Auntie Bongsu Induk Kita Dah Ke Jinjang Pelamin: Part 1
At last & at last induk kita mengakhiri zaman bujangnya dengan lelaki pilihan induk. Syukur Alhamdulillah. Induk adalah panggilan untuk mak sedara aka adik bongsu mak. So, dengan kahwinnya induk kita ni, dengan rasminya keluarga Inun melabuhkan tirai….tirai apa pulak ni...tirai status sololah. Yeala, habis dah semua anak-anak inun berkahwin. Yang solo tinggal cucu-cucu inun sahajalah. Cucu-cucu inun pun dah start seorang demi seorang tinggalkan zaman solo.
Akad nikah. Tapi saya, kimchi & Zafran tak join
Upacara batal air sembahyang. Tak boleh buat selepas akad nikad di masjid sebelum tu Tok kadi tak benarkan.
Pengantin bergambar dengan anak-anak dara.. Eh mak dara (saya ler) n nenek dara(my mak ler) pun ada jugak..eh sorang lagi isteri dara iaitu Hazie..ahaks
Disebabkan induk adalah direct Zainun's clan yang terakhir mengakhiri zaman solo, uwan nak mengadakan majlis walimatulurus yang meriah untuk induk. Lepas ini, dah tak ada dah buat majlis perkahwinan di rumah uwan lagi. Semuanya dah berkahwin kan. Kalau ada pun itu just kes terpencil. Kita fikir yang baik-baik sahaja. Doa yang baik-baik.
So, macam-macam uwan plan nak buat. Kakak kakak & abang-abang induk (merangkap pak mak sedara saya) pun excited nak contribute untuk majlis resepsi induk baik dari segi tenaga mahupun dari segi wang.
Continue reading to next part by clicking Auntie Bongsu Induk Kita Dah Ke Jinjang Pelamin: Part 2
At last & at last induk kita mengakhiri zaman bujangnya dengan lelaki pilihan induk. Syukur Alhamdulillah. Induk adalah panggilan u...