Budak
hingusan adik saya sorang ni iaitu Farid, dah pun mengakhiri zaman solonya weiiiii. Cam tak percaya jeakan dah jadi laki orang Dak farid ni. Dulu ingat lagi nangis-nangis setiap kali nama jajan kat kedai. Sekarang dia pulak akan jadi apak kepada budak nangis-nangis tue. Haha.. #guraugurauyea.
Pengantin lelaki dah ready untuk tamatkan zaman bujangnya
Pada 13 Januari lepas, my bro Farid & pasangannya berkahwin. Masing-masing pada usia umur 25 tahun. Lagi cepat kahwin berbanding saya. Saya dulu
kahwin pada umur 26 tahun. And then langkah bendul Didie, kakak keduanya (bawah
saya) pulak tue. Yang beza umur 4 tahun darinya.
Baru sampai masjid
Budak-budak
zaman sekarang dah tiada masalah dah nak kahwin cepat-cepat. Kalau dibandingkan
zaman makchik-makchik saya dahulu, nak dekat 30an baru kahwin. Adakah ini satu
petanda ekonomi negara semakin pulih? Sebab rakyat-rakyatnya dah tidak
lagi mengalami masalah kesulitan
kewangan. Kalau orang-orang tertentu tahu ni, mahu cukai-cukai tertentu
dinaikkan lagi ni. Kuikuikui.
Di dalam masjid
Tak
adalah. Adik kahwin ni tak ada kena mengena langsung dengan ekonomi negara. Dah
kalau jodoh & tiada apa-apa halangan untuk berkahwin, dah tak ada alasan
lainlah untuk menanguh-nangguhkan simpulan ikatan yang sangat dibenci-benci
oleh Setan.
Dak Zafran still under control
Berbalik
pada cerita nikah Farid ni. Belah perempuan pilih untuk melangsungkan akad
nikah & juga majlis persandingan pada Januari. Majlis sebelah lelaki pada
bulan March. Kena buat bulan 1 sebab dewannya available untuk date itu sahaja. Akad
nikah & Majlis Persandingan berlangsung pada hari yang sama iaitu pada
Sabtu. Lebih menjimatkan masa & kos buat macamni.
Farid tengah debor tahap maksim ni
Sehari
sebelum majlis, dah gerak ke Kedah. Godiks gerak dengan naik dua kereta. Geng
negeri Sembilan yang ada 30 orang semuanya, diaorang sewa bas. Sewa bas kau,
rombongan nogori ke Kedah ni. Lepastu keluarga maktih, ayahchik, ayahhar &
ayahsu, dioarang gerak dari rumah masing-masing.
Ready untuk lafaz nikah
Ramai
jugaklah yang join rombongan pengantin lelaki. Tapi still tak boleh lawan yang
join rombongan ke Perak iaitu untuk majlis perkahwinan saya belah Kimchi. Time
saya dulu walaupun tak sewa bas tapi hampir semua join. Even belah abah pun
ramai join. Semuanya naik kereta masing-masing. Maybe sebab Perak dekat kot.
Welcome to the club, Farid
Tersasar
jauh cerita lain balik. Ok ok sambung balik cerita kahwin Farid ni. Homestay
untuk godiks & belah negeri sembilan bermalam, still pilih homestay yang
sama book time tunang Farid dahulu iaitu di
Teratak Singgah D’Soffiyya. Book untuk 2
malam. Belah abah pulak book homestay rumah double storey di Jitra Town.
Zainun Clans & CMC bergambar dengan pengantin
Sampai
homestay dalam pukul 5 petang. Yang geng bas sampai pukul 2 pagi sebab gerak
lambat. Agak kepenatan jugak sebab
esoknya kena bangun pagi untuk majlis akad nikah. Tapi tak apa diorang semua tak
ada anak di fasa tantrum. Saya rasa
macam saya lagi penat semasa majlis kahwin berbanding dengan diaorang walaupun
saya dah berehat lagi lama. Faham-fahamlah kenapa kan.Haha
Esoknya
dalam pukul 10am dah berada di Masjid Mukim Wang Tepus untuk majlis akad nikah. Majlis akad nikah
dimulakan dengan doa & beberapa soalan dari jurunikah diajukan kepada Farid. Soalan
yang saya dengan just apa itu rukun nikah. Kacang jea soalan tu. Farid pun
dapat jawab dengan jayanya.
mak abah tambah menantu baru
Tanpa melengahkan masa, continue dengan lafaz akad nikah. Farid just lafaz sekali jea. Dah lafaz, tengok-tengok dah ada group pengantin lain tunggu turn akad nikah. Diorang pun guna khidmat jurunikah yang sama. Terpaksalah cepat-cepat keluar dari masjid. Tak sempat nak buat apa-apa even batal air sembahyang pun. Tapi stail iman masjid ni memang dia tak benarkan pun batal air sembahyang, bergambar & etc di dalam masjid. Dah settle akad nikah, terus kena beredar.
Weollss dapar ipar baru
Bergambar dengan pengantin di perkarangan masjid sahaja. Batal air sembahyang kena buat di rumah pengantin perempuan. Dah settle semua, balik homestay semula. Rehat-rehat dahulu sebelum get ready untuk majlis persandingan di Dewan Tunku Anum.
Budak hingusan adik saya sorang ni iaitu Farid, dah pun mengakhiri zaman solonya weiiiii. Cam tak percaya jeakan dah jadi laki orang Dak fa...