Home
All post
Menang LIFE IS BEAUTIFUL 9TH YEARS GIVEAWAY!
Alhamdulillah..Saya terpilih sebagai salah seorang pemenang LIFE IS BEAUTIFUL 9TH YEARS GIVEAWAY!. Hadiah yang saya menangi adalah handmade elephant fridge magnet dari Thailand. Giveaway ini dianjurkan oleh blogger Mummy Ayu.
To blogger Mummy Ayu for this cute fridge magnet. Suka sangat-sangat. Semoga blogger Mummy Ayu sentiasa dimurahkan dengan rezeki blogging.
To blogger Mummy Ayu for this cute fridge magnet. Suka sangat-sangat. Semoga blogger Mummy Ayu sentiasa dimurahkan dengan rezeki blogging.
Alhamdulillah..Saya terpilih sebagai salah seorang pemenang LIFE IS BEAUTIFUL 9TH YEARS GIVEAWAY! . Hadiah yang saya menangi adalah handmad...
Musim Buah Mengganas di Kampung Uwan, Kampung Jempol Negeri Sembilan
Bila dapat tahu musim buah sedang berlangsung di kampung uwan, memang tidak lepaskan peluanglah untuk menikmati musim tersebut. Lagi-lagi buah yang sangat sekarang sukar dicari dan didapati iaitu MANGGIS, pokok-pokoknya tengah berbuah lebat. Apalagi sampai sahaja cuti hujung minggu, terus balik kampung.
Tapi nak kutip buah manggis agak mencabar sedikit. Daun-daunya agak lebar & lebat. Kena cari betul-betul baru jumpa. Lepastu yang tempat yang tak boleh dicapai dari tanah, kena panjat pokok. Mus lah yang diberi tugasan tersebut iaitu panjat pokok untuk memetik di pokok yang tinggi.
Mus tengah memanjat pokok manggis
Hasilnya dapat bebekas-bekas buah rambutan dan juga manggis. Dapat makan sehingga puas hati. Kalau beli buah manggis, paling murah RM4/kg. 1kg dapatlah 14 biji. Ini harga pak uda jual. Kalau orang lain jual, lagi mahal kot. Tapi dengar-dengar kat Taiping boleh dapat RM2/kg. Itu di Taiping lah.
fresh from pokok
Lama menunggu pokok manggis berbuah lebat. Last sekali berbuah macam ni dua tahun lepas. Tahun ini tahun ini dapat makan sampai buntat.
Hasil petik di kebun
Anak cucu dapat menikmati buah-buahan yang segar dan banyak macam ni adalah kerana jasa arwah atuk. Al fatihah to Atuk Mohd Noor.
Bila dapat tahu musim buah sedang berlangsung di kampung uwan, memang tidak lepaskan peluanglah untuk menikmati musim tersebut. Lagi-lag...
Seminar Di Le Meridien Putrajaya Punca Harapan Untuk Turun Berat Badan 8KG Musnah
Memang musnahlah harapan untuk diet bila dapat makan sedap-sedap di seminar anjuran Agilent ni. Lagi mustahil berat badan nak turun bila makan sampai tiga kali dan makanan yang dihidangkan ada pelbagai jenis. Senang cakap ada buffetla.
Morning break
Sampai-sampai nak mendaftar pada pukul 9am, peserta seminar
diberi breakfast iaitu ada kuew tiaw goreng and kuih-muih. Tapi saya tak sempat
nak makan sebab makanan dah nak habis. Lagipun pukul 9am tu seminar sudah nak
bermula.
Ingatkan next makan masa lunch nanti. Rupa-rupanya ada
morning break. Morning break bukan makan yang ringan-ringan ja. Ada Nasi
goreng, pastry, buah-buahan, sandwich dan satu lagi macam rasa fishball gitu.
Dapat pulak sit yang best iaitu di tepi kolam. Rasa syok je . Haaa.Bilik
seminar kali ni betul-betul bersebelahan dengan swimming pool.
Bilik seminar bersebelahan dengan swimming pool
Lepastu seminar sambung balik hinggalah pukul 12pm.
Organizer beritahu semua peserta boleh menikmati di lunch buffet Le Meridien
punya dining restaurant iaitu di Latest Recipe. Buffet di Latest Recipe. Dah pernah
makan sekali buffet pada tahun lepas. Semasa attend agilent seminar jugak.
Boleh baca dengan klik SINI.
Disebabkan saya ni crazy sangat dengan dessert, maka gambar yang diambil banyak pada dessert.
Buffetnya my gawdd.sama macam tahun lepas.memang akan
rambang mata. Tak tahu nak makan satu dulu. Latest Recipe Restaurant ni ada
lima bahagian iaitu ada Malay, Chinese, Indian, Japanese and Western. Setiap
bahagian menghidangkan lebih lima jenis makanan. Itu belum campur lagi bahagian
air, dessert, seafood, sup, buah-buahan, abc, chocolate fountain, salads dan
banyak lagi.
Noodle section
Indian cuisine section
Itulah penyebab lambat lagi berat badan 8kg nak boleh turun.
Tak berhenti makan weii. Banyak kali round ambil makanan. Itupun nasib baiklah tak
ada tea break sebab seminar habis pukul 3pm. Kalau tidak, hmmm tak taulah nak
cakap apa. Ahaks.
Ada seminar yang saya pergi, dapat jumpa dengan member lama.especially satu course zaman UKM dulu.
Tak apa, tak payah rasa menyesal sebab makan banyak. Benda
dah lepas tak usah dikenang. Lagipun bukannya selalu pun Agilent organize
seminar di Le Meridien Putrajaya.
Orang kata tips nak nampak kurus dalam gambar, ambil gambar sampai separuh badan. Tak apalah tak nampak kurus pun. Dah memang lebar. Nak buat acano. Naik 8kg kot. Diet diet nanti effect ke BF pulak. tak maulah perkara tersebut terjadi.
Buffet di Latest Recipe Restaurant sememangnya adalah buffet
terbaik yang saya pernah pergi so far. Tak pernah mengecewakan dari segi
kepelbagaian jenis makanan dan juga rasa. Tak menyesal makan buffet ni walaupun memberi kesan jangka masa panjang terhadap diet saya. huhuhu.
Memang musnahlah harapan untuk diet bila dapat makan sedap-sedap di seminar anjuran Agilent ni. Lagi mustahil berat badan nak turun bi...
Shapee Disposable Nursing Pad │ Mampu Memberi Keselesaan Maksima Kepada Ibu Menyusu
Penyusuaan susu ibu adalah salah satu momen yang terindah antara ibu dan anak kecil. Ini kerana proses ini mampu menggalakkan hubungan ibu-anak melalui sentuhan. Segala penat hilang dan dilupakan apabila melihat wajah si kecil sedang menyusu di badan kita.
Tetapi momen yang tidak indahnya buat ibu-ibu menyusu ini
salah satunya adalah payudara bengkak dan mengakibatkan susu merembes keluar. Apabila baju
dalam sudah basah, baju di luar pun akan ada tompokan. Amat memalukan apabila orang
luar boleh nampak kesan tompokan ni.
Masalah tompokan masih boleh lagi cover dengan tudung or
etc. Kalau bau, bagaimana pula? Susu badan ini bila dah ‘react’ dengan
material baju, memang akan mengeluarkan bau-bau yang tidak menyenangkan yang
agak kuat. Kalau setakat diri sendiri kena hadap bau tu, tak apa lagi. Ni orang-orang
sekeliling pun akan bau jugak.
Tapi ibu-ibu jangan sampai berhenti menyusu hanya kerana taknak berlaku perkara-perkara tersebut terjadi. Masalah-masalah tersebut ada jalan
penyelesaian iaitu dengan memakai Shapee Disposable Nursing Pad.
Shapee Disposable Nursing Pad mampu menyerap susu yang
merembes keluar apabila berlakunya bengkak susu. Masalah tompokan pada baju, bau
tidak menyenangkan dan sebagainya dapat diatasi dengan memakai nursing pad buatan daripada Korea ini.
Shapee Disposable Nursing Pad mampu memberi keselasaan kerana mempunyai ciri-ciri dan spesifikasi seperti di bawah:
1. Ultra-Thin Design - ketebalan hanya 1mm thickness untuk memberi
lebih keselesaan kepada ibu menyusu.
2. Dri-Comfy Technology –mampu kekal kering untuk tempoh
yang lama
3. Ultra-Water Absorber – boleh menyerap susu ibu sehingga
55ml.
4. 3D shaped design – dapat mengekalkan
kedudukan yang terletak dan bentuk asal walaupun dalam keadaan basah.
5. Leak Proof Coverage –tidak mudah bocor walaupun untuk tempoh yang lama.
6. Double Anti-Slip Adhesive Strips – slip tidak mudah gerak atau beralih tempat walaupun ada banyak pergerakkan.
Memang banyak kelebihan Shapee Disposable Nursing Pad sampai ibu-ibu yang menyusu boleh pergi ke mana-mana dan memakai apa-apa jenis pakaian dengan fikiran yang tenang dan tidak serabut.
Harga hanya RM18.90 untuk 30 keping (Harga Pengenalan: RM13.90). Kalau
nak tahu, ada diskaun 10% untuk setiap pembelian produk Shapee Disposable Nursing Pad. Guna code 10dnpblogger17 untuk menikmati diskaun ini.
Cepat-cepatlah dapatkan Shapee Disposable Nursing Pad untuk untuk menikmati diskaun sebelum terlambat dan paling penting memberi keselesaan kepada diri ibu menyusu.
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut (seperti maklumat
syarikat, lain-lain testimoni, cara tempahan & etc), boleh layari atau
hubungi di:
Website: https://www.theshapee.com/
Facebook: https://www.facebook.com/shapeeMY/
Instagram: https://www.instagram.com/shapeemy/
Penyusuaan susu ibu adalah salah satu momen yang terindah antara ibu dan anak kecil. Ini kerana proses ini mampu menggalakkan hubungan ...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)