Home
All post
The Wedding Of Ben Firdaus & Amira At Kinrara Resort, Puchong
Sepupu Kimchi belah Hajah Suppiah, Ben Firdaus (bukan BenAshaari yea.kuikuikui #gurau2) akhirnya telah menamatkan zaman bujang pada hari Sabtu lepas. Beliau mengikat pertalian yang sah dengan dengan soulmate nya yang bernama Amira. Ayat piutis sangat kan. Entri pasal hari bersejarah tambah istimewa ni haruslah mengunakan ayat berbunga-bunga. Ahaks.
Di lobi resort
Majlis Persandingan Ben
& Amira disambut di Kinrara Golf Resort pada waktu malam. Akad nikad
telah berlangsung pada paginya di tempat yang sama juga. Saya & Kimchi tak
ikut serta majlis nikahnya. Just attend majlis persandingan sahaja.
pengantin tengah potong kek
Ayah mertua Ben bekerja di Denso. No wonderlah nampak ramai
tetamu orang-orang Jepun. Ada yang Japanese siap mengenakan busana kimono lagi.
Selepas makan, semua Hajah Suppiah’s Clan(sepupu,mak pak
sedara Ben) nak bergambar dengan pengantin. Tapi ramai pulak tetamu nak
bergambar termasuklah yang Japanese yang pakai Kimono. Kalau nak bergambar kena
beratur panjang. Pengantin gorgeous sangat & pelamin pulak sangat cantik, tu yang ramai nak bergambar. Disebabkan malas nak beratur & nak tunggu sampai habis
semua tetamu bergambar, kitaorang pergilah bergambar di photobooth dahulu.
2 round ambil gambar di photobooth
Punyalah lama menunggu sampai dapat ambil 2-3 kali gambar di photobooth. Nasib baik time menunggu budak-budak especially DAK ZAFRAN(nampak huruf besar di situ.haha) tak meragam. Sebab tempat tu sejuk kot. Satu lagi budak-budak pun excited bergambar di photobooth. Bila nampak dah surut tetamu yang beratur untuk bergambar
dengan pengantin, barulah Hajah Suppiah Clan bergambar dengan Ben & Amira
di atas pelamin.
Baru dapat bergambar dengan pengantin
Di meja makan beradap
Dah siap bergambar & sebelum balik, ambil gambar lagi
untuk last round di photobooth. Orang photobooth duk layan ajela dengan gelagat
kitaorang. Haha. Dah Polaroid photo pun
tak habis lagi. Bergambar ajelah lagi selagi orang photobooth tu tak cakap
photobooth dah tutup. Hehe.
Hajjah Suppiah's Clan di photobooth for the last round. Ben pun kena tarik untuk join bergambar.
To Ben a.k.a Aus (Aus panggilan belah Hajjah Suppiah while Ben nama di FB & panggilan belah Amira) & Amira, Selamat Pengantin Baru. Semoga
bahagia hingga ke akhir hayat. Dah hilang dah yea title bujang ko yea..hehe.
Welcome to the club, Ben & Amira
Sepupu Kimchi belah Hajah Suppiah, Ben Firdaus (bukan BenAshaari yea.kuikuikui #gurau2) akhirnya telah menamatkan zaman bujang pada ...
Sepetang Di Bandar Di Raja Kuala Kangsar
Balik Taiping baru-baru ni, Kimchi bawak pergi jalan-jalan
di negeri kelahiran beliau punya Bandar Diraja iaitu Kuala Kangsar (ayat…putar
alam naw). Di Kuala Kangsar, adalah beberapa tempat menarik yang boleh
dilawati.
Tempat pertama yang kitaorang pergi di Masjid Ubudiah Bukit Chandan. Harus bergambar di
hadapan masjid Ubudiah sebab mempunyai arkitekture yang unik dan cantik. Kalau nak tahu masjid ini mempunyai seni bina yang berpengaruh dari ‘Saracenic’ iaitu Islam-India.
Masjid Ubudiah Bukit Chandan
Selepas itu pergi melawat Galeri Sultan Azlan Shah. Kalau nak mengenal lebih mendalam tentang kehidupan seorang Sultan,
Galeri Sultan Azlan Shah adalah satu satu tempat yang sesuai untuk mendapatkan
segala info tersebut. Dak-dak sekolah yang nak kena
buat buku skrap mengenai SultanPerak, bolehlah pergi melawat Galeri Sultan
Azlan Shah yea.
Cenderamata-cenderamata pemberian daripada orang besar-besar
dalam negara & negara juga boleh dilihat di situ. Selain itu, koleksi barangan peribadi yang of courselah high-end kepunyaan Sultan Perak juga disimpan di galeri ini untuk dipamerkan
kepada orang ramai. Antara barangan kerabat diraja Perak adalah kenderaan
mewah, outdated LV lungage & banyak lagi. Tak dibenarkan bergambar di dalam galeri ni. Tu yang tak ada gambar di dalam galeri. Hanya diluar sahaja.
Galeri ini dibuka setiap hari & tutup pada pukul 5pm.
Time sampai tinggal lagi sejam sebelum tutup. Nasib baik sempat masuk sebelum
tutup.
Koleksi kereta mewah Sultan Perak yang sudah tak digunakan semuanya ada di dalam galeri ni
Dah jalan-jalan di galeri Azlan Shah, minum petang dahulu di Medan Cendol & Laksa MPKK, yang berlokasikan di tepi Sungai Perak. Untuk minum petang
kitaorang order laksa, ABC & pasembor. Pasembornya sangat sedap. Laksa pulak
kuahnya sedap. Tapi laksanya agak liat sedikit.
Medan Cendol & Laksa MPKK
pasembor
laksa
Dak Zara tengah makan ABC
Sebelum balik, cuci mata dengan melihat permadangan Sungai
Perak. Ada jeti berdekatan dengan medan selera. Kalau nak naik bot menyusuri
sungai, boleh naik dari Jeti ini.
bersantai di tepi Sungai Perak
Di jeti bot nelayan. Jeti untuk bot pelancong bersebelahan dengan jeti ni.
Itu sahajalah tempat-tempat menarik Kuala Kangsar yang
Kimchi bawak. Dapat pergi 2 tempat jea sebab start berjalan pun dah petang.
Kalau berjalan awal lagi bolehlah bawak Dak Zafran & Dak Zara berjalan di tempat-tempat lain lagi seperti Pavillion Tower KK, Istana Iskandariah & etc. Takpun naik bot di
Sungai Perak. Next time ajelah yea.
Balik Taiping baru-baru ni, Kimchi bawak pergi jalan-jalan di negeri kelahiran beliau punya Bandar Diraja iaitu Kuala Kangsar (ayat…putar a...
Menang Comeback Giveaway 2017
Alhamdulillah..Saya menang sehelai shawl bubble (green) dari Segmen Comeback Giveaway 2017. Segmen ini dianjurkan oleh blogger Cik Belbel.
Bila ada gambar OOTD bersama shawl ini, saya akan upload di entri ini. To blogger Cik Belbel, Thanks for this lovely shawl. Suka sangat-sangat. Semoga blogger Cik Belbel sentiasa dimurahkan dengan rezeki blogging.
No 9(nombor penyertaan untuk blog penselduabee) terpilih sebagai salah seorang pemenang.
Parcel yang diterima dalam keadaan yang baik
Dapat shawl bubble (green)
Bila ada gambar OOTD bersama shawl ini, saya akan upload di entri ini. To blogger Cik Belbel, Thanks for this lovely shawl. Suka sangat-sangat. Semoga blogger Cik Belbel sentiasa dimurahkan dengan rezeki blogging.
Alhamdulillah..Saya menang sehelai shawl bubble (green) dari Segmen Comeback Giveaway 2017 . Segmen ini dianjurkan oleh blogger Cik Belbel ...
Iris Camilla First Birthday Celebration At Sunna Kekaboo Resort Hotel, Shah Alam
Bulan Oktober lepas, anak Afzan (my officemate) dah masuk umur 1 tahun. Sempena hari jadi Anak Afzan, Afzan menjemput saya & sefemili untuk sama-sama meraikan sambutan harijadi anaknya, Iris Camillia di Sunna Kekaboo Resort Hotel. Since tak ada urusan yang urgent pada hari majlisnya, Saya, Kimchi & Dak Zafran memang tak lepaskan peluang untuk attend majlis harijadi Iris Camillia.
Birthday cake
Venue sambutan hari jadi di dalam dewan Sunna Kekaboo Resort Hotel. Siap sahaja registration & masuk jea dewan, terus nampak birthday decoration, tema pakaian Family Iris& etc semuanya bertemakan Hello Kitty & warna pink. Memang comel sangat. Nama pun anak gugirl kan. Of course la tema warna pink & Hello Kitty.
Birthday pelamin
Majlis dimulakan dengan bacaan doa & ucapan dari family Iris. Selepas itu barulah sesi potong birthday cake oleh Iris & family, ada game untuk budak-budak & makan. Food buffet nya mak aiiii banyak sangat pilihannya. Rambang mata sangat sampai taktau nak makan mana satu. Kuikuikui. Candy buffet & dessert corner pun ada juga.
candy buffet
Iris with her parents
Niela hadiah cabutan bertuah teddy bear besar nakmattey
Nampak atas meja tu dapat hadiah cabutan bertuah setin milo
Dak Zafran nie tangan peace tapi tak pandang kamera pulak
Dak Zafran melalak sebab belonnya tercicir
Dak Zafran dah tak meragam sebab dah dapat belon. Tapi mata Kak Pidah terpejam. Maafinla yea Kak Pidah.huhu
To Iris Camillia, Happy First Birthday to you. Semoga Iris Camilla panjang umur, dimurahkan rezeki & sentiasa happy di samping parents Iris & juga adik-adik Iris nanti. Aaminn. Tahun depan Iris dah nak dapat title Kaklong dah. Hehe.
Bulan Oktober lepas, anak Afzan (my officemate) dah masuk umur 1 tahun. Sempena hari jadi Anak Afzan, Afzan menjemput saya & sefemi...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)