Ini adalah kali kedua berkelah bersama-sama dengan kawan-kawan JKDM Kimchi di UK Resort. First time adalah pada tahun 2016. Boleh baca entri 2016 ini dengan klik
SINI.
UK Resort ni memang tempat favourite member Kimchi berkelah dan mengadakan family day. Sebabnya macam-macam aktiviti-aktiviti boleh dilakukan di situ. Aktiviti yang boleh dilakukan pula sangat sesuai untuk sesi keluarga seperti mandi sungai, BBQ, memancing, sukan air dan sebagainya.
BBQ
Disebabkan nak dapat buat banyak aktiviti di UK Resort, semuanya sepakat untuk tidur satu malam di UK Resort. Sampaikan aktiviti sukaneka pun sempat buat bila ada bermalam di situ. Yang pada tahun 2016 dulu, tak bermalam. Tu yang just sempat buat aktiviti mandi sungai & BBQ sahaja.
sapa yang preggy ni..kuikuikui
Member-member Kimchi memang planning baik punya supaya masa di UK Resort diisi dengan sebaik-baiknya. Preparation untuk makan, susun atur aktiviti sukaneka, hadiah sukaneka, alatan karoake, semuanyalah dah diatur dengan baik. Memang aktiviti di UK Resort berjalan dengan lancarlah.
Hadiah cabutan bertuah & sukaneka
Sampai-sampai sahaja UK Resort pada petang, semuanya tengah prepare untuk dinner. Menu dinner adalah ayam BBQ, sosej, potato salad, otak-otak. Yang ini prepare di situ. Yang macam tauhu begedil, brownies dan sebagainya, bawa yang dah siap.
Juadah makan malam
Pada malamnya, acara dimulakan dengan cabutan bertuah. Lepas tu makan. Sambil-sambil makan, ada buat game. First game kena susun-susun cawan, lepas tu re susun. Sampai lambat kena kcik. Gitulah cara main game ni. Nama game ni, dok den tahu (campuran bahasa nogori kelate pulak dah)
Hadiah cabutan bertuah papa Zafran diterima oleh Dak Zafran
Next game, lawan game bola PS4(kot). Ni geng lelaki ajelah main. At the same time juga, ada game memancing. Geng lelaki sahaja jugaklah yang join. Dua orang yang terpantas dapat ikan akan menang game ni.
Dak dak lelaki tengah buat preparation untuk game mancing
Memancing ni, masing-masing tinggal jea umpan diaorang di sungai. Tak adanya menunggu. Sambil tunggu dapat ikan, sambil tu diaorang duk battle game bola PS4. Perlawanan ni berlarutan hingga pukul 2 pagi.
Sesi karoake
Saya pukul 12pm pancit dah. Terus tidur. Dak Zafran duk teman papanya. Nak give support kat papanya kot. Papanya dapatlah second place.
Esoknya, sebelum main game, breakfast pelbagai jenis sandwish. Disediakan oleh Tola & Nita. Dah isi perut, baru main game. Ada game campak belon & stay fokus game. Semua game saya tak main. Tak larat weyhhh. Kimchi ajelah main. Kimchi ada menang kedua-dua game.
Game campak belon air
Habis sahaja sukaneka, semua mandi sungai. Saya again tak join mandi sungai. Takut lak aiii terberanak dalam sungai.kuikuikui. Nasib baiklah member Kimchi sudi jagakan Zafran masa mandi di sungai.
Main polo air tu
Mira & Nita tolong jagakan Zafran. Thanks korang berdua
Mandi di sungai, depa boleh lagi buat game. Tapi game yang tak ada hadiah dahlah. Game yang diaorang main di sungai adalah polo air. Tengok ajelaah depa ni lawan polo air.
mampu tengok jea yang lain mandi sungai
Dah tengahhari, ready untuk check up. Sebelum check up, makan nasi & ikan masak asam pedas yang disediakan oleh keluarga Cik Din(member Kimchi). Asam pedasnya memang pekat kuatnya. Terbaik rasanya dan sangat pedas.
Di hadapan homestay
Memang seronok melakukan aktiviti perkelahan di UK Resort. Bertambah-tambah seronok, susun atur aktiviti telah dirancang dengan baik. Dak Zafran pun sangat having fun. Langsung takdok meragam.
Dak Zafran seronok sangat bercuti di UK Resort
Sememangnya takkan bosan ber family day dan bercuti di UK Resort. Ada buat aktiviti berkelah macamni lagi, confirm akan join. InsyaAllah kalau tak ada aral melintang.
Ini adalah kali kedua berkelah bersama-sama dengan kawan-kawan JKDM Kimchi di UK Resort. First time adalah pada tahun 2016. Boleh baca entr...