Gembira Tak Terkata Bila Sektor Pelancongan Dah Dibuka
At lastttt..Kerajaan dah membenarkan pembukaan sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program ‘travel bubble’. Dapat jugak pergi bercuti. Tak terkata rasa seronok di hati daku.
Lama sangat tau rakyat Malaysia berkurung dalam rumah. Dah ramai mengalami kelesuan pandemic. Bila kerajaan dah buka balik sector pelancongan, sedikit sebanyak dapat mengembirakan hati rakyat Malaysia termasuklah saya. Huhu. Of course hanya dibenarkan untuk rakyat Malaysia yang sudah lengkap vaksinasi dan kena follow syarat-syarat ditetapkan.
Kata kerajaan sebagai permulaan program ‘travel bubble’, lokasi yang terpilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September ini adalah Pulau Langkawi. Aduii Pulau Langkawi tu.One of my favourite travelling place. Tapi malangnya saya belum lengkap vaksinasi lagi. So tak dapat melancong Pulau Langkawi sekarang. Taka pa. Soon soon. Kau tunggu ye Langkawi. Akan ku sampai di sana. Haha.
Memang seronok sangat kalau melancong di Pulau Langkawi. Sebabnya banyak tempat menarik yang boleh kunjungi di Pulau Langkawi. Antaranya Dataran Lang, Pantai Cenang, Pekan Kuah, Tasik Dayang Bunting dan banyak lagi. Ni tempat yang saya kira confirm boleh pergi sebab terbuka. Yang lain macam Underwater World Langkawi tu still belum dibuka sebab tertutup.
Tapi still seronok lagilah apabila berada di Langkawi walaupun ada banyak tempat belum ready untuk dibuka. Sebabnya as u olss know, Pulau Langkawikan kawasan bebas cukai. Memang heavenlah shopping di Langkawi.
Untuk tempat penginapan pulak, tempat penginapan yang best untuk bermalam adalah di Berjaya Langkawi Resort. Sebab first sangat dekat dengan airport iaitu terletak sejauh 20 minit memandu. Pastu dekat dengan tempat-tempat menarik di resort ni seperti Kereta Kabel Langkawi dan Air Terjun Telaga Tujuh dan banyak lagi.
Facilities pun lengkaplah. Wifi perkhidmatan shuttle dan macam-macam lagi. Senang cakap memang selesa dan best menginap di Berjaya Langkawi Resort. Paling saya suka interior design Resort yang berkonsepkan tradisional. Lokasi pun di di pinggir hutan hujan tropika tapi balkoni chalet menghadap laut.
Hmm..tak sabarnya nak pi Pulau Langkawi. Bermalam di resort tu. Lambatnya dah tunggu saya lengkap vaksinasi. Tak apalah saya bercuti di tempat yang dekat dari rumah saya sahajalah. Rumah saya dekat dengan Kuala Lumpur. Tak sampai sejam memandu dah sampai Kuala Lumpur.
Walaupun tempat-tempat menarik untuk dikunjungi di Kuala Lumpur tak sebanyak di Pulau Langkawi, tapi still banyak tau. Antaranya tempat boleh jalan-jalan di Kuala Lumpur ialah KLCC, Menara Kuala Lumpur, Tasik Titiwangsa, Heritage Walk, Secret Garden dan banyak lagi. Jangan risau dengan Covid. Sebab tempat yang saya sebut ni semuanya open space. Bukannya tempat tertutup.
Malam-malam pulak boleh menonton air pancut dan lampu-lampu warna warni di KLCC Lake Symphony. Di Saloma Bridge pun cantik jugak kalau jalan-jalan di situ pada waktu malam.
Kuala Lumpur pun syurga buat kaki shopping jugak tau. Sebab di Kuala Lumpur ada banyak shopping mall. Antara shopping mall yang ada di Kuala Lumpur ialah KLCC, Pavillion dan banyak lagi. Memang shopping till u drop lah di Kuala Lumpur.
Rasanya tak cukuplah nak cover kunjungi semua tempat menarik di Kuala Lumpur. Macam perlukan dua hari. Jadi kalau nak betul-betul puas hati jalan-jalan di Kuala Lumpur, bermalam di Kuala Lumpur. Banyak tempat-tempat yang menawarkan untuk KL staycation. Ada banyak pilihan hotel-hotel yang boleh dipilih untuk KL staycation yang besesuaian dengan budget dan citarasa saya.
Jadi buat masa sekarang, saya proceed dahulu bercuti di Kuala Lumpur. Bila dah lengkap vaksinasi, boleh planning untuk bercuti di Pulau Langkawi pulak. Thanks again Kerajaan dah benarkan kami kembali melancong. Kami sangat happy. hehe.
At lastttt..Kerajaan dah membenarkan pembukaan sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program ‘travel bubble’. Dapat jugak pergi...