Wajib Bayar Zakat Jika Ada Simpanan bila
Ya, ada jea wang simpanan tak kiralah di bank ke di peti besi rumah ke, bawah tikar ke(orang dulu-dulu punya stail simpan cash), wajib bayar zakat. Kena tahu dalam Islam, zakat adalah salah satu ibadah yang wajib dilaksanakan oleh semua umat islam.
Dalam Rukun Islam, zakat berada di tangga keempat. Yang membawa maksud ibadah zakat adalah yang keempat penting selepas mengucap, solat lima waktu dan puasa di bulan Ramdhan bagi membentuk iman umat islam. Jika tidak dilaksanakan tanpa sebab-sebab tertentu, maka akan dimurkai oleh Allah SWT.
Wang simpanan wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak.
Tetapi wang simpanan yang tidak melepasi haul atau tidak melepasi jumlah dan syarat yang ditetapkan, tak perlu bayar Zakat.
Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram).
Ada Dalil Wajib Zakat iaitu:
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Ok, itu sedikit info mengenai zakat wang simpanan. Sekarang nak masuk ke part syarat apa yang mewajibkan wang simpanan perlu dizakatkan. Bawah adalah maklumat lengkap mengenai zakat wang simpanan.
Syarat Wajib Zakat Simpanan
Cukup nisab (*bersamaan nilai simpanan sebanyak 85 gram emas mengikut harga semasa)
Cukup haul (cukup tempoh setahun disimpan ).
Nilai nisab kena sentiasa check dengan pejabat Zakat kerana sentiasa berubah-ubah. Contohnya, kadar nisab terkini untuk negeri Selangor tahun 2020 adalah bersamaan RM18,510.72. Manakala pada tahun 2019 pula RM13,490.
Maksudnya, kalau wang simpanan dalam akaun tu menyamai RM18,510.72 atau melebihi nilai nisab tu, barulah wang simpanan diwajibkan bayar zakat.
Jika tidak cukup atau tidak menyamai nilai RM18,510.72, maka tak wajiblah untuk dizakatkan simpanan tersebut.
Terdapat petikan ayat Al-Quran mengatakan bahawa
“Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
Surah At-Taubah (ayat 103)
Antara jenis wang simpanan
1. Akaun Simpanan/Akaun Semasa.
2. Akaun Mata Wang Asing
3. Deposit Tetap/Deposit Berstruktur
4. Simpanan di Takaful/Insuran (Nilai tunai polisi takaful / Insuran yang boleh dikeluarkan)
5. Jumlah baki KWSP ketika umur 55 tahun ke atas (Bagi yang MASIH BEKERJA selepas umur 55 tahun)
6. Jumlah baki KWSP (Bagi yang TIDAK BEKERJA selepas umur 55 tahun)
7. Lain-lain tunai (peti besi, simpanan di rumah dan sebagainya)
8. Hutang boleh terima daripada penghutang
Kaedah Kiraan Wang Simpanan Zakat:
Simpanan Tetap
Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.
Simpanan Biasa
Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki pada hujung haul.
Simpanan Dalam Satu Akaun
Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan pada hujung haul (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.
Simpanan Dalam Beberapa Akaun
Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki pada hujung haul dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki hujung haulnya tidak mencukupi nisab.
Zakat Hutang
Zakat ke atas hutang tiada nas yang jelas dan menjadi ikhtilaf dikalangan fuqaha. Perbezaan pandangan fuqaha ini adalah berasaskan samada zakat perlu dibayar ke atas wang yang dijangka terima ataupun tidak. Oleh itu, Majma Fiqh Islami OIC memutuskan :
Pemberi hutang adalah wajib membayar zakat setiap tahun, jika penghutang itu mampu membayar (pada tarikh haul pemberi hutang)
Jika penghutang itu tidak mampu / menangguhkan bayaran balik hutang, maka zakat wajib dibayar oleh pemberi hutang setahun selepas penerimaan / bayaran balik hutang tersebut.
Hutang yang boleh ditolak daripada harta wajib zakat adalah hutang yang perlu dibayar segera. Hutang yang pembayarannya bertangguh tidak mengurangkan zakat ke atas harta yang dimiliki tempoh semasa. Oleh itu hutang yang perlu dibayar pada tempoh datang daripada hasil atau harta akan datang tidak boleh ditolak.
Untuk maklumat lanjut untuk pembayaran zakat wang simpanan boleh klik di pautan website berikut. Ikuti juga Lembaga Zakat Selangor di media sosial untuk update terkini.
Website :
fpx.zakatselangor.com.my
Facebook :
LembagaZakatSelangor
Instagram :
https://www.instagram.com/zakatselangor
Ya, ada jea wang simpanan tak kiralah di bank ke di peti besi rumah ke, bawah tikar ke(orang dulu-dulu punya stail simpan cash), wajib ba...