Home
All post
Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Fresh Vegetable & Fruit Shopping At Kea Farm, Brinchang
Dah shopping strawberry
Settle check out Hotel De’ La Ferns, gerak ke Kea Farm, Brinchang. Kea Farm adalah one stop centre kalau nak shopping hasil keluaran penduduk tempatan Cameron Highland yang segar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, teh & banyak lagi.
Tapi nak boleh sampai sana, 2 jam terperangkap dalam jem. Padahal jarak dari Hotel De’ La Ferns ke Kea Farm tak sampai 10km pun. Ni dah macam dari saujana nak ke ipoh lamanya. Sebab-munasabab jemnya macam biasalah ramai datang jalan-jalan di Cameron Highland. Dan yang kedua, banyak kereta perlahan & berhenti bila dah sampai Kea Farm. Nak jugak parking di tepi jalan walaupun di situ dah banyak ada parking yang proper. Biasalah typical Malaysian yang malas nak berjalan jauh. Parking proper semuanya kan nak kena berjalan sedikit.
Nampak tu sebelah tangan Zafran pegang lori besar
Saya & Zafran sempat tidurlah dalam kereta. Kesian Mr. Driver a.k.a Kimchi. Dahlah kena drive with speed kurang daripada10km/hr. Lepastu yang patutnya meneman dia drive sedap diulit mimpi. Ahaks. Elok-elok dah sampai Kea Farm, barulah polis-polis datang nak clear kan trafik. Menyaman semua kereta yang parking di tepi jalan. Barulah dah tak jem. Huh sampai hati. Time kitaorang dah sampai, barulah nak clearkan trafik. Awatlah tak buat sebelum tu lagi. Kalau tak tak adalah bazirkan 2 jam macamtu jea.Huhu.
Sebelum shopping, cari toilet dahulu. Nak masuk toilet yang ada di situ, kena bayar RM0.50. Ni kena bayar sampai 5 kupang ni, hope bersihlah. Kalau ada segala mak nenek syiling dengan macam-macam warna, memang saya tekeh-tekeh kepala yang kutip duit toilet ni. Nasib baik bersih & tak ada bau tak menyenangkan. Eh kena cerita jugak pasal toilet pun. Supaya ingat toilet tempat ni bersih ke tak bersih. Kalau yang kotor & tambah dengan bau bluwekkk, memang sampai ke sudah tak akan masuk.
Ok stop pasal toilet. Pergi ke setiap gerai yang ada di situ. Barang yang pertama beli tak lain tak bukan fresh strawberry. Dried strawberry pun ada beli jugak sebagai ole-ole untuk diberikan kepada orang. Lastly beli ubi manis sebanyak sekilo setengah. Kalau yang dah direbus sangat sedap dimakan begitu sahaja sebab rasanya manis .
Sayur satu pun tak beli. Sebabnya Dak Zafran dah start out of control. Ahaks. Nak meragam. Mana tak meragamnya. Selang 2-3 gerai yang jual sayur buah, ada gearijual toys. Dak Zafran pantang nampak toys. Padahal dua-dua tangan dah pegang toys. Tapi nampak jea toy lain, mintak dibelikan jugak.
Zafran dah nampak gerai jual toys. Terpaksa dukung. Kalau tak dukung dia sendiri masuk ke gerai jual toys.
Saya & Kimchi memang dah tak menunaikan permintaan nya kali ni. Kitaorang bukannya berkira sampai taknak belikan toys untuk Zafran. Tapi di Cameron Highland sahaja Zafran dah dapat dua mainan baru. Pergi healthy strawberry sebelum ni dah berjaya mengepow sebiji lori. Time Nannynya berikan birthday present untuk Imaan, Dak Zafran pun dapat jugak. Zafran dapat mixer truck daripada nanny nya. Ini nak toy ketiga pulak.
Cara nak control, seorang kena dukung . Kimchi la tue yang kena dukung. Seorang lagi kena bercakap-cakap dengan Zafran untuk distract daripada minta toy. Nasib baik cara ni berjaya. Tapi mak pak nya kena duduk setempat ajeelah. Tempat yang sekelilingnya tak akan nampak toy .Tu yang tak dapat nak pergi ke kedai-kedai lain & tak dapat nak beli sayur tu. Tak apalah. Layankan ajolah.
Di gerai jual ubi manis. Zafran dah lupa dah tu nak mintak toys
Tapi mama & papa dah tak boleh shopping & kena duduk setempat jea.. Kalau continue shopping gak, kan Zafran nampak lagi gerai toys & sambung mintak lagi.
Selesai semuanya shopping, sebelum gerak balik singgah lunch di kedai nasi ayam. Dah makan, barulah gerak balik. Dah tak singgah mana-mana dah sebab dah tak larat.
Seronok bercuti di Cameron Highland kali ini. Terasalah bercuti di oversea sebab cuaca agak sejuk pada waktu malam & pagi. Kat KL tak tak merasa suasana nyaman macamni. Cuma tak tahan dengan jem sahajalah. Tu tak boleh nak buat apalah. Kalau jalan-jalan time cuti sekolah memang kena mentally prepared menghadap jem. Kalau mental tak boleh terima, duduk ajolah di rumah.heee.
Dah shopping strawberry Settle check out Hotel De’ La Ferns, gerak ke Kea Farm, Brinchang. Kea Farm adalah one stop centre kalau nak ...
Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Abang Strawberry Farm & Healthy Strawberry Farm
Dak Zafran menyorok belakang mama sebab taknak bergambar
Kitaorang tak kisah pick up di mana-mana farm, asalkan dapat pick up strawberry yang gemuk-gemuk. Mula-mula pergi ke Abang Strawberry Farm di Kampung Taman Sedia. Tempat ni baru sahaja viral di media social. Sebelum ni tak dikenali sebab tempatnya di kawasan perkampungan & agak jauh ke dalam dari main road. Tempat ni terus jadi famous sebab ada jual produk sambal strawberry ikan masin yang 100% homemade. Selain itu, di situ juga 200 Seeds Cafe yang jual pelbagai jenis makanan & minuman yang berasaskan strawberry termasuklah nasi lemak dengan sambal strawberry ikan masin.
Deco yang sangat cantik
Tak dapat nak self pick just pergi minum sahajalah di café nya. Semuanya just order minuman biasa. Alim sahaja yang order nasi.
Tak dapat nak self pickup, lepak-lepak dahulu di 200 Seeds Cafe
Di Healthy Strawberry farm
Malas nak try pergi farm lain. Farm lain pun sama jugak kot. Still tak boleh nak self pick up sebab bukan musim buah strawberry kot. Tak banyak pokok yang berbuah lebat. Lepas dah pusing-pusing di farm & cuci mata tengok pelbagai jenis bunga dijual di situ, terus balik hotel. Kena bersiap untuk check out.
Percubaan mengepow nampaknya berjaya di situ
dah dapat mainan baru nak buat peace
Walaupun tak dapat nak self pick up strawberry, tak adalah rasa kecewa pun. Sebabnya Abang Strawberry Farm di Kampung Taman Sedia & Healthy Strawberry Farm ada keistimewaan sendiri & memang seronok pergi kedua-dua tempat ini.
Dak Zafran menyorok belakang mama sebab taknak bergambar Self pick up strawberry at strawberry farm adalah antara aktiviti wajib buat ...
Won Premium Chocolates Worth RM100 From Chocolate Free Give-Away Contest By Cerise Alpha
Pemenang kelapan
Haritu ada menang hadiah bernilai RM100 iaitu produk tollyjoy. Ni ada lagi menang hadiah bernilai RM100 jugak. Hadiah tu adalah Cerise Alpha Premium Chocolates. Alhamdulillah. Rezeki.
Selphie dulu sementara tunggu chocolate saya ready untuk diambil
Dapat dah..paper bag pun cantik
Chocolates yang saya menangi adalah sekotak premium chocolate yang dalamnya ada 12 pieces dari Chocolate Free Give-Away Contest. Give away ini di anjurkan oleh Cerise Alpha. RM100 ada 12 pieces jea. Macam harga tak logik kan. Dah nama pun premium chocolate. Chocolate ni 100% handmade dan raw chocolate nya diimport dari Belgium. Sebab tu mahal.
Muka tak sabar nak makan chocolate mahal
Dah dapat-dapat ingatkan nak simpan sebab nak bagi family lain rasa jugak tapi tak sempat. Dak Zafran nampak jea kotak chocolate cerise alpha ni, terus minta untuk bukak. Dah bukak, ingatkan makan sebiji jea. Tengok-tengok hampir separuh kotak dia makan. Lastly chocolate ni habis kat kitaorang bertiga jea.Tak sempat nak bagi orang lain rasa.
Ni jea yang sempat ambik gambar sebelum Zafran rampas
Untunglah Dak Zafran, kecik-kecik nak merasa makan chocolate mahal. Makan chocolate tu pun macam makan smarties jea. Ahaks. Tak apalah Dak Zafran. Dah dapat tu, makan ajelah. Doa-doakan lah mama murah rezeki menang contest yea. especially contest ipong.heh…
Makan pun tak lepas pegang kotak. Nasib baik mama n papa boleh join makan jugak..hehe
To Cerise Alpha, thanks for choosing me as one of your contest winner. Your premium chocolates were so damn delicious. So fell in love with the way all these chocolates melted in my mouth.
Pemenang kelapan Haritu ada menang hadiah bernilai RM100 iaitu produk tollyjoy. Ni ada lagi menang hadiah bernilai RM100 jugak. Hadiah ...
Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│An Evening Walk At Tanah Rata
Selesai check in di Hotel De La Ferns & dah buat apa-apa yang patut seperti solat & etc, pergi ke bandar Tanah Rata pula untuk beli birthday cake untuk Imaan. Sementara tunggu Enal & Alim beli kek, kitaorang berjalan-jalan di sekitar di tempat parking kereta kitaorang. Di situ ada ala-ala waterfront yang lokasinya di tepi sungai. Boleh panggil waterfront lah kan sebab ada tempat berjalan-jalan di tepi sungai. Dak Zafran & Dak Imaan duk seronok jea tengok air sungai dari jambatan waterfront walaupun sungainya tak adalah besar mana.hehe. Dia seronok tengok & dengar bunyi air sungai mengalir. Di waterfront ni ada lah beberapa bangku kalau nak duduk yang menghadap The Cool Point Hotel. Hotel ni berkonsepkan english cottage.
Tanah Rata kini dah tak sama macam dulu. Sekerang dah ada parking bertingkat. Shoplot pun bertambah & banyak lagilah. Nak lepak di highend café pun boleh sebab ada starbuck di Tanah Rata. Jangan under estimate dengan Tanah Rata tau. Ada starbuck. Ahaks. Restaurant mamak & kedai-kedai makan biasa pun ada jugak kalau nak yang affordable.
Tanah Rata dikatakan antarat bandar di Cameron Highland yang ada banyak kemudahan. Kalau nak shopping sayur-sayuran & buah-buahan segar, pergi ke Brinchang tetapi kurang kemudahan. Itu apa yang saya dengar. Kalau salah tolong betulkan yea..hehe.
Dah settle beli kek, patah balik untuk pergi strawberry farm & ready untuk melakukan aktiviti seterusnya.
Selesai check in di Hotel De La Ferns & dah buat apa-apa yang patut seperti solat & etc, pergi ke bandar Tanah Rata pula untuk ...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)