ke pejabat Perkeso. Tapi tuela statement cara dapat Covid 19 tu yang tak strong. Tak apalah. Try jealah hantar. Dapat tak dapat belakang cerita. Yang penting dah cuba.
Tak sampai setengah jam pun nak sampai dari ofis. Kat Perkeso pun cepat dapat giliran.sebab tak ramai. Tapi time yang first saya pergi tak ramaila. Yang second time pergi ramai. Maybe sebab yang second tu sebab hari Jumaat kot.
Kenapa kena pergi sampai dua kali. Sebabnya first pergi, dokumen tak lengkap. Kat borang 34 suppose kena ada cop syarikat. Borang saya just ada sign wakil majikan je. Suppose sign dan cop. Yang kedua tak ada, result covid-19 test.. Haa sudah. Memang tak ada. Adakah betul kawan Kimchi cakap kena ada result covid tu.
Scroll scroll kat gallery Hp, jumpalah screenshot mysejahetra yang ada state positif Covid-19, Tapia da pulak tertera nama saya. Tunjuk kat staff Perkeso tu, screenshot ni boleh ke. Dia kata suppose boleh tapi tak nama saya pulak. Tapi dia suruh attach jeala screenshot mysejahtera tu. Dah yang itu jeala yang ada. Terasa tipis harapan untuk dapat claim.
Perkeso cek thoroughly semua dokumen. Untuk attendance record, dia akan mintak kita tunjuk mana date yang start kena Covid-19. Attendance saya ni. 1st day kena covid kerja whole day. Second day medical leave. Third, fourth dan seventh WFH. Fifth dan sixth public holiday. Kalau setakat sehari je tak kerja, adakah dapat claim untuk sehari jea sebab sehari je tak kerja sebab Covid-19 Terasa double tipis harapan untuk dapat claim.
Since tak lengkap kena datang balik dengan dokumen yang lengkap. Cop itu ok lagi. Yang result covid yang ada screenshot tapi taka da nama saya. So nak bagi lebih convincing mintak wakil majikan verify screenshot.
Then submit untuk kali kedua. Alhamdulillah permohonan diterima.Actually time yang datang kali kedua, jumpa staff lain. Staff ni cakap since dah screenshot mysejahtera HSO, tak perlu dah screenshot yang state positf covid ni. Saya bagitau pegawai yang saya furst jumpa tu yang mintak. Dia tak cakap apa dan just ambil dan attach sekali dengan borang dan semua dokumen sokongan saya. Then tunggu. Sebelum beredar, staff itu beritahu kalau ada apa-apa pertanyaan akak tanya direct wakil majikan. Saya pun ok je. Coz got nothing to hide. Bukan buat false claim pun.
Selepas 14 hari submit, saya dapat claim. Alhamdulillah. Totalnya akan based on basic gaji dan calculation seperti di bawah.
Jumlah claim Covid yang akan diterima
= (80-90)% X Basic Gaji /30(hari) X jumlah hari kuarantin/cuti sakit
Sebelum saya akhiri entri ini, bawah adalah cara/dokumen yang saya submit sehingga dapat tuntutan faedah Covid-19.
1. Isi borang 34 pada bahagian A, B, C, E, H, I & J. Bahagian I kena dapatkan sign dari wakil majikan dan paling penting cop syarikat. Permohonan kena reject di kaunter pada kali pertama sebab tak ada cop kat part ni.
untuk dapatkan borang 34, boleh download dengan klik SINI
2. Perakuan Tuntuan Covid 19. Ada dua muka surat dan kena isi dua-dua muka surat. Borang ini kena dapatkan di pejabat Perkeso.
Untuk nombor 1, kena pilih rakan sekerja/tempat kerja.
Soalan 10, yang kena karang ayat sedikit. Boleh rujuk bawalah untuk contoh borang dan statement saya untuk rujukan.
3. Attendance Record bulan semasa dan semasa dijangkiti Covid19
4. Salinan maklumat akaun bank. Kena bank yang panel Perkeso. CIMB dan Maybank confirm panel. Bank lain kena cek either di website Perkeso atau call.
Kalau CIMB online banking, boleh dapatkan statement dengan klik yellow higlighted ni. print page 1 cukup.
5. Keputusan positif ujian Covid-19. Macam saya bagi gambar result positif test kit dan screenshot Mysejahtera yang ada state positif covid dan disahkan oleh wakil majikan sebab tak ada nama saya. Boleh tengok bawah untuk contoh. Kalau ada result PCR/RTK klinik lagi bagus.
6. Screenshot MySejahtera HSO yang ada tertera kena HSO selama tujuh hari. Claim dibayar based on bilangan hari HSO.
7.Salinan Slip Gaji 6 bulan sebelum disahkan positif. Claim dibayar based on average 6 bulan basic gaji.
8. Salinan IC.
Itulah semua dokumen yang saya hantar sehingga dapat claim. So sesiapa yang kena Covid 19 tapi belum pernah buat tuntutan kepada pejabat Perkeso, cepat-cepatlah buat. Rugi tak buat sebab kita mencarum setiap bulan. Tapi dengan syarat masih lagi berkerja dan mencarum Perkeso.
Ini untuk yang kena jangkitan Covid-19 sebelum April 2022. Selepas April 2022, dengar dah lain cara tuntutannya sebab dah masuk fasa endemik. Saya pun tak tahu lagi cara tuntutan yang latest punya. Apapun kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh call Perkeso.
Saya dijangkiti Covid 19 pada bulan Mac 2022, tapi bulan July baru hantar permohonan tuntunan Covid-19. Alhamdulillah selepas 14 hari dari t...