Menikmati Keindahan Seni Bina Gaya Moorish di Kellie’s Castle, Batu Gajah, Perak
Setiap kali balik Taiping, tak pernah miss rancang nak singgah Kellie’s Castle di Batu Gajah. Nak singgah sama ada on the way ke Taiping tak pun time nak balik Saujana. Tapi plan ni tak pernah menjadi sebabnya tak kira on the way ke Taiping, ke Saujana ke, Kimchi nya suka travel malam. Tak dapatlah nak menyinggah sebab malam confirm dah tutup.
Di jambatan untuk menyeberangi sungai
Tapi balik Taiping baru-baru ni & time nak balik saujana akhirnya dapat singgah jugak Kellie’s Castle. Sebabnya gerak petang dari Taiping. Itupun nasib baik sempat sampai sejam sebelum tutup. Tutupnya pukul 6pm.
Nak pergi Kellie’s Castle sebab kat mane lagi dalam Malaysia ni nak jumpa castle yang hanya ada di luar negara sahaja. Nak pergi yang kat Europe, Disneyland punya castle, belumlah mampu lagi. So, pergi ajelah satu-satunya castle kat Malaysia ni iaitu di Batu Gajah.
papan-papan maklumat yang disediakan untuk para pengunjung
Kalau nak tahu Kellie’s Castle yang sudah berusia 107 tahun dibina atas rasa kasih dan sayang pengusaha British, William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes. Walaubagaimanapun, Kellie’s Castle tidak sempat siap dibina sepenuhnya kerana setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. Sejak dari hari itu sehingga sekarang, Kellie’s Castle kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya. Begitulah serba-sedikit sejarah Kellie’s Castle. Nak tahu lebih details, google ajolah yea.
Berdasarkan maklumat yang disediakan untuk pelancong, katanya Kellie’s Castle ni tempatnya macam ‘keras’. Ada pekerja dahulu kala dengar bunyi itulah bunyi inilah. Ada nampak itulah nampak inilah. Macam-macamlah cerita. Since pergi melawat Kellie’s Castle ada bawak Dak Zafran sekali, bacalah bismillah & baca doa sebelum melangkah masuk Kellie’s Castle. Bagi salam pun ada jugak. Hope dengan cara ini, tak adalah ‘benda-benda’ mengacau kami sekeluarga especially Dak Zafran. Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang tak diingini terjadi. Ada orang kata over lak ai buat macamni. Kellie’s Castle bukannya tempat yang jarang dikunjungi pun. Pelancong pun dah tak putus-putus kot datang Kellie’s Castle ni. Over-over pun, bila betul-betul dah terjadi, benda-benda over nilah nyesal tak buat. Siapa yang nak handle kalau perkara-perkara tak diingini ni terjadi. Mereka & keluarga mereka jugak. Hehuw. (apabendalah aku merepek ni)
Di corridor
di salah satu tingkap yang ada di dalam castle
Satu-satunya yang baru dilengkapi dengan set perabot
Saya, Kimchi & Dak Zafran naik sampai rooftop. Di rooftop agak bahaya sedikit untuk budak-budak sebab tak dikelilingi dengan fencing yang selamat. Memang sentiasa pegang ajelah Dak Zafran. Stay pun tak lama. Ambil gambar sekejap lepas tu turun bawah balik.
Menuju ke rooftop. Dak Zafran nak kepenatan. tak larat nak panjat tangga. Terpaksalah papanya dukung.
Di rooftop. fencing pun setakat chain camtu jea.
Ni last ambil gambar, lepas tu turun bawah balik.
Selain pertambahan set perabot di ruang tamu, ada banyak lagi penambaikkan yang telah dilakuan di Kellie’s Castle. Antaranya dah ada café yang cantik & bertemakan english, surau, toilet, photobooth, parking & banyak lagi. Owner Kellie’s Castle banyak dapat untung kot sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Tu yang buat investment untuk menambahkan kemudahan untuk pelancong yang mengunjungi Kellie’s Castle.
Di cafe
Harga tiket nak masuk RM5 untuk dewasa & RM4 untuk kana-kanak. Dibuka untuk pelancong dari pukul 9am hingga 6pm.
Setiap kali balik Taiping, tak pernah miss rancang nak singgah Kellie’s Castle di Batu Gajah. Nak singgah sama ada on the way ke Taipi...