at
10/16/2019
Penang
adalah satu tempat di Malaysia yang terkenal dengan syurga makanan.
Sampai-sampai sahaja Penang, memang aktiviti akan padat dengan makan. That’s
why Penang adalah satu tempat yang saya tak pernah jemu pergi. Biar banyak kali
mana pun sampai.
Tapi tiba-tiba
terasa nak makan makanan Penang dan time tu pulak di Saujana, jauh jugak kalau
nak pergi Penang. Melainkan kalau dari Taiping, rumah parents Kimchi, itu tak
apa. Teringin jea time tu jugak pi Penang.
So, apa
boleh buat kalau tiba-tiba teringin nak makan makanan Penang, pergi jea Little
Penang Café. Kat situ ada macam-macam menu Penang. Okla dari tak dapat nak
makan di Penang
Assam Laksa
Nasi Lemak Penang(Chicken)
Nyonya
Fried Chicken Set
Makan di
Little Penang Café, order Nasi Lemak Penang(Chicken), Assam Laksa dan Nyonya
Fried Chicken Set. Rasanya oklah. Minuman pulak order Penang Local Coffee Ice.
Maksud
jumpa makanan Penang di Little Penang Café bukanlah akan jumpa jumpa nasi
kandar, Sup kambing dan lain-lain makanan popular Penang di Little Penang Café.
Cuma masakan di situ adalah masakan cara orang Penang. Agitulah.
Betul-betul
nak makan makanan popular Penang, kena pergi jugaklah Penang. Apapun, semua
menu di Little Penang Café not bad. Paling suka coffee nya.
Penang adalah satu tempat di Malaysia yang terkenal dengan syurga makanan. Sampai-sampai sahaja Penang, memang aktiviti akan padat dengan ma...