Stress happy stress happy dengan kerja kat Top Glove(TG) ni,
sedar sedar nak masuk dua tahun dah saya dan partner in crime saya kerja di TG
ni. Ada orang rasa tak adalah lama sangat dua tahun ni. Macam masih level
junior je. Eh bagi kami lama tau. In between stress happy tu, ada rasa nak
menangis pun ada. Especially masa nak masuk tahun pertama kami di TG. Tu tak
ada posting pasal tahun pertama di TG ni. Tahun kedua pulak ada.Haha.
Saya dan Pija kenal pada
hari pertama melaporkan diri di TG iaitu pada 18 Februari 2019.
Sama-sama baru nak mendaftarkan diri pada admin. Kami berdua
kerja sama department tapi berlainan team. Tue cepat rapat tu. Sebab
sama-sama
baru so nak buat apa-apa mesti roger roger each other dulu. Supaya boleh
buat
sama-sama macam nak buat badge card, jumpa HR untuk register fingerprint
dan etc.
Kami berdua juga sama-sama blur lost dengan kerja. Sama-sama
stress. So sama-sama comfort, motivate each other supaya terus boleh bertahan dengan
kerja kami. Tue yang dapat bertahan sehingga tahun kedua tu. Sebab ada partner
in crime inilah.hehe.
Since tinggal beberapa hari nak masuk our second anniversary
in TG, kami berdua decide in celebrate di Sushi King. Our favourite
restaturant. Sebab apa favourite. 1st of course sebab cepat dapat
makanan. Second tak taula kenapa saya dah jadi pengemar Sushi sejak dari
mengandungkan Dak Zayden sehinggalah sekarang. Pija pun layankan jea tekak
saya. Nasib baik Pija pun suka makan Sushi.
Nasib baik kerajaan dah benarkan dine in. Sebelum ni boleh
take away jea masa mula-mula pelaksanaan PKP 2.0. Kalau tidak celebrate dengan
makan dalam kereta ajelah kami berdua.
So, di Sushi King, kamu berdua order Bento Set. Nasi tak
boleh tinggal. Then saya ambil dua pinggan dari Kaiten Sushu. Air iced green
tea wajib order. Air nil ah boleh refresh energy kami berdua. Then duk recap
balik kami berdua punya turun naik kerja di Top Glove sambal makan.Hehe.
Lepas makan, pergi pulak Starbucks untuk reward kan
diri
sebab boleh bertahan selama 2 tahun. Ceh dia punya rewardkan diri tu
macam dah
kerja 20 tahun. Padahal dua tahun jea pun. Over kan. Eh nak boleh
bertahan tahun kedua pun, penuh liku ranjau perik jerih kami lalui tau.
Ok over again. Haha.
Di Starbuck saya order di luar kebiasaan saya. Kalau sebelum
ni saya suka order coffee je. Kali ni memang yang fancy drink habis iaitu Venti
Vanilla Cream Frappe with Caramel upside down, hazelnut syrup dan 1 scoop
almond nut crunch blended in. Perghh panjang siot nama. Dapat dari post sharing
ni jenis drink ni. Kalau dari saya sendiri, menang tak lah sebab bukan peminat
Starbuck. Harganya? RM22. Kenalah dengan nama panjang lebar tu. Rasanya? Bagi
saya manis je. Bukan peminat fancy drink la katakan.
Dah siap makan, kembali ke dunia reality dengan sambung buat
kerja. Hehe. To my partner in crime, semoga kita dapat terus bertahan kerja di
Top Glove. Kita boleh punya. Hehe.
Stress happy stress happy dengan kerja kat Top Glove(TG) ni, sedar sedar nak masuk dua tahun dah saya dan partner in crime saya kerja di T...