Yang Tak Layan Sushi Pandai Order Di Sushi King
Kimchi kena paksa rela layan kehendak iolss nak makan sushi walaupun dia anti giler makan makanan eksotik. Bagi Kimchi eksotik tau kalau makanan tue selain makanan melayu. Bila saya offer nak bayarkan, barulah bawak saya & Zafran pergi ke Sushi King.
Muka tak boleh bla kena makan sushi
Sampai-sampai jea saya order black pepper udon. Saya order sebab lebih kurang macam mee yang boleh kongsi dengan Zafran
sekali. Zafran kan suka mee. Kimchi pulak order Yaki Gyu Don. Katan senangnya nasi dengan daging black pepper. Then order takoyoki.
Iolss rileks jea makan sampai habis
Sementara tunggu siap, makan dahulu sushi yang boleh diambil di kaiten(yang macam conveyor bergerak tu). Lega giler
dapat makan sushi & dicicah dengan kicap. Kimchi pulak just makan 1-2 sushi
jea. Tak kena dengan tekak katanya.
Tapi yang black pepper udon ni tak kena dengan tekak den
Bila dah dapat makanan kitaorang, yang Kimchi order sedap. Yang
saya order mak aii muaknya. Dan tak sedap. Zafran pulak makan 2-3 suap jea
sebab pedas. Sabar ajelah terorder yang tak sedap. Baik order sama macam Kimchi
jea. Sedap & mengenyangkan sebab nasi. Untungler yang tak layan sushi pulak pandai order yang sedap. Huhu. Saya memang tak habislah makan mee
tue. Sambung makan sushi & takoyaki.
Yang kimchi order ni jugak sedap
Tak ada dah buat muka annoying. ahaks
Dah ter order yang salah, selera dah ter spoil ambil masa lah nak
makan di sushi king lagi. Saya memang macamtu. Walaupun yang lain ok, tapi
disebabkan saya order yang tak sedap & terpaksa pulak makan sampai at least
separuh, tetap saya tak akan pergi makan di situ lagi dalam masa yang terdekat.
Takoyaki yang superdelicious
Huduh kan pe’ el saya ni. Bad example sangat ni. Hehe. Kalau yang peminat tegar sushi tak akan adanya pe’el macam saya sebab yang
lain-lain sedap jea. And satu lagi Sushi
King dah dapat pengiktirafan halal daripada Jakim. Tak sure baru lagi ke dah lama. Tu yang nampak
mana-mana outlet Sushi King hampir full house berbanding dahulu. Terbaiklah Sushi King.
Kimchi kena paksa rela layan kehendak iolss nak makan sushi walaupun dia anti giler makan makanan eksotik. Bagi Kimchi eksotik tau kalau...