Legakan Dahaga Dikala Cuaca Panas Terik Di Klebang Original Coconut Shake, Melaka
Lepas dah
pusing-pusing Bandar Di Hilir Melaka, tawaf semua muzium, panjat Menara Taming
Sari(over! Panjat pulak), baru terasa dahaganya tekak. Cuaca pula boleh tahan
panas time kitaorang jalan-jalan Melaka ni. Lagila terasa nak cari something
yang boleh legakan dahaga.
Kalau dah nama
berada di Melaka, kenalah try Klebang Coconut Shake. Tau tempat sangat ramai
dengan manusia sebab tempat viral kan. Tapi rugi wooo tak singgah tempat-tempat
famous ni. At least singgah satu tempat pun jadilah kalau dah tak larat dah
hadap sesak-sesak.
Klebang
Coconut Shake luas jugak tempatnya. Siap ada tempat parking dah. Time mula-mula
jual dulu, jual kat tepi jalan jea. Sekarang dah ada macam restaurant yang
besar.
Di sini
bukan setakat ada jual Coconut Shake je. Ada jugak jual nasi lemak dan pelbagai
jenis kuih-muih tempatan. Nak makan ringan-ringan sahaja, tempat ini memang
sangat sesuai.
Rasanya
memang rasa standard lah coconut shake ni. Sedap tapi tak ada yea extra dan
special sangat. Maybe sebab dah lama perniagaan ni then dah viral pulak tu, sebab tu sangat
dibanjiri oleh pelanggan yang tak kira bangsa dan juga umur.
Jadi kalau
nak merasai coconut shake yang kira pioneer lah di Melaka, then dah famous
boleh pergi ke Klebang Coconut Shake. Kalau setakat just nak minum Coconut
Shake sahaja, boleh cari di mana-mana gerai yang ada jual especially di Pantai
Klebang.
Lepas dah pusing-pusing Bandar Di Hilir Melaka, tawaf semua muzium, panjat Menara Taming Sari(over! Panjat pulak), baru terasa dahaganya te...