Home
All post
Attended Agilent Seminar At Sheraton Hotel, Petaling Jaya With Ex-ALH Colleague.
Tiap kali
dapat seminar invitation dari Agilent, tak pernah tolak untuk attend. Lagi-lagi
Agilent suka buat seminar di hotel 4 star. Yang terbaru ni buat di Sheraton
Hotel, Petaling Jaya. Memang saya terus reply setuju untuk hadir.
Seminar
kali ini, profile kerja saya dah bertukar. Bukan lagi dari ALH. Tapi dari TG.
Saya ajak
sekali Lina untuk join. Bolehlah nak reunion dengan Lina. Lina pun dah tak
kerja di ALH. Dah kerja di tempat lain.
Tak salah
pun ajak Lina join sama. Lina pun dari lab background. Memang digalakkan yang
lab background untuk attend seminar anjuran Agilent ni.
Bila dah
seminar di Hotel 4 Star, makanan yang disediakan untuk peserta pun 4 star lah. Time
lunch, makan buffet di café hotel ni. Pelbagai jenis makanan ada. Yang paling
tak tahan, macam-macam jenis dessert ada. Musnah dietku..kuikuikui.
Agilent ni
rasanya setiap tahun profitnya makan bertambah. Tak pernah lagi downgrade
lokasi anjurannya. Ada buat lagi, send lah invitation pada kami lagi. Confirm
kami tak tolak. Ahaks.
Tiap kali dapat seminar invitation dari Agilent, tak pernah tolak untuk attend. Lagi-lagi Agilent suka buat seminar di hotel 4 star. Yang te...
Dak Zafran’s Hajj Simulation At Masjid Puncak Alam
Dak Zafran
dah buat haji lah.. Ni bukan takat dapat beat mak paknya. Tokli and Grandma pun
kalah. Belum lagi dapat buat haji macam Dak Zafran.
Haha. Overlak
aiii. Mak nya kan. Dak Zafran nya join simulasi Haji yang dianjurkan oleh Preschool
nya iaitu Bright Atfal. Lokasinya di Masjid Shah Alam.
Hebat pra
school sekarang ni. Siap ada simulasi haji tu. Kalau dah nama simulasi, memang
macam dah menunaikan haji betul-betul. Dengan mengenakan pakaian ihram. Replika
kaabah pun ada. Semua rukun-rukun syarat-syarat haji ada buatlah.
Kalau
tengok dalam gambar Zafran yang ada dikongsi di FB Bright atfal, Dak Zafran
behave jea. Tak adalah nak buat lain dari yang lain. Rasanya dia ikut jea cakap
teacher nya.
Kadang-kadang
kita yang risau lebih. Takut terkencing ke time aktiviti ni. Lepas tu dahlah
dalam masjid nya. Tapi Bright Atfal confident jea anjurkan aktiviti macamni. Tak
ada pun request lebih-lebih dari parents.
Alhamdulillah,
Dak Zafran dah mula memahami ibadah haji pada usia yang baru lima tahun. Saya
tak berpeluang pun merasai pengalaman macamni. Pak nya apatah lagi. Mana pernah
masuk preschool. Ahaks.
Rezeki Dak
Zafran dan jugak adik-adiknya. Doa-doakan mama papa supaya sentiasa dimurahkan
rezeki agar Zafran berpeluang menambah ilmu dan juga mempunyai pengalaman yang
sangat berharga. Macam simulasi haji ni.
Dak Zafran dah buat haji lah.. Ni bukan takat dapat beat mak paknya. Tokli and Grandma pun kalah. Belum lagi dapat buat haji macam Dak Zafra...
Awesome Staycation At Best Western I-City, Shah Alam With QR Code Experience
Tiba-tiba terasa nak bermalam di hotel tetapi pada yang sama taknak travel jauh dari rumah. Bak kata orang putih omputih, staycation. Yeala time tengah-tengah bulan, haruslah berbelanja berpada-pada. Tak boleh travel jauh-jauh. Yang kena allocate lain untuk transportation pulak. Kalau tidak, mau anak –beranak makan meggi jea hinggalah pada hari masuk gaji.
Ceh ada hati
yea nak staycation bagai walaupun gaji tak masuk lagi. Eh, tak perlu tunggu
gaji masuk pun kalau setakat nak
staycation. Banyak pilihan hotel dekat-dekat yang menawarkan harga bilik mampu milik.
Paling penting, mampu memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada
pengunjung. Kalau saya, hotel yang ada dua-dua kriteria ini tidak lain tidak
bukan adalah Best Western I-City.
Rate Best
Western I-City hotel sangat berpatutan. Ada tiga jenis bilik yang ada di
BWIcity iaitu Superior room, deluxe room dan Suite. Macam saya saya pilih superior
room sebab kena dengan budget saya. Satu lagi bilik ini muat untuk keluarga
saya yang ada dua dewasa dan dua-dua kanak-kanak. Kalau ada budget lebih,
dicadangkan pilih bilik I-suite sebab lebih luas dan ada kitchen.
Superior room
Part yang
paling best staycation di Best Western I-City ni, nak order menu di view café dan
juga room service boleh melalui QR Code. Kalau room service, scan sahaja QR
Code yang bertampal di meja solek. Terus akan ke laman menu The View Cafe. Betul-betul dah check out, akan dapat panggilan dari view café untuk
confirm kan order kita tue.
Terlampau customer friendly, ambik kau macam-macam saya order
QR Code yang disediakan di dressing table
Rasa pun sedap sangat weyhh..
Nak menikamati makanan dalam suasana romantik sambil lihat permandangn i-city dari dalam bilik, atas katil, pun boleh.
Kalau di
view café pulak, QR Code ada di setiap meja. Caranya sama sahaja macam order
room service. Sangat-sangat smart order kan. Hehe.
Di View Cafe pun boleh order melalui QR Code. Tak perlu panggil waiter dah untuk beri menu dan ambil order.
Saya dan Kimchi puas hati sangat dengan yang kami order ni.
Cerita
tentang bab menu, Best Western I-City ada memperkenalkan Go Beyond Signature dish yang mengetengahkan rasa tempatan dan juga barat.
Rasa tak boleh nak kata apalah. Dah hampir sama macam World class michelin star
food.
Stuffed Tempoyak Eggplant
Sambal Roulade
Tuna Miso
Satay Burger
Cincalok Beef
Malaysian Spaghetti Classic
Salmon Noodles
Coffee Lamb
Malam-malam
pula, rasa nak jalan-jalan boleh pergi taman tema dan lihat lampu-lampu
warna-warni di I-City. Macam-macam permainan ada di taman tema yang boleh
dimain. Selain itu ada juga tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di situ
seperti Trick Art Museum, Madamme Tussaud, Snow Walk dan banyak lagi.
Sekarang Best Western sedang buat promosi kaw-kaw. Book deluxe room untuk dua malam boleh dapat tiga malam tau. Siap dapat free breakfast lagi.
Memang berbaloilah dan sangat menyeronokkanlah staycation di Best Western I-City nie. Lagi bertambah best, nak order makan boleh melalui QR Code sahaja. Sangat mesra pelanggan kan. Jadi dah baca pengalaman saya ni, rasai sendirilah pengalaman bercuti di Best Western I-City. Saya berani jamin, akan jadi percutian yang manis dan tidak akan dilupakan seperti saya juga.
Nak tahu lebih mengenai Best Western I-City, boleh layari di
Facebook : Best Western I City
Instagram : BwICity
Best Western i-City Shah Alam
Address: A-GF-01, No. 6 Persiaran Multimedia, Section 7, Shah Alam, 40000, Malaysia
Phone:+603 5521 9000 | Fax:+603 5521 2028
Email: enquiry@bestwestern-icity.myenquiry@bestwestern-icity.my
Tiba-tiba terasa nak bermalam di hotel tetapi pada yang sama taknak travel jauh dari rumah. Bak kata orang putih omputih, staycation. ...
TG R&D Centre Hari Raya Open House At TG Tower
Jamuan raya
TG R&D Centre tahun ini adalah jamuan raya TG yang pertama yang saya join.
Tak pernah lagi join jamuan raya yang hampir big scale macamni. Selalunya small
scale jea.
Agak meriah
sambutan dari kalangan staff untuk jamuan ini. Hampir 50% staff tukar baju raya
especially male staffs. Boleh tahan gak depa ni melaram.
Menu yang
dijamukan untuk staff boleh tahan jugak banyak pilihannya. Ada nasi beriani,
nasi putih, udang masak butter, ayam masak merah, dalca, acar, papedom,
buah-buahan, rending ayam, ketupat palas, the Tarik.
Western pun
ada iaitu spagethi oglio seafood uolss. Satay ayam dan daging pun tak
ketinggalan..Lepas tu variety of kuih-muih macam brownies, acar lauk, koci dan
cream puff. Walaupun ada limit amount nak ambil setiap makanan, tapi still
kenyang kot lepas dah makan semua. Sebab ambik semua jenis kan. Just limitkan
amount jea. Macam setiap dessert ambil 1pcs each. Kalau sate 5 cucuk/seorang.
Bagus
jugaklah PIC set kan rules macamni.
Dapatkan elakkan pembaziran. Even kebanyakkan tempat buffet ramdhan pun ada
buat reminder lebih kurang macamni. Alah yang mengatakan setiap makanan yang
tak habis akan dikenakan cas tu.
Time tengah
makan, MC announce pemenang cabutan bertuah dan best dress untuk seorang
perempuan dan lelaki. Saya ada menang lucky draw. Ada menang pulak kali ni.
Dapatlah voucher KFC.
Dah selesai
majlis, bergambar-gambar dengan former team. Ikut pemerhatian saya, male staff
yang lagi ramai bergambar. Ber OTTD bagai. Kalah female staff. Ahaks.
Habis
bergambar, kena sambung kerja balik. Sedap jugak semua juadah raya jamuan ni.
Paling penting agak happening.
Jamuan raya TG R&D Centre tahun ini adalah jamuan raya TG yang pertama yang saya join. Tak pernah lagi join jamuan raya yang hampir big ...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)