Lately ni, suka pulak mencari tempat-tempat bersejarah. Tanda usia dah makin bertambah ke. Eh tak adalah. Apalah. Asal suka tempat bersejarah, tanda dah nak jadi makchik-makchik pulak.
Saja nak tahu macam mana negara kita mula-mula membentuk dan berkembang. Melalui sejarahlah kan boleh tahu. Hari Merdeka pun baru beberapa hari sahaja berlalu. Lagilah bertambah-tambah nak tahu sejarah negara sebab semangat patriotic masih menebal lagi ni. Ahaks.
Tempat-tempat bersejarah yang saya pernah pergi, ada yang hampir tidak ada peninggalan. Mungkin musnah disebabkan aktiviti manusia. Takpun sebab sudah ditelan zaman.
Macam Stesen Kereta Api Pertama Tanah Melayu laluan antara Taiping dan Port Weld. Dapat tahu di pokchik google, hanya tinggal papan tanda sahaja.
Walaupun tahu hanya tinggal papan tanda, tidak membantutkan semangat saya untuk mencarinya. Tak pernah sampai lagi kan. Lagi-lagi tempat dekat dengan Taiping. Lagila saya beria-ria mengajak Kimchi.
Actually walaupun Kimchi orang taiping, dia pun tak pernah sampai tempat peninggalan sejarah tu. Apalah orang tepeng ni. Ala saya pun sama jugak. Nama jea duk PJ. Tapi naik Menara KL pun tak pernah. Lagi lawak kan. kuikuikui.
Papan tanda tu dekat sahaja dengan Mee Udang Kuala Sepetang. So, sebelum menjejaki Peninggalan Stesen Kereta Api Pertama Tanah Melayu laluan antara Taiping dan Port Weld, pekenaq mee udang mak jah dahulu.
Makan Mee Udang Mak Jah
Macam biasa tak pernah tak ramai mee udang mak jah ni. Muka tu jadi macam tuelah bila bergambar time mulut penuh dengan makanan. Lantak lah aiiiii..
Dak Zafirah layan jea mamanya nak cari Peninggalan Stesen Kereta Api Pertama Tanah Melayu laluan antara Taiping dan Port Weld
Habis sahaja makan, terus pergi kuala sepetang town. Nak cari, better tanya direction kat penduduk di situ especially kat tauke-tauke kedai. Sebab nak cari sendiri, tak ada dalam waze mahupun papan tanda.
Lepas dah tanya penduduk di situ, baru jumpa. Peninggalan sejarah ni, betul-betul di hadapan kedai.
Landasan ini telah dibina oleh Residen British di Perak, Sir Hugh Low pada 1 Jun 1885. Tujuan dibina of courselah untuk mengangkut bahan-bahan mentah iaitu bijih timah. Habis dikutip , terus tak aktif landasan kereta api ni & terus di tutup. Sampai landasan pun diangkut. Tu sekarang tinggal papan tanda sahaja.
Kalau dibangunkan tempat peninggalan sejarah ni, contoh macam landasan masih ada lagi, lepas tu cantikkan lagi tempatnya, mesti pekan kuala sepetang dipenuhi dengan pelancong. Yeala stesen ni stesen kereta api pertama di tanah melayu kot. Confirm akan jadi salah satu tempat tarikan pelancong kalau ada peninggalan yang lain-lain. Sekarang cuma pekan koboi ajelah Kuala Sepetang ni.
Tapi sekarang nampak kuala sepetang macam aggressively nak naik. Sebab nampak ada iklan pakej perlancongan di sungai Sepetang iaitu naik cruise di sungai kuala sepetang, eagle feeding & etc. Sebab dah ada jeti baru kan. Haa, town ni dah ada jeti baru yang selesa & besar.
One day, kalau tengok perkembangan aktiviti perlancongannya sekarang, pekan kuala sepetang bakal popular dengan pelancong. Bukan dalam masa terdekat, tapi akan tiba waktu kegemilangannya.
Lately ni, suka pulak mencari tempat-tempat bersejarah. Tanda usia dah makin bertambah ke. Eh tak adalah. Apalah. Asal suka tempat bers...