Home
All post
Buka Puasa Dalam Taman Di Goat2Go Farm Teknocafe, MAEPS Serdang Bersama-Sama Keluarga Che Minah
Best sangat tempat
iftar CMC tahun ini iaitu di Goat 2 Go Farm, MAEPS Serdang. Sebabnya tempatnya
adalah berkonsepkan taman haiwan. Boleh lihat tempat buffet Ramadhan nya dikelilingi
taman dan ladang.
Mini Zoo juga ada yang
boleh lihat haiwan-haiwan terutamanya haiwan ternakan. Memang
sangat menarik untuk dijadikan tempat gathering especially melibatkan keluarga
yang ada kids.
Tapi saya tak sempat
nak bawa budak-budak ke mini zoo. Tak adalah sampai tempat tu lambat pun. Sebabnya
sibuk nak ambil makanan buffet Ramadhan sebelum masuk waktu. Nafsu sangat kan. Kuikuikui.
Mana tak sabar-sabar
nak ambil makanan. Makanan buffet Ramadhan semuanya nampak menyelerakan. Banyak
jenis pulak ada. Hampir semua konsep ada seperti western, tempatan, middle
east, dessert, kuih tempatan, ABC, cendol. Eh semualah ada.
Yang paling menarik
perhatian saya of course kambinglah. Sampai-sampai tempat berbuka, stall
kambinglah paling panjang beraturnya. Sudah semestinya lah kan. Ada info
mengatakan kambing yang dihidangkan adalah yang baru disembelih pada hari yang
sama jugak. Memang makan daging segar bugar dari ladanglah. (ok bugar tu saja tambah yea..)
Actually takyah nak
beratur ambil awal kambing ni bagai pun tak apa. Kambing ni adalah free flow sehingga
pukul 9. Maknanya tak akan habis hingga pukul 9pm. Tapi still sabar-sabar nak
ambil sebab macam saya cakap tadilah..nafsu kan. Actually makanan-makanan buffet lain pun sentiasa ditambahlah.
ABC dan cendol
pun saya suka jugak. Rasa ABC nya memang terbaik. Makanan western seperti
variety of pasta, mushroom soup & garlic bread pun sedap. Zafran makan
banyak pasta. Brownies pun dia suka.
Terbaiklah tempat
berbuka di Goat 2 Farm, MAEPS Serdang. Boleh repeat lagi.
Best sangat tempat iftar CMC tahun ini iaitu di Goat 2 Go Farm, MAEPS Serdang. Sebabnya tempatnya adalah berkonsepkan taman haiwan. Boleh l...
Iftar & May Birthday Babies Celebration At Parents Home
Pada tarikh 15 May
2019, genap setahun dahlah umur Dak Alyaa Zafirah. TBH, rasa sangat cepat masa
berlalu. Huhu.
Since Dak Zafirah
lahir pada bulan yang sama dengan birthday Grandma and Tokli, so celebrate
triple birthday. Sekali buat dengan buka puasa. Ketiga-ketiga tahun ini punya birthday
jatuh pada bulan Ramadhan.
Dah nak celebrate
triple birthday sekali dengan iftar, maka wajiblah semua godiks balik PJ. Tapi pada
masa yang sama masih memikirkan yang kena travel jauh. Macam Farid and Family
dari Johor. Mus pulak dari Perlis. Saya pulak dari Sungai Buloh. Eh nak
jugak..padahal sungai buloh belakang rumah mak jea.. Sibuk jea kan. Ahaks. So,
Iftar cum birthday celebration pada weekend yang ada cuti straight hingga
isnin.
Menu berbuka mostly
homemade. Antaranya adalah nasi tomato, ayam masak merah, jelatah dan kari
kambing. Hazie ada buat homemade cheezy roti john yang kebaboom rasanya. Didi
pulak buat air apple asam boi. The rest iaitu murtabak, popia basah, tepung
pelita dan air tebu beli di bazaar. Birthday cake beli di Baskin Robbin.
Betul-betul dah masuk
waktu berbuka, makan kurma dahulu. Lepas terus potong cake. Settle birthday
celebration sambung makan.
To May Babies, Happy
Birthday to all of you. Semoga menjadi insan yang Berjaya di dunia dan akhirat.
Pada tarikh 15 May 2019, genap setahun dahlah umur Dak Alyaa Zafirah. TBH, rasa sangat cepat masa berlalu. Huhu. Since Dak Zafirah...
Jelajah & Solat Di Masjid Selat Melaka │ Penutup Geng Legend Family Day
Masjid
Selat Melaka dipilih sebagai destinasi terakhir Geng Legend Family Day. Sangat
right timing sebab pergi ke Masjid Selat Melaka time dah maghrib.
Kami dah
terlewat sedikit sampai sebab Masjid Selat Melaka sangat cantik bergambar pada
waktu Senja/sunset. Lokasinya yang terapung di tepi Selat Melaka menjadikan
panorama masjid sangat indah. Ditambah lagi dengan dilimpahi dengan cahaya
matahari jingga dan pancaran neon-neon hiasan warna-warni di sekeliling masjid.
Sebab tu ramai tourist termasuklah non-muslim kunjungi ke Masjid ni.
Geng Legend
terus solat di Masjid. Yang ada baby macam saya dan Yanie tak lepaskan peluang
untuk mandikan baby.
Selesai
semua urusan, pengerusi Family Day iaitu Ifzuan memberi ucapan ringkas sebagai
penutup Event Family Day ini. Family Day memang menyeronokkan sebab sangat
padat dengan aktiviti yang best dan paling penting lawak sampai gelak tak kering gusi.
Aktiviti mana yang lebih gelak tak kering gusi tue. Acara gorilla tuela. Kuikuikui.
Family Day
Entries
Masjid Selat Melaka dipilih sebagai destinasi terakhir Geng Legend Family Day. Sangat right timing sebab pergi ke Masjid Selat Melaka time d...
Geng Legend last makan-makan Di Asam Pedas Lagenda
Kata Geng
Legend dah sampai Melaka, memang wajib makan Asam Pedas. Kalau tak, tak boleh
balik KL. Tak pun derhaka. Ok. Tak tak. Saya reka jea ni. Haha.
Minta
bantuan Google lagi. Asam pedas terbaik kata Google adalah Resturant Asam Pedas
Lagenda. Memang terbaik. Sebab macam-macam jenis Lauk Asam Pedas. Nak yang high
end (macam lauk jenahak, etc). So-so end (macam pari,etc). Semuanya ada. Low
end tak ada kot.
Ok, ada
banyak jenis asam pedas yea. Last-last saya pilih nasi goreng cina. Ceh tu kat
saujana pun boleh makan. Terpaksalah pilih ada anak yang sorang picky eater,
yang sorang lagi baru introduce solid food yang dah nak masuk setahun. Kenalah
pilih menu yang anak-anak boleh makan sekali.
Kalau nak order lain untuk
diaorang, takut tak habis nanti. Membazir pulak.Asam pedas
tu boleh jea rasa Kimchi punya. Dia order pari asam pedas. Dapat pulak satu
claypot. Menang boleh kongsilah asam pedas ni dengan Kimchi.
Rasanya
perghhh terbaik kuahnya. Sangat pekat and cukup rasa. Inilah asam pedas yang ori. Yang tak ori ni yang
cair-cair gituh. Tapi ikan parinya, texture nya(terture yea) macam liat
sedikit.
Jadi nak
makan asam pedas Melaka yang bukan derhaka punya asam pedas, takyah susah-susah
nak cari lain. Pergi jea Asam Pedas Lagenda. Confirm puas hati makan asam pedas
di Restoran Asam Pedas Lagenda ni.
Continue
reading to Jelajah & Solat Di Masjid Selat Melaka │ Penutup Geng LegendFamily Day
Kata Geng Legend dah sampai Melaka, memang wajib makan Asam Pedas. Kalau tak, tak boleh balik KL. Tak pun derhaka. Ok. Tak tak. Saya reka je...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)