Visit Endangered Sea Turtles At Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Cherating Pahang
Awal tahun 2017, bawak Dak Zafran melawat ke tempat pemuliharaan Gajah di Kuala Gandah, Pahang. Akhir tahun pulak iaitu pada November lepas, bawak Dak Zafran melawat ke tempat pemuliharaan penyu pulak.
Tempat Pemuliharaan Penyu ini di Cherating, Pahang yang namanya Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu. Saja nak bawak Dak Zafran ke tempat macamni supaya dia sayang lebih sedikit dengan haiwan terutamanya haiwan yang hampir nak pupus. Hehe.
Antara port menarik di pusat maklumat
Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Cherating adalah di bawah kelolaan Jabatan Perikanan Negeri Pahang. Nak masuk percuma sahaja.. Tapi boleh jea nak beri sumbangan seberapa yang kita nak kepada pusat ini. Sama macam pusat pemuliharaan gajah di Kuala Gandah.
Maklumat tentang proses penetasan telur anak penyu
Kitaorang pergi Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu selepas check out Residence Inn. Semasa Residence Inn lagi, Dak Zafran dah dapat tengok penyu. Tapi beberapa anak penyu sahajalah di dalam akuarium yang diletakkan di tempat receiptionist. Tujuan diletakkan di meja receipt adalah untuk diiklankan kepada pengunjung, yang resort ini turut menyediakan aktiviti pelepasan anak ke laut.
Bentuk anak penyu karah
Kalau nak join, kena berkumpul di receipt setiap pukul 5pm. Harga yang dikenakan adalah Rm25/pax. Disebabkan kitaorang lambat check in pada semalamnya, dah terlepaslah. Tapi harganya pun boleh tahan jugak mahalnya. Maybe ada sebahagian kutipan disumbangkan kepada Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu kot. Saya rasalah.
Tempat yang dinanti-nantikan iaitu kolam penyu
Tak dapat join aktiviti pelepasan anak punya, tu bawak Dak Zafran ke pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu. Tak jauh pun dari Residence Inn. Hanya 10 minit sahaja dari Residence Inn.
Masuk-masuk je, Dak Zafran terus excited bukan tengok penyu. Tapi tengok ikan-ikan dalam akuarium. Sebab nampak akuarium ini dulu. Ahaks.
Penyu-penyu tengah bersantai
Ni semua geng malas membaca. Cepat jea ke kolam penyu. Yang the only suka membaca iaitu Mak duk tak keluar-keluar lagi dari pusat maklumat.ahaks.
Masuk ke dalam sedikit adalah boleh baca maklumat-maklumat tentang program pemeliharaan & pemuliharaan penyu. Dak Zafran excited tengok gambar-gambar penyu yang ada di pusat maklumat. Yang baca maklumat ini sampai habis, mak seorang sahaja. Saya tak baca sebab nak escort Zafran (alasan jeakan.kuikuikui)
Nak sekeluarga bergambar dengan penyu, penyunya menyorok pulak.
Dekat bahagian luar, barulah boleh tengok penyu-penyu yang pelbagai usia di kolam penyu. Yang baby pun ada. Yang remaja pun ada. Dewasa pun ada jugak. Ada beberapa kolam penyu di bahagian ini. Land turtle, kura-kura pun ada jugak. Tapi tidak sekalikan dengan penyulah. Dak Zafran again excited tengok alive turtle & tortoise ni.
Baby penyu
Kalau nak beli something sebagai kenang-kenangan, di pusat ini juga ada juga pelbagai jenis souveniar. Souveniar ini dijual di bahagian entrance.
Land turtle aka tortoise pun ada
Dak Zafran merenung kosong kepadaku macam tak faham jea apa saya cakap ni. Tak apalah dah besar sedikit, remind sekali lagi.hikhik. Gitulah yea. Jangan buang sampah merata-rata especially di pantai supaya tidak memudaratkan penyu dan juga haiwan-haiwan lain.
Awal tahun 2017, bawak Dak Zafran melawat ke tempat pemuliharaan Gajah di Kuala Gandah, Pahang. Akhir tahun pulak iaitu pada November le...