Home
All post
Menikmati Keindahan Seni Bina Gaya Moorish di Kellie’s Castle, Batu Gajah, Perak
Setiap kali balik Taiping, tak pernah miss rancang nak singgah Kellie’s Castle di Batu Gajah. Nak singgah sama ada on the way ke Taiping tak pun time nak balik Saujana. Tapi plan ni tak pernah menjadi sebabnya tak kira on the way ke Taiping, ke Saujana ke, Kimchi nya suka travel malam. Tak dapatlah nak menyinggah sebab malam confirm dah tutup.
Di jambatan untuk menyeberangi sungai
Tapi balik Taiping baru-baru ni & time nak balik saujana akhirnya dapat singgah jugak Kellie’s Castle. Sebabnya gerak petang dari Taiping. Itupun nasib baik sempat sampai sejam sebelum tutup. Tutupnya pukul 6pm.
Nak pergi Kellie’s Castle sebab kat mane lagi dalam Malaysia ni nak jumpa castle yang hanya ada di luar negara sahaja. Nak pergi yang kat Europe, Disneyland punya castle, belumlah mampu lagi. So, pergi ajelah satu-satunya castle kat Malaysia ni iaitu di Batu Gajah.
papan-papan maklumat yang disediakan untuk para pengunjung
Kalau nak tahu Kellie’s Castle yang sudah berusia 107 tahun dibina atas rasa kasih dan sayang pengusaha British, William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes. Walaubagaimanapun, Kellie’s Castle tidak sempat siap dibina sepenuhnya kerana setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. Sejak dari hari itu sehingga sekarang, Kellie’s Castle kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya. Begitulah serba-sedikit sejarah Kellie’s Castle. Nak tahu lebih details, google ajolah yea.
Berdasarkan maklumat yang disediakan untuk pelancong, katanya Kellie’s Castle ni tempatnya macam ‘keras’. Ada pekerja dahulu kala dengar bunyi itulah bunyi inilah. Ada nampak itulah nampak inilah. Macam-macamlah cerita. Since pergi melawat Kellie’s Castle ada bawak Dak Zafran sekali, bacalah bismillah & baca doa sebelum melangkah masuk Kellie’s Castle. Bagi salam pun ada jugak. Hope dengan cara ini, tak adalah ‘benda-benda’ mengacau kami sekeluarga especially Dak Zafran. Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang tak diingini terjadi. Ada orang kata over lak ai buat macamni. Kellie’s Castle bukannya tempat yang jarang dikunjungi pun. Pelancong pun dah tak putus-putus kot datang Kellie’s Castle ni. Over-over pun, bila betul-betul dah terjadi, benda-benda over nilah nyesal tak buat. Siapa yang nak handle kalau perkara-perkara tak diingini ni terjadi. Mereka & keluarga mereka jugak. Hehuw. (apabendalah aku merepek ni)
Di corridor
di salah satu tingkap yang ada di dalam castle
Satu-satunya yang baru dilengkapi dengan set perabot
Saya, Kimchi & Dak Zafran naik sampai rooftop. Di rooftop agak bahaya sedikit untuk budak-budak sebab tak dikelilingi dengan fencing yang selamat. Memang sentiasa pegang ajelah Dak Zafran. Stay pun tak lama. Ambil gambar sekejap lepas tu turun bawah balik.
Menuju ke rooftop. Dak Zafran nak kepenatan. tak larat nak panjat tangga. Terpaksalah papanya dukung.
Di rooftop. fencing pun setakat chain camtu jea.
Ni last ambil gambar, lepas tu turun bawah balik.
Selain pertambahan set perabot di ruang tamu, ada banyak lagi penambaikkan yang telah dilakuan di Kellie’s Castle. Antaranya dah ada café yang cantik & bertemakan english, surau, toilet, photobooth, parking & banyak lagi. Owner Kellie’s Castle banyak dapat untung kot sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Tu yang buat investment untuk menambahkan kemudahan untuk pelancong yang mengunjungi Kellie’s Castle.
Di cafe
Harga tiket nak masuk RM5 untuk dewasa & RM4 untuk kana-kanak. Dibuka untuk pelancong dari pukul 9am hingga 6pm.
Setiap kali balik Taiping, tak pernah miss rancang nak singgah Kellie’s Castle di Batu Gajah. Nak singgah sama ada on the way ke Taipi...
Menang SGSHOP MERDEKA GIVEAWAY

Yeayyyyy.. Menang shopping kredit SGSHOP Malaysia lagi. Sebelum ni saya dah pernah menang free kredit bernilai RM200 dari 2 giveaway berbeza (boleh klik link http://bit.ly/2BQKC1c kalau nak baca entri saya menang kredit). Kali ni saya menang lagi RM100. Saya menang dari SGSHOP Merdeka Giveaway yang dianjurkan oleh blogger Zuraiiny.

blog penselduabee terpilih sebagai salah seorang penerima shopping kredit
Barang-barang yang saya pilih untuk mengunakan shopping kredit saya menangi ialah shoulder bag, chiffon blouse & female backpack. Total harga & dicampur dengan delivery charges & servis charges dalam RM126. Since shopping kredit yang saya dapat RM100 jea, saya kena tambah dengan duit sendiri RM26. Still berbaloi jugaklah kan dapat 3 barang dengan hanya bayar RM26 sahaja.

Shopping kredit bernilai RM100 telah dimasukkan ke dalam akaun SGShop saya pada 12/9/17.
Anyway, blogger Zuraiiny, thanks for selecting me as one of your giveaway winner. To Sgshop, thanks for these shopping kredit.
Yeayyyyy.. Menang shopping kredit SGSHOP Malaysia lagi. Sebelum ni saya dah pernah menang free kredit bernilai RM200 dari 2 giveaway berb...
The Wedding Of Ben Firdaus & Amira At Kinrara Resort, Puchong
Sepupu Kimchi belah Hajah Suppiah, Ben Firdaus (bukan BenAshaari yea.kuikuikui #gurau2) akhirnya telah menamatkan zaman bujang pada hari Sabtu lepas. Beliau mengikat pertalian yang sah dengan dengan soulmate nya yang bernama Amira. Ayat piutis sangat kan. Entri pasal hari bersejarah tambah istimewa ni haruslah mengunakan ayat berbunga-bunga. Ahaks.
Di lobi resort
Majlis Persandingan Ben
& Amira disambut di Kinrara Golf Resort pada waktu malam. Akad nikad
telah berlangsung pada paginya di tempat yang sama juga. Saya & Kimchi tak
ikut serta majlis nikahnya. Just attend majlis persandingan sahaja.
pengantin tengah potong kek
Ayah mertua Ben bekerja di Denso. No wonderlah nampak ramai
tetamu orang-orang Jepun. Ada yang Japanese siap mengenakan busana kimono lagi.
Selepas makan, semua Hajah Suppiah’s Clan(sepupu,mak pak
sedara Ben) nak bergambar dengan pengantin. Tapi ramai pulak tetamu nak
bergambar termasuklah yang Japanese yang pakai Kimono. Kalau nak bergambar kena
beratur panjang. Pengantin gorgeous sangat & pelamin pulak sangat cantik, tu yang ramai nak bergambar. Disebabkan malas nak beratur & nak tunggu sampai habis
semua tetamu bergambar, kitaorang pergilah bergambar di photobooth dahulu.
2 round ambil gambar di photobooth
Punyalah lama menunggu sampai dapat ambil 2-3 kali gambar di photobooth. Nasib baik time menunggu budak-budak especially DAK ZAFRAN(nampak huruf besar di situ.haha) tak meragam. Sebab tempat tu sejuk kot. Satu lagi budak-budak pun excited bergambar di photobooth. Bila nampak dah surut tetamu yang beratur untuk bergambar
dengan pengantin, barulah Hajah Suppiah Clan bergambar dengan Ben & Amira
di atas pelamin.
Baru dapat bergambar dengan pengantin
Di meja makan beradap
Dah siap bergambar & sebelum balik, ambil gambar lagi
untuk last round di photobooth. Orang photobooth duk layan ajela dengan gelagat
kitaorang. Haha. Dah Polaroid photo pun
tak habis lagi. Bergambar ajelah lagi selagi orang photobooth tu tak cakap
photobooth dah tutup. Hehe.

Hajjah Suppiah's Clan di photobooth for the last round. Ben pun kena tarik untuk join bergambar.
To Ben a.k.a Aus (Aus panggilan belah Hajjah Suppiah while Ben nama di FB & panggilan belah Amira) & Amira, Selamat Pengantin Baru. Semoga
bahagia hingga ke akhir hayat. Dah hilang dah yea title bujang ko yea..hehe.
Welcome to the club, Ben & Amira
Sepupu Kimchi belah Hajah Suppiah, Ben Firdaus (bukan BenAshaari yea.kuikuikui #gurau2) akhirnya telah menamatkan zaman bujang pada ...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)