Dua tahun Geng Legend tak dapat nak buat aktiviti wajib setiap kali raya iaitu baraan raya akibat dari PKP. Tapi bukan setakat baraan geng legend ditangguh seketika, raya pun boleh disambut di rumah masing-masing je.
Raya tahun ni dah di fasa endemic, tak akanlah sambutan raya masih di bawah SOP yang ketat lagi, macam dua tahun sebelum ni. Kalau still sama memang semua akan anginlah. Dengar jugaklah khabar angin kata akan raya dalam lockdown lagi untuk raya tahun ini. Tapi nasib baiklah tak betul.
Tapi raya tahun ini bukan setakat tak lockdown malah siap awal sehari. Tak pernah pernah sepanjang dalam hidup saya di bumi Allah SWT, dapat diskaun raya awal sehari. Dah anak bulan nak muncul awal sehari dari as estimated tak akan nak teruskan puasa lagi. Haram puasa pada 1st Syawal.
Ok itu cerita adhoc raya. Sekarang nak cerita Baraan Geng Legend. Baraan Geng Legend yang start dibuat pada tahun 2017. Then tak pernah miss buat setiap raya sampai tahun 2019. Pastu ditangguh dua tahun sebab lockdown. Tahun ni semestinya kena raikan balik agar tidak terkubur.
Untuk tahun ini rumah yang dalam list untuk diziarah untuk baraan start dari belah paling barat sekali rumah Ifzuan di Sekinchan, rumah Roma di Tanjung Karang, Kawan Hartalega diaorang, Saharil dan Faid di Ijok dan last di Gombak iaitu rumah faridsz. Rumah saya exclude untuk tahun sebab close house untuk tahun ini atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Huhu
Seawal pukul 8:30am dah gerak dari rumah untuk baraan rumah first iaitu rumah ifzuan. Kalau tak gerak awal gak, mau habis baraan tengah malam. Nak cover sampai Gombak tu. So, breakfast di rymah ifzuan. Menu rumah Ifzuan adalah pasta, pecal, nasi impit kuah kacang, teh tarik. Sheerin ada bawa juadah yang disediakan di rumahnya dan untuk dijamu ketika baraan di rumah ifzuan.
Next rumah adalah rumah Roma di Tanjung Karang. Katanya menu makanan jepun yang akan dihidangkan kepada kami. Actually menu zaman jepun iaitu ubi rebus di makan bersama dengan ikan masin dan sambal ikan bilis. Pastu ada dessert dan buah-buahan.
Rumah ketiga pulak sampai time tengahhari. Ngam-ngam pulak sampai rumah yang ada menu nasi. Actually rumah ketiga bukan dari geng legend. Kebetulan rumah kawan hartalega diaorang ada buat open house. Tu include jugak dalam list rumah baraan. Sangat dapat menjamu selera dengan tenang sebab rumahnya betul-betul depan playground. So anak-anak pi main while mak pak mengisi perut dengan nasi. Still dalam hati gusar sebab main time panas terik tu. Risau demam pulak dak dua ketul. Dahlah main playground macam tak hingat dunia. Haha.
Rumah keempat pulak rumah Saharil di Ijok. Saharil hidangkan kami roti jala dengan dua jenis kuah iaitu kuah ari dan serawa durian dan pudding. Laman rumah Saharil sangat luas. Port sesuai untuk geng legend bergambar.
Rumah faid di yang tak jauh dari rumah Saharil adalah rumah keempat. Kat rumah Faid mandikan Zafirah dan Zayden sebab dah petang. Macam malam jugak nak boleh habis baraan malam. So mandikan malam siap-siap. Badan pun baru lepas berpeluk teruk main playground di rumah third tadi. Semua pulak macam lepak lama di rumah faid. Tu boleh sempat nak mandikan dua ketul. Menu rumah faid bihun tomyam, pudding dan bubur carar.
Rumah last adalah rumah Faridz di Gombak. Sampai time maghrib. Actually baraan raya tahun ni tak banyak cover banyak rumah compare yang tahun sebelum ni. Tapi baraan sampai ke malam jugak. Maybe bersantai lama di setiap rumah atau masa berlalu cepat sekarang ni. Insaf sekejap. Huhu.
Menu rumah farids adalah bakso dan rendang. Sebelum semua balik ke rumah masing-masing untuk Kembali ke dunia nyata huhu, mercun dipasang sebagai penutup baraan geng legend bagi tahun 2022. Mercun disponsor oleh Roma.
Baraan Geng Legend 2022 macam tahun sudah tak pernah tak havoc. Baraan raya disambung tahun depan pulak dan rumah kami confirm masuk dalam senarai rumah baraan raya, Hehe.
Dua tahun Geng Legend tak dapat nak buat aktiviti wajib setiap kali raya iaitu baraan raya akibat dari PKP. Tapi bukan setakat baraan geng l...