Rent Waterslide and BBQ for Zayden’s 2nd Birthday Celebration
Hari Jadi Zayden yang kedua jatuh pada hari kedua mama kena Covid-19. Yea satu-satunya benda yang sedaya upaya nak elak selama dua tahun, akhirnya berjaya singgah jugak dalam diriku. Tewas jugak untuk elak dari dijangkiti Covid-19.
Symptom yang mula-mula develop tak adalah serius sangat. Tapi terasa sakit tu lain dari lain. Itu ada naluri kuat untuk buat RTK walaupun setakat lenguh badan dan running nose. Bila buat test, yup positif. Nanti nak share pengalaman kena covid di entri lain. Entri ni pasal birthday Zayden.
So, since birthday Zayden pada hari kedua mama kena Covid tangguhlah dahulu sambutan hari jadi Zayden. Sambut di Taiping time balik Taiping pada tengah bulan Mac. Semua family Kimchi ada join balik jugak.
Biras pun cadangkan untuk sewa Waterslide supaya budak-budak boleh main since semua family mertua ada balik dan berkumpul di Kampung Boyan.. Actually lama dah nak sewa waterslide untuk balik berkumpul yang sebelum ni. Tapi atas sebab-sebab tak dapat dielakkan, also ditangguh jugak sewa waterslide. Dan time balik gathering ni baru betul-betul book. Rental fee nya RM180 dari 8am sampai 6pm.
Since ada waterslide, buat jugak BBQ untuk memeriahkan lagi birthday celebration. Selain Zayden, sambut sekali birthday Qisya jugak. Qisya pun Mac babies. Dan sambut jugak wedding anniversary Me and Kimchi. Wedding anniversary kami berdua kan sama date dengan birthday Zayden.
Pagi sampai tengahhari budak-budak main waterslide. Seronok bukan main budak-budak main waterslide. Waterslide ni ada dua slide pada belah kiri dan kanan. Water gun pun ada jugak. Mana tak seronok budak-budak ni main waterslide ni.
Sesi potong cake oleh birthday babies pada waktu petang. Walaupun Dak Zayden baru dua tahun tapi terpancar di mukanya bertapa dia happy duduk depan cake dan semua nyanyikan lagu birthday kepadanya.Then ada tiup lilin sekali. Bila Dak Zayden happy mama berganda-ganda happy.
Then main game. Game organized by my SIL. Itulah aktiviti dari pagi sampai petang untuk birthday celebration yang sangat sweet dan memorable.
Salah satu game yang dimain.
To Dak Zayden, Happy 2nd Birthday. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi setiap langkahmu, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagian di dunia dan akhirat.
Hari Jadi Zayden yang kedua jatuh pada hari kedua mama kena Covid-19. Yea satu-satunya benda yang sedaya upaya nak elak selama dua tahun, ak...