Taksir Zakat │Zakat lebih Sempurna dan berpeluang Tebus Baucar dan menangi hadiah peraduan
Sangat menyayatkan hati bila kes bunuh dalam negara semakin menjadi-jadi. Yang paling menghibakan ada kes bunuh darah daging sendiri dan beragama islam.
Kenapa kes sedemikian terjadi sedangkan dalam islam dah diajar bunuh ini adalah berdosa besar. Ada yang kata ada kes bunuh berpunca dari desakan hidup. Memang tidak dinafikan ekonomi sekarang tersangatlah meruncingkan dan tak berada tahap yang bagus. OPR pun ada nak naik lagi kali kedua. Bagi mereka yang terkesan dengan ekonomi yag teruk, ditambah pula spiritual dan rohaniah diri lemah, maka terjadinya kes sebegitu.
Kita yang ada harta lebih, jika belum bayar zakat, segera-segeralah melakukan pembayaran Zakat di pusat Zakat bertauliah. Taksir Zakat dengan segera untuk mengetahui jumlah zakat yang betul berdasarkan harta yang kita miliki. Zakat kita inilah dapat meringankan beban golongan yang memerlukan ini.
Bagi umat Islam yang ingin taksir zakat, untuk pengetahuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) juga ada melancarkan kempen Bulan Taksir Zakat (BTZ). Kempen ini untuk menggalakkan lagi umat Islam di Selangor mentaksir sendiri jumlah zakat mereka yang perlu ditunaikan. Taksir Zakat boleh dilakukan dengan download aplikasi ZakatSelangor ataupun boleh cek di website Lembaga Zakat Selangor. Di website juga boleh cek dan tahu dah bayar zakat ke belum atau nak tahu pembayaran zakat yang lepas.
Menerusi kempen tersebut, mereka yang membuat taksiran zakat antara 15 Jun dan 31 Julai berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik selain boleh menebus baucar makanan segera di cawangan-cawangan LZS. Hanya pergi ke website https://jom.zakatselangor.com.my/ untuk taksir zakat dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik selain boleh menebus baucar makanan segera.
LZS turut memperkenalkan kemudahan terkini pembayaran zakat secara ansuran melalui perkhidmatan debit terus, dengan melayari laman web zakatselangor.com.my/directdebit.
Pembayar zakat hanya perlu mengisi maklumat yang diperlukan, seterusnya pembayar zakat boleh membuat bayaran zakat secara ansuran bulanan dan ia secara langsung tidak membebankan pembayar zakat. Kemudahan terkini tersebut adalah hasil kerjasama antara LZS dengan Bank Islam Malaysia (BIMB) dan InfaqPay sebagai rakan sinergi.
Mengenai bantuan khas banjir, LZS telah mengagihkan bantuan lebih RM42 juta merangkumi bantuan kecemasan bencana alam sebanyak RM28 juta; baik pulih institusi seperti masjid dan surau (RM7.5 juta), keperluan asas rumah (RM4.17 juta) dan baik pulih rumah (RM2.44 juta), namun jumlah dana bantuan tersebut masih belum diaudit.
Maklumat lanjut berkenaan kempen BTZ, boleh didapati di saluran rasmi LZS iaitu portal jom.zakatselangor.com.my atau Facebook dan Instagram ZakatSelangor.
Sangat menyayatkan hati bila kes bunuh dalam negara semakin menjadi-jadi. Yang paling menghibakan ada kes bunuh darah daging sendiri dan ber...