Mana
tak menangisnya. Bila makan nasi kambing Harimau Nangis, perghhh…lembut,
berjus & sedap bangatttt daging kambingnya. Rasa syahdu sangat dapat makan
daging kambing yang lembut ni. Susah woo nak dapat daging kambing lembut plus
sedap ni. Sekali makan confirm nak repeat lagi.
Nasi
Kambing Harimau Nangis ni, lokasinya di Kampung Subang. Dekat sangat dari
office. Tapi baru tahu kewujudan kedai makan nasi kambing sedap ni setelah 6 tahun kerja di office. Yang
introduce kedai ni adalah Afzan yang baru 2-3 tahun kerja sini. Sadis betul kan. huhu
Afzan
introduce kedai ni sebab nak belanja Saya, Lina & Balqis makan tengahhari.
Kitaorang tolong buat kajian assignmentnya. So, dia belanja lunch di Kedai
Makan Nasi Kambing Harimau Nangis.
Lauk yang Afzan belanja; Asam Pedas Ikan Jenahak, Kambing bakar, telur dadar & sayur campur.
Untuk belanja, dia order Asam Pedas Ikan Jenahak, Kambing bakar, telur dadar & sayur campur. Asam pedasnnya pun, kuah dia pekat giloss…Ikan pulak fresh & memang sedaplah.
Asam Pedas Ikan Jenahak
Time
Afzan belanja ni, order kambing bakar sahaja.
Tak order yang set. Kalau set nasi kambing, akan ada sekali nasi kambing
& sup kambing. Kitaorang just order nasi putih jea. Tapi still dapat sup
kambing. Tauke kedai bagi free. Thanks tauke. Hehe.
Lina & Afzan taknak dah pandang kamera. Makan lagi penting. Ahaks.
Mak Buyong lagilah taknak bergambar dah..fokus nak makan untuk 2 orang.hehe
Nak
merasa nasi kambing, saya & lina pergi makan di kedai di lain hari pulak.
Nak merasa nasi kambing punya pasal. Rasa nasi kambingnya memang tak
menghampakan. Tak keras & lembut. Dan sangat sedap. Ditambah pulak makan
dengan kambing bakar & sup kambing.
Datang second time order nasi kambing pulak
Harganya
kalau set nasi kambing adalah RM11. Yang makan Afzan belanja tue, totalnya dalam RM50 lebih. Kalau harga satu satu
tak sure. Yang confirm memang tak mahallah. Nak order lauk lain pun boleh seperti kari kepala ikan & banyak lagi.
Close up sedikit gambar kambingnya. Yang kambing saya dapat ni macam banyak lemak sedikit. Tapi rasanya tetap sedap
Part
tak bestnya, kedai ni dibuka time siang & pada hari bekerja sahaja. Kalau
nak bawak Kimchi & family makan di kedai ni, akan ada kepayahan & kesulitanlah di situ.
Lepasni,
teringin sahaja nak makan kambing yang dah tahu rasanya lembut & sedap,
pergi sahaja makan di Nasi Kambing Harimau Nangis masa lunch break. Tak payah
pergi jauh-jauh dah.
Mana tak menangisnya. Bila makan nasi kambing Harimau Nangis, perghhh…lembut, berjus & sedap bangatttt daging kambingnya. Rasa syahdu s...