Saya ni nak buat fancy pastry ni, malas sedikit. Fancy pastry ni yang melibatkan seni macam nak kena gulung ke, kelim ke, ukir-ukir ke, apa-apalah. Sebab tak ada darah seni kan. Buat nanti entah apa-apa hasilnya adalah.
Tapi weekend haritu terasa nak buat sardine roll. Sebabnya ada banyak sardine lebih. Pagi Sabtu buat sandwich sardine, guna sardine tin besar. Buat sardine sandwich konon-kononnya nak habiskan roti yang tinggal. Memang roti habis pun. Tapi sardine pulak yang banyak lebih. Guna tin besar kan.
Dah nama pun tak ada tangan seni. Tu bentuk tak sama. Tapi ni percubaan pertama buat sardine roll tau. Not bad lah kan.
Tu terfikir nak buat sardine roll. Try cari resipe ni internet. Terjumpa resipe di blog Cik Epal. Since inti sardine dah ada, saya terus scroll ke part kulit. Tengok bahan yang perlu digunakan tak banyak pun & memang ada kat dapur pulak tu. Bahan-bahanya adalah tepung, margerin, garam & air sejuk.
Saya apalagi terus buatlah sardine roll untuk habiskan inti sardine.
Bawah adalah resipe Sardine Roll yang saya ikut,
cara Cik Epal.
Cara masak inti sardine
1 tin sardin size kecil
2 ulas bawang putih (potong kecik-kecik)
1 labu bawang besar (hiris nipis)
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Sedikit garam
Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali
Tumis bawang merah dan putih sampai layu dan naik bau
Masuk cili kisar. Kacau kejap.
Pastu masuk kan sardin dan hancurkan itu sardin.
Masuk sos tiram dan sos cili. Garam sikit.
Tambah sikit air dan biar kuahnya agak kering.
Kacau bagi rata. Dah siap tutup api.
Bahan nak buat kulit
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
Sedikit garam
Air sejuk dari peti ais
Cara-cara
Gaul sikit garam dengan tepung gandum.
Pastu masuk marjerin 2 sudu besar.
Dan gaul rata dengan tangan sampai jadi macam serbuk roti.
Masukkan air sejuk daripada peti ais tu sikit-sikit. Uli sampai doh tak melekat dekat tangan, tapi jangan sampai doh terlalu lembik atau keras. Asal dia tak melekat dekat tangan tu dah alright dah.
Rehatkan kejap doh dalam 15 minit
Doh dah ready. Bulat-bulat kan dulu. Aku bulat kan adalah macam sebesar bola pingpong
Ambil satu doh dan buat muncung pada salah satu hujungnya. Bentuk akan jadi macam blender sponge tu.
Pastu penyek kan guna tapak tangan
Dan roll nipis guna roller
Letak inti sardine
Yang bahagian atas yang meruncing tu kelarkan guna pisau. (Nak lebih faham, boleh rujuk di blog cik epal dengan klik
SINI)
Mula-mula tutup bahagian sardin tu
Pastu picit-picit sikit keliling dia
Pastu gulung perlahan dan ketat
Last sekali tutup bahagian tepi dia. Picit sikit dengan tangan
Dah siap semua, boleh goreng
Sebelum goreng
Satu adunan, dapatlah 8 biji sardine roll. Nak buat satu adunan boleh tahan jugak lenguh tangan. Especially part nak rolling, picit bagai tu. Salutelah makchik-makchik yang buat banyak-banyak untuk jual kuih.
8 biji ni sekali hadap jea. Next time kalau nak buat kulit sardine roll, tak buat kot cara cik epal . Maybe guna cara lebih simple iaitu lipat biasa sahaja. Ada nampak resipe sardine roll di internet yang kulit cuma lipat sahaja. Lenguh tangan woo nak gulung, picit bagai ni. Huhu. Apapun, tetap puas hati makan air tangan sendiri.
Saya ni nak buat fancy pastry ni, malas sedikit. Fancy pastry ni yang melibatkan seni macam nak kena gulung ke, kelim ke, ukir-ukir ke, apa-...