Home
All post
Merasai Pengalaman Bermalam di Homestay Berkonsepkan Kampung Tradisional Melayu Di Teratak Singgah D’Soffiyya, Jitra Kedah
Rumah pertama
Untuk majlis pertunangan Farid di Kedah, kitaorang bermalam di Teratak Singgah D’Soffiyya. Ni mak Hazzy yang tolong carikan & book. Pilih homestay ni sebab boleh muatkan ramai orang iaitu sehingga 40 orang. Jarak homestay dengan rumah Hazzy pula hanya memakan masa 15 minit sahaja.
Antara, banyak-banyak homestay yang saya pernah menginap, ini adalah first time saya stay di homestay yang berkonsepkan kampung melayu tradisional.
Di homestay ini, ada dua buah rumah di dalam satu kawasan yang berpagar. Rumah yang pertama ada 3 bilik. First bilik ada 8-10 tilam. Bilik second ada empat katil & ada bilik air. Yang third bilik kecil yang hanya memuatkan 2 katil single sahaja. Rumah ini juga ada satu ruang di bawah rumah. Ruang ini menempatkan meja-meja makan, tempat lepak, satu lagi bilik air, surau, tempat wuduk & dapur.
Ruang bawah
Rumah yang kedua
Homestay ni macam tak boleh memasak sebab tak ada dapur gas. Setakat ada microwave, peti ais & sinki. Nak merokok kena di luar. Tak dibenarkan merokok di dalam rumah a.k.a homestay. Semua bilik ada aircon kecuali bilik yang besar yang ada 8 tilam tu. Cuma ada kipas sahaja.
Master bedroom di rumah kedua
Salah satu buaian yang ada
Harganya Cuma RM500/night. Nak merasai bermalam di perkampungan tradisional di daerah Jitra, Kedah dengan servis yang tiptop, Teratak Singgah D’Soffiyya adalah tempat yang terbaik untuk dipilih. Masa majlis perkahwinan Farid nanti for sure akan menginap di Teratak Singgah D’Soffiyya lagi. Tapi maybe akan lagi padat sebab ramai lagi akan join. Hehe.
Sempat lagi photoshoot bagai tue
OOTD sangat
Dak Mus pun join jugak
Rumah pertama Untuk majlis pertunangan Farid di Kedah, kitaorang bermalam di Teratak Singgah D’Soffiyya. Ni mak Hazzy yang tolong car...
Gediks Family Ke Utara Untuk Majlis Pertunangan Farid.
Gedik Family ke utara kali ini untuk event yang sangat bermakna buat kami semua iaitu Majlis Pertunangan Farid. Farid pun macam sama macam saya jugak. Jodoh dengan orang utara. Tapi Farid ni ke atas lagi iaitu di Kedah. Kimchi (which is my hubby) pulak orang Perak. Tengok Didi & Dak Mus pulak dijodohkan dengan orang mana. Adakah utara jugak? Kita tungguuuu. Hehe.
Bertolak ke Kedah pada hari jumaat, sehari sebelum majlis pertunangan. Bermalam di Teratak Singgah D’Soffiyya yang Cuma 10 minit sahaja dari rumah parents Hazzy. Boleh baca di entri SINI untuk pengalaman bermalam di Teratak Singgah D’Soffiyya.
Pada hari majlis pertunangan, majlis bermula pada pukul 11:30am. Saudara-mara yang join rombongan lelaki iaitu Farid Maklang & dua anaknya, uwan, induk, Paktam sekeluarga, ayahchik sekeluarga & ayahhar sekeluarga.
Selesai sahaja perbincangan, majlis diteruskan dengan sesi sarung cincin & bergambar. Sebelum majlis betul-betul tamat, tuan rumah jemput tetamu menjamu selera.
Dulu teringat Farid masa kecil-kecil dulu, kerja menangis jea especially bila dengan abah. Biasalah anak lelaki sulung. Manja terlebih. Kalah Mus manjanya. Ahaks. Sekarang dah nak jadi suami orang & sedikit lagi nak jadi bapak orang dah. Cepat naw masa berlalu.
To Farid, selamat mengharungi fasa pertunangan. Orang kata fasa pertunangan mencabar sedikit sebab darah mudah & etc. Semoga kau dapat pergi ke langkah seterusnya iaitu ikatan yang sah, ikatan yang membuatkan banyak setan menangis dengan jayanya. Aaminn.
Gedik Family ke utara kali ini untuk event yang sangat bermakna buat kami semua iaitu Majlis Pertunangan Farid. Farid pun macam sama maca...
MERDEKA GIVEAWAY BY PENSELDUABEE.BLOGSPOT.COM Tamat
MERDEKA GIVEAWAY BY PENSELDUABEE.BLOGSPOT.COM telah pun tamat pada 31/8/17. Semua peserta diminta untuk memeriksa semula sama ada memenuhi semua syarat giveaway atau tidak terutamanya syarat yang kena komen di mana-mana dua entri. Tidak termasuk komen di entri giveaway yea. Syarat yang melibatkan follow media social seperti fb, G+, twitter or IG masih boleh lagi dimaafkan jika ada yang tak dapat buat.
Saya beri masa sehingga 15/9/17. Jika masih lagi tidak follow terutamanya syarat yang kena komen di mana-mana dua entri, penyertaan akan terbatal. Saya kena buat macamni sebab nak berlaku adil kepada peserta yang follow syarat ini.
Cara saya memeriksa samada peserta cukup komen di dua entri atau tidak, saya refer di widget top komentator di sidebar. Jika hanya tertera dua komen & kurang di nama peserta, maknanya penyertaan masih belum layak lagi. Walaupun syarat mengatakan komen di dua entri dah cukup, seperti saya sebut mula-mula 'tak termasuk komen tinggalkan link penyertaan di entri giveaway'.
Ok, cepat-cepat check samaada dah follow semua syarat ke tidak. Cara nak tahu samaada penyertaan diterima atau tidak, semua syarat ada follow ke tidak, klik di SINI (url:http://bit.ly/2CaF6JB) .
Senarai Nama Peserta, boleh klik di SINI (url: http://bit.ly/2CaF6JB).
MERDEKA GIVEAWAY BY PENSELDUABEE.BLOGSPOT.COM telah pun tamat pada 31/8/17. Semua peserta diminta untuk memeriksa semula sama ada memenuhi s...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)