Dak Alyaa Zafirah lahir pada 15 Mei 2018. Ramadhan start pada 17 Mei. Raya pertama baru hari berpantang yang ke 32. Maknanya, raya tahun ini terpaksalah sambut dalam keadaan masih berpantang.
Mama & baby masih dalam fasa berpantang ni
Kalau dah nama berpantang, almost kesemua juadah raya saya boleh tengok dan bau sahajalah. Sadis kan. Nak buat macam mana. Siapa suruh tak pandai timing kan. Timing apa. Faham-faham sendiri sahajalah. Ahaks.
Tapi boleh lagi bagi duit raya kat sepupu-sepupu yang kecil hinggalah masih belajar
Ala, bukan big deal pun bersalin semasa betul-betul dah nak masuk Ramadhan. Setakat tak dapat merasa juadah raya pada awal Syawal sahaja. Lepastu hari yang ke 13 Syawal, dah dapat dah makan. Of course kena berpada-padalah. Takut ada makanan yang memberi kesan kepada baby. BF kan.
Bersalam-salaman dengan uwan
Mak dan uwan
Big deal pun setakat kena ganti balik puasa 1 bulan. Agak sukar nak kena puasa semasa orang lain tak puasa. Kena ganti satu bulan pulak tu.
Dak Zafirah pun nak kutip duet raya
Actually ini bukan pengalaman baru bagi saya iaitu raya dalam pantang ni. Masa Zafran dulu pun jadi perkara yang sama jugak. Zafran lahir seminggu sebelum bulan puasa. Habis jea ganti puasa satu bulan. Tapi ambil masa 2 tahun jugaklah dan kena bayar fidyah sekali. Kuikuikui.
Fikir yang baik-baik sahajalah. Bila pantang time Syawal dapatlah kawal pemakanan. Dapatlah turunkan berat badan. Orang lain naik berat badan semasa Raya, kita pulak turun (turun ke). Betul tak. Hehe.
bergambar dengan generasi paling tua dan paling muda
Apapun, Syawal tahun ini sangat bermakna buat saya sekeluarga kerana adalah tahun pertama raya berempat. Raya tahun ini beraya di Negeri Sembilan kerana turn beraya di kampung saya. Next ada ke tak raya berlima. Kita tungguuuu....hehe...
Enon familia
freestyle
Walaupun Syawal tinggal 2 hari sahaja, tapi still nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Hope belum terlambat lagilah yea. Fuhh sempat jugak up entri raya sebelum syawal berakhir. hehe.
Dak Alyaa Zafirah lahir pada 15 Mei 2018. Ramadhan start pada 17 Mei. Raya pertama baru hari berpantang yang ke 32. Maknanya, raya tahun ini...