My Panic Yet Under Control Raya Story
Haaa hambik raya tahun ni diawalkan sehari. Setelah dua tahun raya berversikan pandemic iaitu hanya boleh di rumah sendiri sahaja, sekali dapat diskaun awal sehari. Panic habis semua orang termasuklah saya. Mana tak panicnyer. Sebab ingat kalender kuda tak pernah salah, yang awal sehari tu hanyalah rumors semata-mata. Sekali pengumuman raya yang pada pukul 8pm mengatakan kalender kuda salah kalini. Yang betul adalah rumors tu.
Actually rumors tu bukanlah atas angin sahaja. Rumors tu datang sebab negara jiran dah awal-awal lagi announce yang raya 2 Mei. Just Malaysia yang in denial ke tak tahulah apa sebabnya, tunggu hari ahad pukul 8pm announce keesokkannya raya. Tapi yang dengar dari berita, hari ahad cek anak bulan. Out of 29 lokasi, ada satu lokasi nampak anak bulan. Dah kalau nampak anak bulan even just di satu lokasi pun memang haramlah untuk puasa esoknya.
Walaupun awal sehari jea pun tapi habis lari segala planning. Suppose 2 Mei pagi nak start mengemas dan spring cleaning rumah mertua, tengahhari gosok baju raya dan petang hingga malam prepare juadah raya. Tapi semua kerja tu kena buat pada malam 1 Mei. Saya mampu mengemas sampai settle dan tolong prepare bahan masak sampai pukul 1am. Then tak mampu bertahan dah. SIL dan biras merendang sampai pukul 4am.
Semua juadah raya yang beraya dimasak hasil dari merendang sampai pukul 4 pagi
Pagi raya saya continue buang sawang dan gosok baju. Pada hari raya pun pack sangat dengan aktiviti raya. Baru siapkan tiga ketul, semua dah balik dari solat raya. Bila dah semua ada, dah nak buat sesi bermaafan dan bagi duit raya. Padahal saya tak bersiap lagi. Sambung lagi kelam kabut untuk bersiap.
Lepas sesi bersalaman, next aktiviti adalah aktiviti wajib first raya iaitu bergambar di port OOTD Taiping. Port yang dipilih untuk raya photoshoot tahun ini adalah Pejabat Tanah Larut Matang dan Selama.
Mesti ada yang terdetik dalam kepala. Apo photoshoot kat pejabat kerajaan. Bukan banyak je tempat menarik di Taiping untuk OOTD. Eh for all your information, pejabat kerajaan ni adalah salah satu bangunan warisan sejarah yang dibina pada tahun 1897. Iaitu pada zaman pemerintahan British di tanah melayu. Bangunan bersejarah kan struktur bangunannya menpunyai nilai sejarah yang tinggi dan menarik. Tu cantik untuk dijadikan port OOTD. Tapi just bergambar di satu tempat sahajalah. Ada bawak budak-budak kecik ni mana mampu sangat nak bergambar di setiap angle bangunan. Dengan dah cuaca panas lagi. Satu lagi port bergambar di dan masjid India. Bukanlah raya photoshoot mesti kena ada di masjid.
Dah siap bergambar aktiviti seterusnya meneruskan tradisi arwah mertua iaitu pergi beraya rumah opah belah mak mertua di Lenggong. Tapi time on the way ke Lenggong, dapat tahu Opah sedang beraya di rumah nenek saudara husband, opahchik. So kami pi beraya rumah opahchik jugak.
Dah beraya rumah opahchik, pi beraya rumah opah. Rumah Opah ada buat renovation besar-besaran, Saya tak pernah sampai lagi rumah opah yang renovate. Memang makin besarlah rumah opah.
Beraya dan makan malam sekali di rumah. Then gerak balik Taiping. Sampai rumah mertua, ngam-ngam saudara-mara belah kimi sampai. Nak datang beraya. Jamu diorang yang makan juadah raya yang masak pukul 4 pagi tu.
Alhamdulillah walaupun raya adhoc sebab tiba-tiba diawalkan sehari, tapi semua dapat dibuat seperti dirancang. Raya pun masih disambut dengan meriah dan gembira. Lebih-lebih lagi dapat kembali beraya normal selepas beraya berversikan pkp selama dua tahun berturut-turut.
Kepada semua yang menyambut Hari Raya, harap belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
Haaa hambik raya tahun ni diawalkan sehari. Setelah dua tahun raya berversikan pandemic iaitu hanya boleh di rumah sendiri sahaja, sekali da...