Kimchi’s 34th Birthday Celebration During Pandemic.
Tahun lepas, saya punya sambutan hari jadi time PKPB. Tapi tak boleh celebrate di luar sebab tersangatlah renyah. Nak tiga ketul ikut SOP semua. Tu belum masuk lagi nak kena beratur dulu sebelum masuk kedai kalau kedai dah penuh.
Bila renyah-renyah sangat ni, chances untuk tiga ketul terlampau lah tinggi ditambah pulak mesti time pergi tu perut tengah lapar. Sepatut rasa happy nak sambut harijadi, akan sebaliknya pulak berlaku. Haha. Jadi, hari jadi saya pada akhir tahun lepas sambut di rumah je walaupun dah tempoh PKPB.
Time PKPB pun harijadi sambut di rumah inikan pulak hari jadi jatuh pada PKP which is birthday Kimchi yang ke 34. Yea dah masuk PKPB dan PKPP dah. Tapi patah balik ke PKP balik yang dipanggil PKP 2.0. Redhala mak.
Untuk birthday Kimchi kali ini saya belikan cake favourite Kimchi iaitu Cheese Cake. Untuk meal, saya order wertern meal through food panda.
Actually Kimchi ada dapat beberapa berita yang sangat mengumbirakan hatinya betul-betul sebelum harijadinya. First dinaikkan satu gred. Second dapat ditukarkan department disebabkan kenaikan grednya. Kiranya good news adalah hadiah harijadi nya. Jadi saya tak payah bagi hadiah pun tak apa. Ahaks
Macam benda happen time nak dekat-dekat hari jadi Kimchi. Tengoklah nak up ke tidak pasal tu. Tapi yang penting Alhamduillah tiada yang tidak diingini berlaku.
To my Kimchi. Love u so much. All the best di tempat baru.
Tahun lepas, saya punya sambutan hari jadi time PKPB. Tapi tak boleh celebrate di luar sebab tersangatlah renyah. Nak tiga ketul ikut SOP ...
Celebrated 2 Years At Top Glove With Partner In Crime At Sushi King and Starbucks, Setia City Mall
Stress happy stress happy dengan kerja kat Top Glove(TG) ni, sedar sedar nak masuk dua tahun dah saya dan partner in crime saya kerja di TG ni. Ada orang rasa tak adalah lama sangat dua tahun ni. Macam masih level junior je. Eh bagi kami lama tau. In between stress happy tu, ada rasa nak menangis pun ada. Especially masa nak masuk tahun pertama kami di TG. Tu tak ada posting pasal tahun pertama di TG ni. Tahun kedua pulak ada.Haha.
Saya dan Pija kenal pada hari pertama melaporkan diri di TG iaitu pada 18 Februari 2019. Sama-sama baru nak mendaftarkan diri pada admin. Kami berdua kerja sama department tapi berlainan team. Tue cepat rapat tu. Sebab sama-sama baru so nak buat apa-apa mesti roger roger each other dulu. Supaya boleh buat sama-sama macam nak buat badge card, jumpa HR untuk register fingerprint dan etc.
Kami berdua juga sama-sama blur lost dengan kerja. Sama-sama stress. So sama-sama comfort, motivate each other supaya terus boleh bertahan dengan kerja kami. Tue yang dapat bertahan sehingga tahun kedua tu. Sebab ada partner in crime inilah.hehe.
Since tinggal beberapa hari nak masuk our second anniversary in TG, kami berdua decide in celebrate di Sushi King. Our favourite restaturant. Sebab apa favourite. 1st of course sebab cepat dapat makanan. Second tak taula kenapa saya dah jadi pengemar Sushi sejak dari mengandungkan Dak Zayden sehinggalah sekarang. Pija pun layankan jea tekak saya. Nasib baik Pija pun suka makan Sushi.
Nasib baik kerajaan dah benarkan dine in. Sebelum ni boleh take away jea masa mula-mula pelaksanaan PKP 2.0. Kalau tidak celebrate dengan makan dalam kereta ajelah kami berdua.
So, di Sushi King, kamu berdua order Bento Set. Nasi tak boleh tinggal. Then saya ambil dua pinggan dari Kaiten Sushu. Air iced green tea wajib order. Air nil ah boleh refresh energy kami berdua. Then duk recap balik kami berdua punya turun naik kerja di Top Glove sambal makan.Hehe.
Lepas makan, pergi pulak Starbucks untuk reward kan diri sebab boleh bertahan selama 2 tahun. Ceh dia punya rewardkan diri tu macam dah kerja 20 tahun. Padahal dua tahun jea pun. Over kan. Eh nak boleh bertahan tahun kedua pun, penuh liku ranjau perik jerih kami lalui tau. Ok over again. Haha.
Di Starbuck saya order di luar kebiasaan saya. Kalau sebelum ni saya suka order coffee je. Kali ni memang yang fancy drink habis iaitu Venti Vanilla Cream Frappe with Caramel upside down, hazelnut syrup dan 1 scoop almond nut crunch blended in. Perghh panjang siot nama. Dapat dari post sharing ni jenis drink ni. Kalau dari saya sendiri, menang tak lah sebab bukan peminat Starbuck. Harganya? RM22. Kenalah dengan nama panjang lebar tu. Rasanya? Bagi saya manis je. Bukan peminat fancy drink la katakan.
Dah siap makan, kembali ke dunia reality dengan sambung buat kerja. Hehe. To my partner in crime, semoga kita dapat terus bertahan kerja di Top Glove. Kita boleh punya. Hehe.
Stress happy stress happy dengan kerja kat Top Glove(TG) ni, sedar sedar nak masuk dua tahun dah saya dan partner in crime saya kerja di T...
December babies belated birthday celebration on 1st day of 2021 At Taiping, Perak
Hi Semua. Apa khabar. Hopefully semua pembaca blog penselduabee sentiasa sihat dan dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah. Lagi beberapa jea lagi bulan Januari untuk tahun 2021 berakhir. Tapi saya baru nak buat posting pertama untuk tahun 2021. Huhu
Aduii. Kelaut disiplin blogging saya ni. Suppose hari ke 26 ni kena ada at a least 10 entri yang dah up untuk bulan Januari. Tapi saya baru nak buat yang pertama. Itupun terkial-kila cari masa nak buat entri.
Tak apala. Better late than never kan bak kata omputih. So, untuk first entri bagi tahun 2021, saya nak up story mengenai apa aktiviti yang saya lakukan pada hari pertama tahun 2021.
Aktiviti yang saya lakukan adalah meluangkan masa yang berkualiti dengan keluarga rapat iaitu keluarga mertua. Kami sekeluarga mengadakan sambutan harijadi untuk December babies.
Banyak aktiviti dilakukan untuk sambutan harijadi ini. Antaranya selain potong birthday cake oleh December babies, ada aktiviti sukaneka, BBQ dan bergambar session..
Peserta sukaneka adalah kanak-kanak riang which is semua anak-anak kami. Buat 2 team. Satu team ada dua orang. Zara dan Imaan satu team. Zayyan dan Zafran satu team. Berkembang pesat dah keluarga mertua. Siap boleh buat beberapa team untuk sukaneka.
Yang lead sukaneka iaitu jadi referee and so on adalah Mimi dan Adi. Banyak jugaklah game yang Mimi and Adi conduct. Antaranya musical chair, lari dengan sudu dan banyak lagi. Untuk hadiah, tak kira menang atau kalah semua akan dapat untuk semua game.
Habis main game, sambung dengan BBQ, makan-makan dan bergambar. Beberapa hari kemudian PKP. Duduk rumah kembali.
Dengar kata nak full lockdown. Then latest kata lockdown tak akan disambung. Masalahnya kes harian duk ribu riban lagi. Lagi duit masuk harian yang ribu riban bestla jugak. Ni kes Covid. Huhu.
Macam ini jealah. Tak payahlah serabut-serabut dengan apa perancangan depa. Kita jaga kita ajelah. Buatlah PK apapun, jangan stop tak ikut SOP sehinggalah dah ambil vaksin. Itu ajealah yang boleh dilakukan sekarang.
Hi Semua. Apa khabar. Hopefully semua pembaca blog penselduabee sentiasa sihat dan dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah. Lagi beberapa je...