Home
All post
The Attractive Places We Visited In Alor Setar, Kedah
Selepas majlis pertunangan Farid selesai, balik ke Teratak Singgah D’Soffiyya untuk bersiap. Nak jalan-jalan di Alor Setar. Perjalanan dari Jitra ke Alor Setar hanya mengambil masa sejam sahaja.
Dah sampai Alor Setar, mula-mula pergi naik Menara Alor Setar. Dak Zafran excited kalau naik ke
tempat tinggi tapi dia tidur pulak. Uncle dia yang tunang, dia pulak yang
lebih-lebih penat. Ahaks. Tak dapat nak bagi dia merasai naik Menara time
sedar.
Harga tiket
Ketinggian Menara Alor Setar hanya suku daripada Menara Kuala
Lumpur. Naik lif dari bawah hingga ke tingkat lima hanya ambil masa tak sampai
5 minit. Dah berada di tingkat lima, walaupun ruangan untuk pengunjung agak
limited tetapi still rasa best. Sebabnya dapat
merasai tiupan angin yang agak kuat & rasa cool jea. Lepas tu dapat
melihat permandangan bandar Alor Setar dari banyak arah sebab boleh
mengelilingi dalam Menara ini.

Dah berada di tingkat 5
Ada teropong disediakan untuk pengunjung
Di Menara ini jugak ada teropong & juga menyediakan maklumat
tempat lain yang boleh dikunjungi di Alor Setar.
Dak Zafran tak sedar lagi
Melihat permandangan bandar Alor Setar
Maktih & Uwais
Dah habis baca ni, kitaorang pilih samada nak pergi rumah Tun
Mahathir & Muzium. Nak pergi kedua-duanya tak cukup masa. Tinggal dalam 40
minit sahaja sebelum tutup. Discuss punya discuss decide untuk pergi ke rumah
Tun Mahathir.
Nak pergi rumah Tun Mahathir dari Menara tak sampai 2km pun. Tapi
sampai-sampai jea di kompleks ni tutup pulak. Katanya ada aktiviti penyelenggaraan sehingga April tahun depan. Intai-intai dari luar
pagar, tengok kompleks ni macam dalam keadaan baik. Please lah jangan cakap
kompleks tutup atas sebab kes yang tengah hot sekarang ni.
Dah tutup, terpaksalah rombak balik itenari.hehe. Abah ajak pergi Pekan Rabu sebelum melawat Masjid Zahir a.k.a masjid putih. Pekan Rabu ni sama seperti Pasar Siti Khadijah iaitu kompleks membeli-belah yang ada jual pakaian, makanan kering seperti kerepek & banyak lagi. Sampai-sampai sahaja di Pekan Rabu, semuanya tak melepaskan peluang untuk shopping & semuanya ada hasil shopping. Window shopping ni menang tak adalah dalam kamus hidup anak-beranak Enon ni kalau dah berada di tempat shopping ni.ahaks.
Selesai shopping, sebelum balik Jitra bergambar dahulu di Masjid
Zahir. Masjid di dah lama dibina aitu sejak tahun 1912. Masjid
Zahir antara masjid yang cantik di Malaysia. Sebab tu masjid ni port favourite pengantin
bergambar. Time kitaorang ada di situ, ada dua pasangan pengantin tengah
photoshoot di situ. Tapi di perkarangan masjid sahaja. Depa tak masuk dalam
masjid.
Masjid Zahir
Maklang, Uwan & Mak
Selesai melawat Masjid, terus balik homestay. Ingat malam nak
pergi kuala perlis pulak. Nak makan ikan bakar. Tapi cancel sebab kaum Adam
sibuk tengok Game Bola Sukan Sea. Malaysia lawan Indonesia.
Tak apalah next time lah pergi Kuala Perlis. Lagipun esoknya nak
kena bangun awal untuk check out & nak pergi padang besar. Lepas tu nak
kena gerak balik KL pulak. Haruslah rehat secukupnya supaya kembali bertenaga untuk aktiviti seharian pada
esoknya. (dah macam iklan milo pulak ..ahaks).
Selepas majlis pertunangan Farid selesai, balik ke Teratak Singgah D’Soffiyya untuk bersiap. Nak jalan-jalan di Alor Setar. Perjalanan dar...
Shopping Sakan Di Padang Besar, Borders Of Malaysia-Thailand
Selepas check out & serah kunci kepada owner pada pukul 9am, terus gerak ke Padang Besar, Perlis. Perjalanan ke sana ambil masa dalam sejam lebih. Ni dari Perlis nak balik KL, memang jauhlah..KL ke Kedah sahaja dah 5 jam. Itupun time pergi jalan clear & bawak balik. Rasa nak balik ni macam jem. Jem tak jem kenalah hadap jugak & kena balik KL jugak.
Dah sampai Padang Besar, tanpa melengahkankan masa terus pergi
shopping di Pusat Membeli-Belah Gapura Square, Padang Besar. Gapura Square ni adalah syurga barangan Siam. Kalau
ada passport boleh masuk ke Siam.Yang tak ada passport macam kami-kami ni,
shopping di belah Perlis sahajalah. Tapi walaupun tak dapat masuk Siam,
still merambangkan mata kami kami ni. Geng yang ikut pergi Padang Besar pulak
memang yang kaki shopping iaitu uwan, Maklang, Mak, Induk, Maktam. Memang shopping sakan lah depa semua. Ada beli baju, handbag, kerepek-kerepek, barang dapur & banyaklah. Kaum-kaum
Adam macam Farid, Mus, Kimchi, Paktam pun boleh tahan jugak tak sabarnya nak
shopping. Katanya boleh dapat jersi siam murah-murah di situ. Jauh lagi murah
compare dengan uptown.
Dak Zafran pun sama jugak rambang mata. Masuk jea kedai & mainan pulak depan mata dia, apalagi merengek-rengek la mintak. Selagi tak dapat, selagi tu mintak. Lepas tu satu tak cukup, mintak satu lagi. Dah sampai dapat dua, dah tak layan dah permintaan Zafran yang seterusnya. Memang dibiarkanlah melalak sampai semua orang dengar. Papa dia terpaksalah kena stay satu tempat sahajalah dengan Zafran. Kalau dia dah tak nampak mainan depan mata dia, cepat sedikit stop menangis.

Pusat Membeli-Belah Gapura Square
Dak Zafran pun sama jugak rambang mata. Masuk jea kedai & mainan pulak depan mata dia, apalagi merengek-rengek la mintak. Selagi tak dapat, selagi tu mintak. Lepas tu satu tak cukup, mintak satu lagi. Dah sampai dapat dua, dah tak layan dah permintaan Zafran yang seterusnya. Memang dibiarkanlah melalak sampai semua orang dengar. Papa dia terpaksalah kena stay satu tempat sahajalah dengan Zafran. Kalau dia dah tak nampak mainan depan mata dia, cepat sedikit stop menangis.
Dah dapat 2 mainan pun, boleh lagi melalak nak lagi satu..Memang tak kena layanlah.
Tapi sekejap jea menangis..dah stop menangis Zafran terus main dengan mainan baru.
Saya pulak join geng perempuan shopping. Tapi saya tak shopping apa-apa pun untuk saya.
Sebab tak nampak barangan yang design berkenan di hati. Lepas geng perempuan
dah siap shopping, take turn dengan Kimchi. Bagi Kimchi pulak shopping. Dia nak
mencari jersi.
Shopping kerepek

Handbags

Cloths

Kerongsang pun ada
Kimchi pun dah terjebak jugak rambang matanya
Sementara tunggu Kimchi shopping, pergi makan di gerai Siam
Muslim. Mus recommend makan di situ sebab pernah makan di situ sekali &
masakannya sedap.
Dak Zafran dah lapar. Tue taknak pandang kamera tue..
Macam-macam masakan Siam boleh order di situ. Tapi kitaorang just
order pulut manga, pulut durian & kerabu manggi untuk cuba rasa. Rasanya
memang berlemak giler bangat untutk pulut mangga & pulut durian. Yang kerabu
maggi, tersangatlah pedas tapi sedap. Yang lain-lain order nasi goreng sebab
semuanya lapar. Baru lepas shopping katakan. Nasi adalah makanan terbaik untuk
reenergize badan balik.
Super mouthwatering pulut durian and pulut mangga
Close up sedikit pulut durian
Kerabu maggi


Pulut mangga

Saya & Induk ada beli ice green tea di gerai yang dekat dengan tempat kitaorang makan. Ice green tea memang
terbaik & sangat sedap. Induk sampai beli second time sebelum balik. Tapi bukan di gerai
yang sama. Nak rasa green tea gerai lain. Still sedap & tapi lebih manis.
Boleh pulak Zafran pergi ke belakang tue. Jangan risau. Tempat kitaorang bergambar ni, kenderaan tak boleh lalu.
Dah siap makan, terus nak gerak balik ke KL. Jauh lagi perjalanan
ni. On the way pergi ke parking, maklang
sempat lagi beli pengukus saiz kecil selepas ternampak kedai jual barangan
dapur. Sempat lagi Maklang grab satu lagi barang walaupun aktiviti shopping dah
lama dihentikan. Ahaks. Itupun sebenarnya dah ter extend satu jam aktiviti shopping. Patutnye pukul
12pm kena stop shopping. Actual pukul 1pm. Tak apalah. Dah alang-alang sampai Padang Besar, shopping biar sampai puas. Sebab tak tahu bila lagi nak boleh sampai Padang Besar ni lagi.
Semua ada hasil shopping masing-masing
Nak balik memang jemlah. Padahal baru start cuti sekolah &
sepatutnya hala ke selatan clear. Tapi nampaknya teori tersebut tak boleh
diguna pakai. Gerak pukul 2:30pm dari Padang Besar, pukul 11:30pm baru sampai
Sungai Buloh walaupun setakat 2-3 kali jea berhenti. Yang nak balik ke Seremban
& Bahau, lagi lambat nak boleh sampai macam maklang, paktam sekeluarga,
uwan & induk. Traffik Jem dah jadi perkara biasa kalau travel. Patut dah
boleh dijadikan salah satu aktiviti yang patut dimasukkan ke dalam intenari travel.
Sebab asal travel memang wajib hadap jem. Melainkan bukan travel di darat. Itu
boleh elak jem. Haha Tak apalah yang penting hati seronok sebab baru lepas bercuti
& shopping. Hehe.
Selepas check out & serah kunci kepada owner pada pukul 9am, terus gerak ke Padang Besar, Perlis. Perjalanan ke sana ambil masa da...
COMEBACK GIVEAWAY
Click above banner to join GA
GA end on 30/9/17
Click above banner to join GA GA end on 30/9/17 I tag Sha , Cik Nor & Mus
Merasai Pengalaman Bermalam di Homestay Berkonsepkan Kampung Tradisional Melayu Di Teratak Singgah D’Soffiyya, Jitra Kedah
Rumah pertama
Untuk majlis pertunangan Farid di Kedah, kitaorang bermalam di Teratak Singgah D’Soffiyya. Ni mak Hazzy yang tolong carikan & book. Pilih homestay ni sebab boleh muatkan ramai orang iaitu sehingga 40 orang. Jarak homestay dengan rumah Hazzy pula hanya memakan masa 15 minit sahaja.
Antara, banyak-banyak homestay yang saya pernah menginap, ini adalah first time saya stay di homestay yang berkonsepkan kampung melayu tradisional.

Di homestay ini, ada dua buah rumah di dalam satu kawasan yang berpagar. Rumah yang pertama ada 3 bilik. First bilik ada 8-10 tilam. Bilik second ada empat katil & ada bilik air. Yang third bilik kecil yang hanya memuatkan 2 katil single sahaja. Rumah ini juga ada satu ruang di bawah rumah. Ruang ini menempatkan meja-meja makan, tempat lepak, satu lagi bilik air, surau, tempat wuduk & dapur.
Ruang bawah

Rumah yang kedua
Homestay ni macam tak boleh memasak sebab tak ada dapur gas. Setakat ada microwave, peti ais & sinki. Nak merokok kena di luar. Tak dibenarkan merokok di dalam rumah a.k.a homestay. Semua bilik ada aircon kecuali bilik yang besar yang ada 8 tilam tu. Cuma ada kipas sahaja.

Master bedroom di rumah kedua
Salah satu buaian yang ada
Harganya Cuma RM500/night. Nak merasai bermalam di perkampungan tradisional di daerah Jitra, Kedah dengan servis yang tiptop, Teratak Singgah D’Soffiyya adalah tempat yang terbaik untuk dipilih. Masa majlis perkahwinan Farid nanti for sure akan menginap di Teratak Singgah D’Soffiyya lagi. Tapi maybe akan lagi padat sebab ramai lagi akan join. Hehe.
Sempat lagi photoshoot bagai tue
OOTD sangat
Dak Mus pun join jugak
Rumah pertama Untuk majlis pertunangan Farid di Kedah, kitaorang bermalam di Teratak Singgah D’Soffiyya. Ni mak Hazzy yang tolong car...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)