Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Had A 5 Star Experience While Staying Overnight At Hotel De' La Ferns, Tanah Rata
Member Enal ada cerita dengan Enal (my SIL) kalau bercuti di Cameron Highland, dia suka stay di Hotel De' La Ferns di Tanah Rata. Hotel ini punya servis, bilik & semuanyalah memang terbaik. Enal pun book lah family suite di hotel untuk merasai sendiri, pengalaman yang menyeronokkan menginap di hotel ini. Lepas tu nak sambut hari jadi Imaan, haruslah book hotel best macamni supaya dapat memberikan kenangan harijadi yang manis kepada Imaan. MIL, FIL & kitaorang sekeluarga pun join Enal bercuti jugak. Nak baca entri sambutan harijadi Imaan di Hotel De' La Ferns, klik SINI.
Sampai-sampai sahaja di perkarangan hotel ini yang terletak di
tepi jalan, ternampak restaurant Steamboat & Snack Corner yang bersebelahan dengan hotel . Terus
teringat saya & gediks family pernah
dinner di situ semasa bercuti bersama-sama pada dua tahun lepas. Servisnya
mak aiiii lousy gilosss. Janganlah servis lousy berjangkit ke hotel De La Ferns pulak. Nak celebrate
birthday Imaan di hotel ni.
Nak check in
Dah settle check in & masuk bilik, bilik family suite yang kitaorang dapat OMG cantik sangat. Family suite ni sebenarnya adalah 2 bilik yang dihubungkan dengan satu pintu. Lepas tu ada satu bilik air, dua tv dan dua ballkoni. Satu balkoni menghadap jalan raya, satu lagi menghadap permandangan gunung, jalan & restaurant steamboat yang lousy tue. Restaurant nya cantik, just servis sahaja yang lousy. Dululah. Sekarang dah improve kot. Nak baca pengalaman gediks family makan di restaurant steamboat ini, Klik SINI .
Servis pun terbaik. Call housekeeping untuk request extra blanket
& baby cot untuk Dak Akeem, tak sampai 10 minit terus hantar. Amenities yang asas semuanya ada di bilik hotel ni seperti kettle, tea and coffee set, fridge, iron, iron board, slippers & etc.
Untuk breakfast buffet pulak, dapat voucher untuk enam orang.
Walaupun pilihan makanan tak banyak tapi semua makanannya sedap. Saya suka
croissant breakfast buffet ni sebab garing di luar & lembut di dalam. Time kitaorang breakfast dalam pukul 7:30am, kena pakai baju sejuk sebab
cuaca di Cameron highland pada waktu pagi sejuk sangat.
layan hp dahulu di meja sementara tunggu yang lain ambil makanan
On the paper, Hotel De La Ferns memang bertaraf tiga bintang
tetapi servis, bilik & everything seperti menginap di hotel 5 bintang.
Percutian & penginapan di Hotel De La Ferns sememangnya memberikan pengalaman
yang manis & menyeronokkan.
Love early morning view from our room balcony
Entri Berkaitan:
Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Surprise Fourth Birthday Celebration For Imaan Safiyya
Sweet Escape To Cameron Highland, Pahang With Familia│Mesmerizing Green View At The Boh Tea Centre, Sungai Palas
Member Enal ada cerita dengan Enal (my SIL) kalau bercuti di Cameron Highland, dia suka stay di Hotel De' La Ferns di Tanah Rata. H...