Makan Ais Kepal Milo Di Twin Char Kuew Teow Utara Famous, Ipoh Perak
Ais Kepal Milo adalah salah satu makanan(tak tahulah dikategorikan sebagai hipster ke dok) yang viral pada tahun ini. Dah nama viral wajiblah kena rasa, sekurang-kurangnya
sekali. Tapi saya agak lambat jugak dapat jumpa ais kepal milo. Sebab saya ni
bukanlah jenis viral jea, terus cari. Bila kebetulan ada
jual di depan mata, barulah beli.
Macam ais kepal
milo ni. Jumpa ada gerai jual ais kepal milo masa nak cari makan petang di Ipoh. Pergi Ipoh pun sebab nak tengok rumah
baru Mel & Kak Kirah.
Jumpa ada jual ais kepal milo di kedai Twin Char Kuew Teow Utara
Famous. Masa mula-mula sampai, belum ramai order lagi ais kepal milo. Apalagi cepat-cepat lah order sebelum ramai
serbu. Memang ais kepal milo tengah hot sekarang ni. Lepas sahaja saya dapat saya punya, dah ramai kerumun gerai ais kepal milo ni.
Rasa ais kepal milo sebijik macam ais krim Malaysia
perisa milo. Rasanya & feeling makan ais kepal ni, samalah macam makan
aiskrim Malaysia milo. Tak ada beza. Sedaplah juga ais kepal milo yang order di
situ. Cukup rasa, cukup manis & cukup pekat. Sangat kawwww. Tak boleh amalkan selalu ais kepal milo. Sebabnya manisya boleh potong kaki punya manis.
Banyaknya nak makan..
Selain order ais kepal milo, ada order jugak char kuew tiau. Dah nama makan di kedai Char keuw tiau kan. And then, beli Nutella pancake & ABC yang ada dijual berdekatan dengan kedai kitaorang makan ni. Senang cakap banyak gerai-gerai yang menjual pelbagi jenis makanan dibuka berdekatan dengan kedai ni.
Char Kuew Tiaunya sangat sedap tapi rasa pedas. ABC pun sedap. Semuanya sedaplah termasuklah ais kepal milo. Kalau ada pergi Ipoh lagi, bolehlah repeat makan di Twin Char Kuew Teow Utara Famous.
Kuew Teow Goreng
ABC
Char Kuew Teow
Char Kuew Tiaunya sangat sedap tapi rasa pedas. ABC pun sedap. Semuanya sedaplah termasuklah ais kepal milo. Kalau ada pergi Ipoh lagi, bolehlah repeat makan di Twin Char Kuew Teow Utara Famous.
Bila makan, dah tak pandang kanan kiri dah..
Ais Kepal Milo adalah salah satu makanan(tak tahulah dikategorikan sebagai hipster ke dok) yang viral pada tahun ini. Dah nama viral wajibla...