Home
All post
Won Silicone Gel for Stretch Mark Worth RM317 From Stratamark Malaysia Giveaway Contest
Terpilih sebagai salah seorang pemenang
Dah terima parcel
Saya menang Silicone Gel for Stretch Mark ini daripada Stratamark Malaysia Giveaway Contest. Stratamark ni macam tahu-tahu jea saya memang sangat memerlukan gel penghilang kesan regangan sekarang.
Clinical proven Stretch Mark Gel ni
To Stratamark Malaysia, thanks for selected me as one of your contest winner. This gift is so useful to me.
Terpilih sebagai salah seorang pemenang Alhamdulillah.. Macam tak sangka jea saya menang Silicone Gel for Stretch Mark yang berharga...
Wajib Singgah Makan Keropok Lekor, Satar & Otak-Otak Bila Di Cherating, Pahang
Memang tak pernah miss singgah makan Keropok Lekor, Satar & Otak-Otak bila berada di Cherating, Pahang. Kalau tak singgah makan kudapan-kudapan ni, confirm akan menyesal di kemudian hari. Rasa menyesal sampai tidur pun tak lena, mandi tak basah & makan tak kenyang. Begitu sekalikan penangan kudapan ni. Kikiki.
Kudapan yang paling wajib dimakan adalah yang keropok lekor fresh yang baru lepas diuli, digoreng & dihidang panas-panas. Keropok yang digoreng oleh orang kedai ni, memang tak akan sama yang kita goreng. Keropok yang digoreng oleh depa sangat lembut di dalam & garing di luar.
Orang luar try lah goreng macam mana pun, guna minyak betul-betul panaslah, etc , tapi still tak sama. Tak dapat rasa sesedap makan di kedai ni. Padahal beli keropok lekor mentah dari kedai yang sama jugak tu. Apalah secret cara mengoreng diaorang ni.
Selain keropok lekor, wajib jugak makan otak-otak & satar. Isinya memang fresh & rasanya sangat sedap. Nak beli yang otak-otak & satar frozen, boleh juga dibeli di kedai ni. Keropok lekor mentah pun sama.
Saya tak ingat apa nama kedai yang saya makan ni. Betul-betul di sempadan Terengganu-Pahang ni memang ada berderetlah kedai-kedai keropok lekor ni. Pilih jea mana-mana kedai untuk singgah makan. Rasa & kesedapannya, semuanya sama.
Kalau ada pergi lagi Cherating ataupun Terengganu pun sama, memang akan singgah makan Keropok Lekor, Satar & Otak-Otak. Kalau tak singgah, mahu kerja menangis di bucu katil jea.kuikuikui.
Garing sangat sampai kulitnya merekah-rekah. Tapi isinya lembut giloss. Makan dengan dicicah homemade sos keropok lekor
Kudapan yang paling wajib dimakan adalah yang keropok lekor fresh yang baru lepas diuli, digoreng & dihidang panas-panas. Keropok yang digoreng oleh orang kedai ni, memang tak akan sama yang kita goreng. Keropok yang digoreng oleh depa sangat lembut di dalam & garing di luar.
Makan dulu
Selain keropok lekor, wajib jugak makan otak-otak & satar. Isinya memang fresh & rasanya sangat sedap. Nak beli yang otak-otak & satar frozen, boleh juga dibeli di kedai ni. Keropok lekor mentah pun sama.
Otak-otak
Satar. Dua-dua dalam plastik sebab beli di kedai lain. Kedai keropok lekor kitaorang makan ni tak jual satar & otak-otak
Saya tak ingat apa nama kedai yang saya makan ni. Betul-betul di sempadan Terengganu-Pahang ni memang ada berderetlah kedai-kedai keropok lekor ni. Pilih jea mana-mana kedai untuk singgah makan. Rasa & kesedapannya, semuanya sama.
Deretan kedai/warung keropok lekor di sempadan Terengganu-Cherating. Kenapa saya cakap di sempadan. Jalan ke depan sedikit dah nampak pintu gerbang nak masuk Terengganu.
Kalau ada pergi lagi Cherating ataupun Terengganu pun sama, memang akan singgah makan Keropok Lekor, Satar & Otak-Otak. Kalau tak singgah, mahu kerja menangis di bucu katil jea.kuikuikui.
Memang tak pernah miss singgah makan Keropok Lekor, Satar & Otak-Otak bila berada di Cherating, Pahang. Kalau tak singgah makan kudapan-...
Advanced Mak & Abah 32nd Wedding Anniversary Celebration At Restoran Bayu Malam, Bagan Lalang
Baru dapat kumpulkan semua godiks.
Anak-anak jantan mak abah sejenis susah nak mem free kan diri. Asyik busy memanjang. Sorang kerja di Labuan. Seorang lagi kena buat kerja Yang Berhormat di Unimap. Memang schedule diaorang selalu pack. Uisshh. Pok Jib pun tak busy laguni. Ahaks.
Disebabkan schedule depa selalu pack, terpaksalah celebrate ulang tahun perkahwinan mak & abah yang ke-32, seminggu lebih awal daripada tarikh wedding anniversary mak & abah. Time ini ajolah Farid & Musnye free. Venue yang dipilih untuk celebration tak lain tak bukan di restaurant ikan bakar di Bagan Lalang.
Abah google kedai lain & jumpalah Restoran Bayu Malam dalam carian. Baca review semuanya ok, terus book. Bertolak dari PJ pukul 4:40pm lagi. Nak sampai sebelum malam. Kata abah lagi, kalau malam lagi sesak sebab malam minggu & again baru dapat gaji. Dalam 2 jam jugaklah perjalanan ke Bagan Lalang ni. Tertidur saya dalam kereta. hehe.
Di restoran Bayu Malam
Sampai-sampai terus pilih seafood. Seafood yang dipilih ialah Jenahak, udang, sotong, pepahat, ketam & kerang. Tambah lagi telur dadar sebagai lauk sampingan. Sementara tunggu seafood dimasak, solat asar dahulu & lepak-lepas di tepi pantai..
Muka overexcited sangat dapat makan ketam.
Di Pantai Bagan Lalang
Rasa tenang jea melepak di pantai ni
Dah lepak sekejap di tepi pantai, seafood kitaorangh pilih semuanya dah sedia untuk dimakan. Bila tengok lauk-lauk yang dihidangkan, portion macam banyak pulak. Memang banyak pun. Tu yang habis sampai RM500++. Terkejut jugaklah time dapat bil. Tak pernah-pernah lagi makan ikan bakar sekeluarga sampai habis RM500. Selalunya dalam lingkungan RM200-RM300 jea.
Ready untuk makan
Jenahak bakar. Isinya sangat fresh
Sotong goreng tepung. Bila makan, rasanya agak liat.
Udang goreng tepung. Rasanya sedap.
Kerang rebus. Ada termakan beberapa ketui yang dah tak elok
Ketam masak cili. Ingatkan macam sambal tue, warna merah. Rupa-rupanya guna cili api. Macam masak ketam ni tak lama. Sebab apa saya cakap macam ni. Tengok bawangnya tak cukup layu.
Tak apalah celebrate anniversary kan. Semua lauk pun habis habis dimakan kecuali sotong. Lagipun, banyak seafood yang sebelum ni tak pernah pilih, kali ini ada macam ketam & kerang. Ikan jenahak pun besar. Betullah tue habis RM500.
Dah siap makan, solat maghrib dahulu. Lepas tu terus gerak balik rumah. To mak & abah, Happy wedding anniversary to both of you. May the freshness of your love, always remain.
Baru dapat kumpulkan semua godiks. Anak-anak jantan mak abah sejenis susah nak mem free kan diri. Asyik busy memanjang. Sorang kerja d...
Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang
Muzium Sungai Lembing terletak di atas bukit. Asalnya adalah tempat kediaman bagi pengurus-pengurus besar syarikat lombong bijih timah di Sungai Lembing
Masa
stay di Kuantan, Pahang selama 3 tahun dahulu, tak pernah pun sampai Sungai
Lembing. Ni dah stay di KL, barulah terfikir nak pergi Sungai Lembing. Itupun sebab
dari Cherating. On the way nak balik KL, singgah lah sekejap di Sungai Lembing
ni. Tapi dari Kuantan ke Sungai Lembing, boleh tahan jugak jauhnya. Adalah
dalam 45 minit nak boleh sampai.
Harga tiket RM2 sahaja
Family ayahchik pun peminat tempat-tempat bersejarah.
Sungai
Lembing ni memang pernah melalui zaman kegemilangan kerana statusnya yang
pernah menjadi kawasan perlombongan bawah tanah yang terbesar di dunia. Di dunia tau. Jangan main-main. Inilah menjadikan Sungai Lembing menjadi sebuah bandar yang terkaya dan pengeluar
utama bijih timah di negeri Pahang.
Mak macam biasa memang akan baca semua maklumat yang ada di situ
Sekarang
kegemilangan itu dah tak dok lagi. Bijih timah dah habis. Yeala bijih timah ni
digali sejak tahun 1887. Mana tak habisnya. Tapi bijih timah ni sebelum habis
pun dah mengalami masalah kejatuhan harga dah. Mungkin masa itu ada bahan yang
dapat replace bijih timah & kos nya lebih rendah.
Haaa..Ni mana words tak banyak, di situ ada saya. So lousy tabiat membaca saya ni.
Kalau
nak tahu maklumat tentang perlombongan bijih timah dengan lebih lengkap,
bolehlah melawat Muzium Sungai Lembing.
Di situ semua jenis maklumat dari zaman kegemilangan perlombongan bijih
timah hinggalah kemerosotan di Sungai Lembing, ada di situ. Dak dak sekolah kalau
nak buat projek geografi/sejarah yang berkaitan dengan Sungai Lembing, memang
patutlah melawat Muzium ni.
Entah bila nak rajin membaca macam mak.
Mak & Abah
Bangunan
muzium ni asalnya tempat kediaman bagi pengurus-pengurus besar syarikat lombong
bijih timah di Sungai Lembing. Macam rumah kampung tapi sangat besar &
terletak di atas bukit. Tempat mandi pun ada bathtub. Dulu-dulu kira kayalah
ada kediaman macam ini.
Macam inilah rupa perlombongan bawah tanah
Dari
parking kenalah mendaki sedikit untuk ke muzium. Atas bukitkan. Harga tiket tak
mahal. Cuma RM2/person. Muzium selalunya tak pernah kenakan harga tiket yang
mahal. Nanti tak orang nak pergi. Hehe.
Nak naik kereta api, boleh naik di Tai Pei Tong ni. Rambut Dak Zafran serabai sebab baru bangun tidur.
Honestly
suka dengan bangunan muzium sungai lembing ni. Struktur binaan bangunan ini
mengikut reka bentuk vertikular-kolonial. Cantik jugaklah kalau nak buat
apa-apa photoshoot di situ.
Naik kereta api inilah.
Sebelum
balik, singgah Lombong Bijih Timah bawah tanah. Sampai-sampai situ, kena naik
train kalau nak pergi ke kawasan perlombongan bijih timah. Tapi harga tiketnya
mak aii mahal bebenor..Satu kepalaq kena bayar RM25. Mampu tengok ajelah
orang-orang lain naik.
Menuju ke kawasan perlombongan
Sungai
Lembing ini macam kehidupan kita dah. Ada masa naik, ada masa turun. Lepas itu
naik. Tapi Sungai Lembing ini bila nak jatuh, dah tak boleh naik-naik dah. Tapi
boleh buat apa kot. Melibatkan ekonomi global kan. Apapun, tetap rasa seronok
melawat Sungai Lembing especially Muzium Sungai Lembing.
Muzium Sungai Lembing terletak di atas bukit. Asalnya adalah tempat kediaman bagi pengurus-pengurus besar syarikat lombong bijih timah di...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)